Showing posts with label Yasmin Johan. Show all posts
Showing posts with label Yasmin Johan. Show all posts

Friday, 12 July 2013

Kisah arwah Yasmin J hunwink telah dinovelkan dengan jayanya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Hari ni 12 July bersamaan 3 Ramadhan ,
Hari ni juga genaplah 1 tahun 39 hari pemergian si cantik manis arwah yasmin.
Namun namanya masih kekal dibibir and sentiasa segar dalam ingatan semua orang
kenangan  bersama arwah bg mereka yang mengenalinya tidak pernah padam
istimewa sungguh insan bernama Yasmin Johan
Doa tidak pernah putus-putus dititipkan kepada arwah
Inilah bukti kekuasaan Allah
Bila seseorang itu baik di dunia, bila dah tiada lagi di mukabumi ini
Orang akan sentiasa mengingati & mendoakan kesejahteraan kite
Jika kite juga ingin begitu, berbuat baiklah terhadap ibubapa,kawan2,binatang dan segala apa yg ada di dunia milik Allah ini

ah..terlalu panjang sinopsis aku...
Terus terang Ini merupakan entry aku yang ke 5 tentang arwah.
dan aku tak pernah jemu tentang cerita ini
sebenarnya masa genap setahun pemergian arwah, ingin sekali aku mencoretkan entry baru tentang arwah
tanda aku mengingatinya, namun demi kekangan masa, aku tak dapat melaksanakannya
kerna bila aku start bercerita tentang arwah, pastinya aku memerlukan masa yg panjang
kerana banyak perkara yg ingin aku kongsikan

Alhamdulillah, Novel Yasmin telah pun berjaya di edarkan yang diberi judul "LOVE YASMIN"
Tahniah aku ucapkan kepada syimir sebagai pengarang novel ini dan dapat menyiapkan novel ini dengan jayanya
Aku pasti ramai dah memperolehinya & juga membacanya
Dan aku pasti ramai yang sudah mengetahui kisah sebenar-benarnya siapa yasmin & bagaimana kemalangan itu berlaku
Dan aku berharap, tiada lagi suara-suara liar yang memperkatakan sesuatu yang buruk kepada org yang sudah tiada

Jika sesiapa yang sudah membaca novel ini
pastinya mereka benar-benar memahami perasaan keluarganya yang sangat merasai pemergian arwah lagi-lagi Encik Johan (Ayah kepada Yasmin)
Disaat-saat akhir arwah meninggalkan keluarganya
Berlaku sesuatu perbalahan antara arwah dan Encik Johan, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini kerana arwah sangat manja & rapat dengan ayahnya tapi malam disaat arwah ingin dijemput Allah , perbalahan itu telah berlaku & membuatkan arwah merajuk hati.
Disaat En Johan belum pun sempat memujuk arwah, arwah telah pun pergi untuk selama-lamanya.
Bayangkan.......bayangkan...apakah perasaan beliau...
If kite juga berada dalam keadaan sebegitu..apakah yang kite rasa??
Pastinya sangat terkilan bukan?
Sehingga berlaku kemalangan , mereka tak kuat dan tak mampu untuk melihat sendiri jasad arwah kecuali adik arwah Muiz,
Betapa sukar untuk mempercayai permata yang disayangi  hilang secara tiba-tiba.
Arwah anak yang baik...patuh pada arahan ibubapa....Allah telah ambil buat selama2nya..
So please letakkan perasaan kite berada sama dengan perasaan keluarganya..
Tolong hentikan keluarkan perkataan2 yang menyentuh hati keluarga arwah.
Semoga dengan penerbitan novel ini, dapat kite sama-sama mengambil iktibar atas apa yang berlaku
Yang hidup, tidak akan hidup untuk selamanya, pasti akan pergi satu hari nanti.bila sampi waktunya

