Thursday, 21 March 2019

Dedek seekor kucing ?

Assalamualaikum,

Hurm, hari ni dah masuk seminggu aku kehilangan dedek,  dedek ni salah satu anak bulus kesayangan aku, secara jujur hati aku pedih, kehilangan ni lagi pedih saat aku kehilangan teman.

Dedek ni sebenarnya di buang oleh manusia tak bertanggungjawab, di buang bersama adik-beradiknya masa masih baby lagi kat depan office kakak aku tanpa IBU dorang, aku ulang ye, di BUANG TANPA IBU dorang, masa tu kakak aku cuti seminggu, kawan-kawan office dia bagi tahu ada kiten yang di buang depan office dorang , bising..ye laa, may be dorang kelaparan nak susu kan. 😥, napalah tergamak betul ea manusia ni..hmmm

So bila kakak aku naik keje, katanya adik beradik dedek semua dah tak de, tak tahu ke mana..hanya tinggal dedek sorang je kat situ, jadi kakak aku bawa dedek balik rumah. Petangnya aku datang rumah kakak , masa tu , kakak aku letak dedek dalam kotak and letak dalam sangkar, dedek bising..non stop dia nangis..aku tak sampai hati , jadi aku keluarkan dedek, dedek jalan masa tu masih tatih-tatih.. Bila aku keluarkan, dia datang kat kaki aku..aku gerak , dia pun kejar kaki aku..mulut dedek pun dah tak bising lagi. Malam tu masa aku nak balik ke rumah aku, aku minta kebenaran kakak untuk bawa dedek balik dan jaga dia. Kakak aku pun bagi memandangkan rumah dia pun dah banyak sangat anak-anak bulus..

Dalam kete dedek behave sangat-sangat, tidur kat pangkuan aku. Dedek nampak selesa sangat, bila sampai rumah aku pun dedek berkepit je dengan aku, nak tidur malam pun atas dada aku (bila aku ingat,hati aku hiba, aku tulis ni sambil menangis)..seminggu lepas aku ambil dedek , dedek kena demam panas, panas sangat badan dedek, aku bawa pergi vet, suhu dedek nak dekat 40'c , doc kata tak bole injection ,sbb dedek baby lagi..doc bekalkan multivitamin, masa tu aku sangka aku akan kehilangan dedek, tapi sapa boleh jangka kuasa Allah Swt, dedek bertahan dengan semangat dia ada..alhamdulillah dedek baik dari demam panas..Dari umur 1 minggu sampi umur dedek sebulan lebih aku jaga...dedek makin sihat dan handsome sangat-sangat 💘


Okay, bab cerita sedih bermula, satu hari tu aku keluar rumah nak beli barang. dedek dalam rumah dengan beberapa lagi bulus yang lain, Aku mmg tak jangka sangat yang dedek akan keluar rumah. Pada aku mungkin masa tu dedek ikut yang lain keluar tapi yang lain balik, dedek yang tak balik-balik. Masa aku sampai rumah malam tu, aku panggil dedek..dedek tak muncul-muncul, aku tak sedap hati sangat.

Dan bermula lah misi pencarian dedek , satu taman, kedai-kedai aku jelajah..aku macam orang gila cari dedek sana sini..sehingga sekarang aku masih belum ada rezeki jumpa dedek. setiap hari aku fikir dedek makan apa..mesti dedek takut kat luar tu, Ya Allah..aku tak kuat....kalau ada rezeki aku berjumpa dengan dedek, permudahkanlah ya Allah.. jika tiada rezeki aku..aku bermohon semoga dedek sentiasa berada dalam lindunganMU ya Allah.

