Friday, 15 March 2013

Kehilangan itu pasti menyakitkan

Assalammualaikum

Perbualan aku bersama suami tentang satu kehilangan
Membuat aku start berfikir
Hmmmm
Ya Allah mmg ianya sangat menyentuh hati aku
Aku tak salahkan suami aku
Tapi aku bersyukur sangat
Kerana pada aku
Suami aku telah mengingatkan aku
Tentang kehilangan yang mungkin aku tak sangka

Benar kah aku bersedia??
Kata-kat kadangkala tak setara dengan apa yang ada di dalam hati
~~~~~~~~~~~~

Suami : syg, sy rasa awak tak bersedia lg kan?
Aku : haaa? bersedia apa?
Suami : awak kena bersedia dari sekarang syg, sbb sy tak nampak awak ni dah bersedia
Aku : ape dia?
Suami : awak kena bersedia if awak kehilangan mak ngan abah

Aku terdiam...serious aku tersentap...then dalam keadaan aku gagap aku jawab

Aku : memanglah sy kena redha atas segala kehilangan Walau hati sedih
Suami : sy dah pernah merasa erti kehilangan, so dah ada pengalaman, utk awak sy tengok awak masih tak bersedia lg if satu hari nnti terjadi ape2 kat emak & abah... Mulut boleh cakap akan terima semuanya...tapi sy takut awak dengan keadaan awak nnti
aku : semua org akan sedih kan..bila kehilangan seseorg yg di sygi...perasaan itu tetap ada
( aku Cuba membohongi hati ketika itu,sedangkan hati menjadi sayu tiba2)

~~~~~~~~~~~~~~~

Seriously, selepas perbualan ini bersama suami, aku tak henti berfikir
Sediakah aku?
Jika umur ku lagi panjang dari abah & emak
Dan aku merasai detik kehilangan mereka
Bagaimana situasi aku nnti??
Ya Allah....aku dapat rasai perasaan itu

Ya Allah aku sygkan mereka
Apa yg aku lakukan sekarang ni
Tak mungkin mampu membalas setiap pengorbanan mereka
Aku Cuba membahagiakan mereka
Walau apa keadaan aku

Ya Allah
Ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
Matikanlah mereka dalam iman
Jauhi mereka dari siksaan kubur
Jauhkan mereka dari seksa api neraka
Ya Allah
Jadikan mereka salah satu ahli syurga
Bebanilah segala dosa mereka Keatas aku
Biar setiap dosa mereka aku pikul ya Allah

Yaaa, mungkin betul Kate suami aku
Aku tak bersedia kehilangan mereka
Kerana aku belum puas membahagiakan mereka
Tapi siapa aku?
Aku tak tau siapakah yang akan pergi dulu
Mungkin aku?abah?emak?suamiku
Itu semua ditangan Allah
Rahsia Allah

Ya Allah
Andai umur ku yg panjang dari mereka
Tabahkanlah hatiku
Supaya tangisan Dan kesedihan aku tidak membebani mereka ya Allah
Aku ingin mereka bahagia

Amin.....

150213