Bagi sesiapa yang telah membaca novel ini
Pastinya akan baca part perubahan yang berlaku pada diri yasmin
perubahan emosi, selera dll
Ini memberi petanda bahawa ajalnya semakin menghampiri
namun perubahan itu tiada siapa sedari
Di sini kite dapat mempelajari bahawa setiap insan yang ingin meninggalkan kite
Pasti akan memberi "tanda-tanda" kepada kite
bahawa dia akan meninggalkan kite untuk selamanya
cuma kite sebagai manusia biasa
kurang sensitif terhadap semua ini
kerana kite manusia yang tidak sempurna
kesempurnaan itu milik Allah s.w.t
sekali lagi ini membuktikan kekuasaan Allah s.w.t

Novel ini sangat memberi kesan ke dalam hati
Bila aku baca bab tertentu
Kadangkala aku rasa aku telah berada dalam situasi itu
lagi-lagi saat berlaku kemalangan itu, saat membaca kesedihan hati keluarga arwah
sangat memilukan...semoga mereka terus tabah

Thanks again for syimir atas usaha yang jitu
Menunggu novel ini smpi ke tangan aku merupakan satu penantian yg sangat mendebarkan
Aku menelaah novel ini ketika aku dalam perjalanan ke Kuala terengganu, dalam kereta
Thanks pada kak Saz kerana sudi membuat kiriman secepat yang di inginkan

Marilah sama-sama sedekah Al Fatihah kepada mereka yang telah tiada.

Assalammualaikum






Friday, 21 September 2012

Kasih sayang Kak Saz to arwah Yasmin

Semalam sy berborak-borak dengan kak saz (mak  kepada arwah yasmin), saya juga dapat mengenali kak saz dengan lebih dekat lagi, sy sangat respect cara kak saz mendidik anak2nya, setiap orang ada cara masing2 untuk fikirkan apa yang terbaik untuk anaknya..begitu juga dengan mak ayah saya...sesungguhnya arwah beruntung memiliki ibubapa seperti kak saz dan abg Johan, begitu juga sebaliknya....

Tiada siapa yang sempurna, kecuali Allah...apabila berlakunya sesuatu keadaan jgn sekali kite salahkan ibubapanya...tiada sapa nak kehilangan anak...tiada siapa yang mahukan sesuatu yang buruk kepada anaknya....anak ini ibarat permata yang sangat berharga...bila kite kehilangannya...bagaikan hidup juga sedikit tidak bermakna...itulah yang kak saz rasa disaat awal pemergian arwah..namun sekarang kak saz dah semakin redha dengan takdir ilahi...walau sukar ingin diluahkan apa yang ada dalam hati...

So...hentikanlah tohmahan terhadap arwah dan keluarga kak saz, pastinya segala yang berlaku, cara ia berlaku, bagaimana ia berlaku adalah diaturkan oleh Allah S.W.T. Pada saya arwah adalah dari golongan orang yang baik,family yang baik..alhamdulillah

Kat sini saya nak tulis serba sedikit tentang kak saz dan juga sedikit tentang arwah...mungkin ada yang boleh kite belajar kan bagaimana  kak saz mendidik arwah....

Al Fatihah for arwah yasmin dan 2 orang sahabatnya yang sama2 telah kembali ke rahmatullah...
________________________________________________________________

Saya lahirkan dia di Maternity Home, Pulau Pinang dan masa mengandungkan arwah saya mmg suka makan buah delima, mula2 saya sendiri tak tau buah ni mmg elok dan buah syurga, sehinggakan arwah mak saya cakap elok makan ni. Kebetulan pun mmg musim buah ni tengah ada di pasaran
 
Anak pertama dia mmg sgt comel, putih, dia byk mengikut kareakter suami saya sehingga dia besar. Dari kecik saya mengaku dia senang diajar, dan cepat dapat tangkap apa yg kita ajar.

tadika start umur 4 tahun, dalam umur 4 stengah tahun dan boleh membaca dan mengaji.

Matapelajaran Agama Islam yg paling dia minati

Seperti kanak2 biasa tetapi sering jadi tumpuan kerana rupa dia berlainan dgn org lain.