Awal2 masa jumpa dedek

Dedek umur 1 bulan

Monday, 4 March 2019

Kucing bernama HERO

Assalammualaikum and salam sejahtera,

Hari ni aku nak cerita tentang Hero, hero ni aku jumpa dia kat pasar pandan.  Masa aku jumpa hero ni dia tak bole jalan sangat.. Terbaring je bawah kete.. Memula aku bg makan, then aku cakap kat hero, esok aku dtg lagi tengok dia dan bawa ubat. Kenapa aku tak ambil hero bawa balik ms 1st aku jumpa dia ? Sbb rumah aku dah banyak kucing luar dtg dan aku tak nak jiran aku rasa tak selesa bila aku ambil lagi kucing2 lain,jadi aku hanya mampu bagi makan stray cat yg aku jumpa tanpa aku bawa mereka pulang ke rumah. Walau adakalanya hati meronta, apa kan daya.

Kali ke 2 aku melawat hero, aku bawa ubat.. Aku tgok kaki dia bulu semua dah gugur, nampak kulit je.. Pastu kaki dia banyak kudis dan lubang.. Lepas aku letak ubat kat dia, bg makan.. Aku balik semula..tapi bila smpi rumah,aku rasa tak senang ati.. Aku tak bole tidur sbb teringat kat hero.. aku risau luka2 kaki dia tu jadi teruk, paling aku takut kalau lalat bertelur kat luka2 dia. Esok aku akan dtg lagi dan aku nekad dlm hati nak bawa hero balik.

Sampai kat pandan,aku pergi tgok bawah kereta yg hero baring.. Syukur, Alhamdulillah hero masih ada kat situ.. Aku masukkan dia dlm Sangkar, dia diam je, tak melawan/meronta langsung. Maybe dia tahu aku cuba nk tolong dia. Maybe.

Smpi kat rumah  aku kurung hero dlm  rumah kucing yg abah aku buatkan.. Kemudian, aku check lubang2 kat kaki dia mmg agak teruk  sangat2, ada satu luka tu smpi nampak tulang dia...😣 Bulu2 kat area kaki2 dia pun mmg dah tanggal semuanya, nampak kulit je. Badan dia pun panas dengan selsema sekali.

Setiap hari aku cuci luka dia, then aku spray dengan Proganic, secara jujur nya ni first time aku guna product ni... Aku usaha je mana mampu, esoknya aku tgok luka si hero ni dari merah.. Nampak kering dan tak berair..aku buat setiap hari.  Sehari aku sembur 2x... Dan aku sembur juga kat idung and mulut si hero ni selama 2 minggu mcm tu.. . Alhamdulillah  dgn izin Allah.. Segala luka kat kaki hero nampak perubahan.. Bulu2 lepas tu tumbuh.. Serious rasa gembira. Tak tahu nk describe perasaan tu mcm mana.

Sekarang ni aku nampak si hero ni dah sihat, boleh lari2.. Bila aku lepaskan asyik ikut aku je.. Hahha.. Nakal dan manja sangat.. Semoga hero terus kuat dan sihat ya.

Aku lupa pulak nak ambil gambar luka2 kat kaki hero before ni.. Ada gambar yg dah tumbuh bulu je.. Hmmm.. My bad... Kuciwa..




Cara gembira itu kita yang tentukan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Lama juga biarkan blog ni terbengkalai terlalu lama, biasalah kan..manusia ni kan ada on off, before ni sbuk uruskan kehidupan smpi tak dan rasanya nak mencari idea utk menulis,

Eh.. Abis tu skrg ni tak uruskan kehidupan ke?

😂 Uruskan juga, tapi dah lebih stabillah masanya..hahaha poyonya

Untuk tahun 2019 ni aku nak banyak cerita tentang kucing dan masakan laa.. Since aku pun banyak melibatkan diri dlm dunia kucing dan masakan.. So aku harap dengan penulisan, luahan rasa semua ni dapat buat aku lebih rasa happy dan bahagia hendaknya. InsyaAllah, amiin..

Ok, guys.. See you next entry ya. Muahhhh

😘


Friday, 9 November 2018

I am back !!!

Assalammualaikum..

Kikin is back!!! hehehe

Terlalu lama rasanya tak menulis.

Banyak suka duka , pahit manis berlaku sepanjang kehidupan aku ini, tapi beberapa tahun kebelakangan ini , aku rasa betul-betul besar dugaan yang aku hadapi , namun aku yakin aku masih mampu untuk menjalani kehidupan ini. Terlalu banyak perkara lain perlu aku syukuri selain aku memikirkan perkara yg dah terjadi.

Memang pada mulanya semuanya menganggu emosi aku, tapi alhamdulillah pada akhirnya aku dapat mengerti perjalanan kehidupan tiada apa yang abadi, segalanya hanya pinjaman dari ilahi.Abah selalu ingatkan aku Allah tak kan menduga hambanya, selain Allah tahu kita mampu untuk hadapinya.

Alhamdulillah , bersyukur aku saat waktu aku jatuh dahulu, keluarga sentiasa ada di belakang aku.
mak & abah sentiasa memberi dorongan pada aku,
kakak-kakak, ipar , abang , adik aku sentiasa membantu aku,
Semoga Allah sentiasa bersama mereka, berkati kehidpan mereka dunia dan akhirat.



I have no regrets in my life. I think that everything happens to you for a reason. The hard times that you go through build character, making you a much stronger person.
Rita Mero

Sunday, 4 September 2016

Berakhirnya sebuah perjalanan, Al- Fatihah untuk Mak cik aku Arbayah Bt Zakaria

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Apa khabar kawan-kawan semua? harap semuanya sihat-sihat belaka.

Agak lama tak mengarang, sejak zaman teknologi semakin canggih ni, lebih banyak abis masa kat we chat, twitter, fb dan social media yg lain...huhuhu

Haissh...fikir panjang aku bagaimana mahu mulakan,
Perasaan masih rasa terkesan.

Hari ini 1hb September, hari ini adalah tarikh lahir makcik aku yang baru saja pergi menghadap Ilahi pada 28hb Ogos yang lalu.
Pada aku, makcik aku ni seorg yang sangat baik,
Jarang sekali aku nak dengar mak cik aku ni meninggi suara,
Semuanya bagaikan mimpi,
Tapi aku yakin itu yang terbaik untuknya,
Dah agak lama dia menderita menahan kesakitan,
Bermula pada raya ke-2  terlantar sehingga ke akhir hayatnya.

Masih jelas ingat di fikiran aku ini,
Bila dapat tahu yang makcik aku tak sedarkan diri pada ptg 26hb Ogos tu, aku , abah, mak, adik, suami,kakak and anaknya umairah pergi melawatnya pada pagi 27hb Ogos. Wajahnya masih aku ingat sehingga sekarang, tika aku masuk ke dalam rumahnya and melihat wajahnya, aku jadi sangat sebak, hati aku sangat sedih...seseorang yang satu tika dulu jika kami datang, menyambut kami dengan senyuman , melayan kami dengan penuh keramahan tapi pada hari itu sangat suram...tiada senyuman, tiada perbualan, hanya pergerakan yang penuh terbatas.

Airmata berguguran tika abah melafazkan kalimah syahadah di telinga makcik ku setiap kali surah yaasin selesai kami baca, abah juga kedengaran agak sebak, aku melihat bibir makcik ku bertindak balas bila abahku membisikkan kalimah syahadah. Maha suci Allah. Sumpah aku tak mampu tahan,

Aku pegang tangannya , aku pgg kakinya..tika itu aku berdoa semoga Allah berikan yang terbaik untuknya.

Hampir jam 5 kami minta diri untuk pulang, abah aku pesan pada anak-anak makcik aku supaya mendoakan ibu mereka, abah aku juga pesan pada pakcik aku (suami makcik) supaya memaafkan semua dosa isterinya and bersedia untuk lepaskan isterinya pergi...waktu tu semua anak-anak makcik aku menangis..suasana sangat hiba.