UPSR mendapat 5A

Bersekolah Agama di Maktab mahmud pada form 1

tapi melihatkan akademi di turun marah yg teruk

aunty keluarkan dia dan sekolah ke sekolah biasa

Selain dari Pelajaran Agama, dia meminati English dan BM

PMR mendapat hanya 4A dan 4 B, dia frust sgt
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Arwah juga ada tuliskan tentang keputusan PMR diblognya
 
http://misschronicz.blogspot.com/2010/12/kisah-boxerseluar-trackresult-pmr.html


Yasmin write :

Salam semua.
Tudia mau berhabuk dah aku punya blog. Memang nak spray ubat nyamuk dah.Sebab dah jadi sarang nyamuk n lalat. Tu nasib sarang nyamuk, kalau sarang maksiat ? wallahualam.
(dengan jayanya introdaksi keluar tajuk)
dah 26 Disember pon. sekolah pon nak mula dan nak masuk form 4 .
aku pulak kena pindah sekolah atas masalah tertentu.
DIAM! bukan kena tendang akibat msalah disiffflenn ok.
Result PMR aku agak teruk.Lain yang subj yang ditarget A , lain yang jadi -_-
tu la banyak main komputer kan ? *bak pepatah mama*
2-2 bahasa rasmi boleh takdapat skor ? kain batik tol.
ok mula cerita.
 
p/s : utk pengetahuan Blogger2 yang follow Yasmin ni, result
PMS
PMR aku ialah
4A 4B
teruk kan ? TAKPA ! AKU AKAN STRUGGLE DAN PULUN UTK SPM PULAK! TENGOK LAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.!!!!
 
Uncle Johan said...
Execuse me, i m looking for my daughter.....Papa proud of your achievement....remember in life academic is not everything...be a good muslim, daughter, sister...later a profession you have passion and a little later a wife...mother and the list goes on.I like your attitude girl!...never give up and keep the determination burning! Love you my little _ _ _ _ i will be behind you always - cheering you up.
December 28, 2010 7:46 AM

Arwah said :
 papa ; :) i have a new hope. One day I will show you that I'm not a useless person. I'm promise.

(walaupun arwah dah dapat 4A 4B tapi arwah tetap tak berpuas hati dengan keputusannya, impian arwah sangat tinggi)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dalam hidup kami kalau tak pandai akademik sekalipun, atau sekadar biasa2 jgn susah hati,

tapi bagi kak 4A dan 4B tu dah good enough. Semua A dia scored yg Matapelajaran teras (mmg betul apa yg kak saz cakap, pd saya ia mmg dah sangat bagus)

disamping itu dia meminati Piano, dan hampir ke grade 5

Cikgu piano dia kata grade dia patut tinggi tapi untuk mendapat sijil, perlu ada procedure

abilitity dia main macam sudah pro dan menjangkaui grade, Arwah juga meminati chess sebab byk berfikir,stategy,bila kita harus jadi offensive dan harus jadi defensive.

Manakala belajar piano untuk menggerakkan otak kanan dan otak kiri kita untuk sama balance (seimbang) kedua2 tangan mewakili otak kita

Mungkin cara kak saz mendidik tak sama dgn org lain

ramai ibu bapa yg menekankan sgt akademi, kak saz mengaku kak saz pun tak pandai, lepas SPM bekerja dan ambik partime belajar Secretary di Rima College. Kawan2 akak semua U, menara gading....bagi akak bila ada kemahuan disitu ada jalan

Ok berbalik kepada cerita arwah

Byk nilai nilai murni kak tekan kan sama juga dgn adik2 dia tapi arwah ni good listener dan very very observant. Bila bersama kami dia agak pendiam, tapi bila bersama kawan rapatnya dia friendly...Kak rasa syukur kerna ada anak spt arwah tapi ada kan sebab knpe tuhan ambik dia awal2. Hanya Allah yg tahu.