Sebelum aku pulang, aku pegang tangan makcik aku, aku bisik kat telinganya and perkenalkan diri aku, aku cium dahinya..tika itu makcik aku cuba untuk kata sesuatu...tapi tak mampu difahami.

Sampi di rumah JB dalam 8:30pm, abah pula dalam 11:30pm....kul 12:15am kami dapat msg melalui whatsup mengatakan makcik aku telah kembali ke penciptaNya. Saat tu hati dah redha...Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuknya...

Aku ingatkan pada diri, tiada apa yang kekal abadi dan perpisahan itu adalah sesuatu yang pasti.
Hargai mereka-mereka yang berada di sekeliling kita ketika mereka masih ada terutamanya kedua ibu bapa kita.

Wassalam

P/s : aku dah draft post ini pada 1/9/2016 tapi sayangnya aku lupa nak publish..kesian aku..dah tua sangat..huhuhu

Friday, 26 February 2016

Zaman Kanak-kanak Part 1

Assalammualaikum...Salam Jumaat

Allahumma salli `ala muhammadin wa'ali muhammad



Aku akui sejak berumahtangga ni, mmg sukar nak luangkan masa terluang untuk mengupdate blog aku ni..nak kata sibuk sangat tak delah...cuma masa tu dah tak macam bujang dulu..huhuhu..tapi x pelah kan...bukan penting sangat sebenarnya...

Kekadang bila sensorang macam ni kan...barulah rasa keinginan nak mengupdate tu timbul..saat sorang2 beginilah kekadang teringat zaman kanak-kanak..yang pastinya zaman kanak-kanak tu memang seronok kan? sebab apa tau...zaman kanak2 ni..kita tak de lah nak fikir masalah yang besar..masalah nak uruskan kehidupan, kewangan, perkahwinan dan sebagainya kan? hahaha..paling besar pun masalah zaman kanak2 dulu bila kita bergaduh dengan kawan..itu apa aku rasa laaa...org lain aku tak tahu...

Aku ingat lagi, dalam umur aku dari 3-5 tahun, duduk kat batu pahat......aku ada 2 org kawan baik lelaki, ijal and Emy..tu jelah kawan aku..mana-mana pergi mmg kitaorg bertiga...plus aku rapat ngan dorang sebab abah aku bestfriend ayah dorang...tapi masa umur aku 5 tahun...aku berpindah..masa nak pindah sangat drama....bila ijal cakap ngan aku...

Ijal : kin, ijal ada beli cincin..kata nak kawen ngan ijal..sambil bagi cincin mainan pada aku (ala...cincin yang biasa beli candy panjang then dapat cincin tu, tak tahu korang ingat ke x)

aku  pun memalu kambing masa tu..sambil bonceng naik moto abah (masa tu family memasing ada), sambil tu keluar dialog gedik aku...

Aku : Ijal, sorry aku tak jadi kawen dengan kau (kahkahkah macam mana time umur aku cemgini bole pk pasal kawen...hahahaha aku pun x faham)

Ijal : alaaaa...kenapa kin?

Aku : sebab aku nak pindah laaa

Time tu semua org melekek...tapi aku mmg tak faham masa tu kenapa dorang nak ketawakan aku...hahaha..tapi bila dah akal panjang...mak cite balik mmg aku ketawa sendiri..


Oleh kerana kawan aku hanya lelaki, then atas aku abg aku...aku mmg mcm lelaki sikit...main tembak2lah..mmg semua jenis permainan lelaki aku join...mak aku belikan set pondok2, babydoll pun aku tak layan...biasanya mainan abg aku,mmg aku sibuk nak main...nasib abg aku ni mmg rajin layan aku..plus aku adik paling bongsu masa tu...tapi part yang paling best, bila mak aku buatkan aku baju kurung...aku mmg tak nak pakai baju kurung..aku nangis2 nak pakai baju mcm abg aku.....hahahha korang teka baju apa? baju melayu lelaki....aku mmg obses kat abg aku kot....apa dia pakai..aku nak pakai...hahahaha..mak aku pun layankan je buatkan aku baju melayu lelaki..hahaha..mujur aku tak gunting rambut pendek...still feminim ngan rambut paras bahu....acctually ada gambarnya..tapi segan plak nak share...kira aurat jugak kan rambut aku?huhu sorry tak dapat nak share..kalo tgok pasti korang pun gelak tak ingat...tu pun salah satu sebab aku tak nak share..hahahah kena bahan....


Then umur aku 5 tahun tu abah kena pindah mersing...bermulalah zaman kanak-kanak aku kat mersing plak...aku rasa kat mersing paling banyak kenangan aku..hahaha..sebab lepas mersing tu ...abah mmg dah tak pindah kat mana-mana dah.

oklah...aku nak sambung masak......
Ada masa, ada rezeki..aku nak sambung lagi....tataaaaaa


Assalammulaikum gais.....

Sunday, 18 January 2015

Antara yang paling aku tak suka

Sebenarnya before ni aku ni tulis pasal #throwback zaman kecik mengecik aku...hahaha
Tapi dan-dan sambil nak tunggu boss datang chair meeting ni, aku rasa membuak keinginan aku nak tulis pasal ni.. Hari ni aku nak listkan antara apa yang aku tak suka buat... antaranya : -

1) Aku tak suka g petrol station - kiranya Malas nk g isi minyak,nak kena g bayar kat kaunter (maklumlah tak de cc). kekadang minyak smpi E..haisshhh..cop..cop..E tu means "Elek" ea...hihihi

2) Aku tak suka nak g ATM, nak kena keluarkan duit, pastu abis , kena keluarkan duit lagi...kan best kalo sekali keluarkan duit, duit tu beranak terus dalam purse aku jadi banyak..hahahaha

3)Aku tak berapa suka minum air manis, kalo ada pun minum air isotonic..kalo ada pun sbb aku tak de pilihan, kalo ada pun sebab aku teringin. okay!full stop.

4) Aku tak suka nak gosok baju, kalo bole aku nak beli baju yang tak perlu nak gosok, kalo boleh lepas basuh, baju tu terus licin..kalau laaaa kan..kalau...

5) Aku tak suka sangat berada di tempat yang lapang..lapang..selapang-lapanganya...contoh mcm kat tengah lautan , and aku berada kat atas rakit...contoh lagi...kat tanah lapang....kiri kanan tak de pokok...may b mcm kat padang pasir kot....aku tak tahu nak cakap perasaan aku camne...takut ke? atau aku mmg dot dot dot.....

6) Aku tak suka tempat tinggi....bole pitam if aku dok tempat tinggi and tengok keadaan sekeliling...dulu kekecik aku berani...time sekolah perasaan takut melampau tu datang..hehehe...tapi ada cite sebenarnya pasal ni...nntilah if aku ingat aku share kat #throwback zaman kecik aku. tapi kan aku berazam this year nk jadi berani berada di tempat yang tinggi..doa kan ea...berangan je

7) aku tak suka g konsert, even aku minat gila kat seseorg artis tu, Tapi aku masih belum jadi gila untuk bersesak-sesak , semata-mata nk tgok artis pujaan aku

8) Aku tak suka pakai eyeshadow, aku rasa Kalau aku pakai eyeshadow muka aku tak cantik langsung,,muahahahahaha 

9) aku tak suka ais. 

10) aku tak suka org potong zink, besi dll...aku rasa ngiluuuuuuuuuuu..benci

Hurmm..ni di antara ape aku benci...antara top 10 laaa kiranya...hahahahaha

Cerita tentang TECIK - my cat

Assalamualaikum. 28 Dec / 23.05pm / Tecik Ingat lagi kali pertama Allah temukan aku dgn tecik, kat pasar borong pandan, masa aku tgh ba...