Sumber2 dalam blog yg menceritakan tentang malam kejadian tu saya ambik dari kawan baik arwah F, dari keluarga mangsa yg meninggal dan adik yg menjual burger di kawasan yg berhampiran.
(ada dalam entry saya sebelum ni)

E.N.D

______________________________________________________



 

Thursday, 20 September 2012

Arwah Yasmin J Hunwick

Assalam & Selamat Sejahtera,


Hari ni saya terpanggil kembali untuk menceritakan tentang seseorang yang tiada lagi di dunia ini, tentang seseorang yang saya pernah kongsikan tentang kematiannya yang agak tragik kepada semua orang....sehingga sekarang ianya menjadi perbualan kebanyakkan orang...ada yang menerima segala ceritanya dengan baik sekali dan menjadikan ia sebagai tauladan..alhamdulillah....namun ada juga yang memandang negative tentang arwah..masyaAllah....

Arwah di labelkan sebagai seorang yang liar, suka keluar malam dan mcm2 lagi cerita2 negative yang diberi kepada arwah...sedangkan hakikat yang sebenar orang yang bercerita itu sendiri tidak mengenali arwah secara dekat, tidak tahu bagaimana arwah sebenarnya semasa hayatnya...mereka  yang bercerita hanya membuat tanggapan sendiri HANYA dengan membaca cerita2 tentang kematian arwah...kesian nyer orang2 yang hidupnya begini...memandang negative hanya berpandukan dari apa yang di baca tanpa ketahui cerita sebenar...

Bila kite ingin berprasangka buruk kepada seseorang, lagi2 bila seseorang itu telah tiada, bukankah ia sesuatu yang tidak disukai oleh Allah? Tidak kah kite menerima ketentuan Allah bahawa arwah telah ditakdirkan arwah meninggal dgn cara sebegitu? malahan memberi tuduhan yang bukan2..ya Allah, jauhilah diriku dari bersikap begini....fikirkanlah perasaan family arwah bila melihat tuduhan buruk telah di lemparkan kepada anak mereka..lagi2 if cerita itu TIDAK BENAR....pasti ianya sangat menyedihkan...marilah sama2 kite fikirkan dan selam apa yang kite rasa if kite kehilangan seseorang yang kite sayang??dan apa perasaan kite if orang berprasangka buruk pada family kite yang telah tiada??kalau tak suka lebih baik kite diam dari menyinggung perasaan keluarga arwah dan mereka yang bersimpati, marilah sama2 sedekahkan al fatihah kepada arwah dan jua kepada 2 rakannya yang sama-sama terlibat dalam kemalangan tersebut.

Ini adalah kata2 bapa arwah yang telah meninggalkan komen dalam blog aqilah, sangat menyentuh hati ,


"Saya Johan E Abdullah @ Johan Peter Hunwick (ayah kepada Arwah Yasmin Johan). Saya amat berterima kasih and so touched atas usaha Saudari membuat komen terhadap arwah anak saya. Saya juga amat bersyukur kepada illahi dan jutaan terima kasih atas doa semua muslimin & muslimat kpd arwah anak saya....only Allah s.w.t. balas kebaikan saudara saudari sekelian Nothing more sad for a father then bathing, assist in "kafan", solat jemmaah, usung jenazah cintaku, holding my beloved daughter with my two bare hands and placing her in liang lahad and finally listening to the Talqin.....the list goes on...but i am extremely grateful to Allah that the funeral went on very smoothly as any father could ask for and that i was actively involved.... Alhamdulillah diberi kekuatan olehNya.

In Allah we trust and we must redha atas ketentuanNya. As a muslim we must submit in totality to Allah and without any doubt that Allah lebih mengetahui atas segalanya.

My selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w and i will always berdoa you my anak manja - Yasmin Johan. "

 

ketahuilah bahawa kehilangan orang yang kita sayang adalah sesuatu perkara yang sangat payah untuk diterima, namun sapalah kita untuk menidakkan takdir Ilahi, kite hendaklah menerima bahawa apa yang kite ada hanyalah pinjaman sementara. Yang pergi pastinya tidak akan kembali. Kite yang tinggal ni, sedekahkanlah al Fatihah kepada yang tiada, semoga apabila kite tiada nanti, orang lain juga akan sedekahkan alfatihah untuk kite di alam sana...amin.....

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

3 June 2012 11am

ketika dalam penggal ke2 cuti persekolahan , arwah yasmin ke sekolah untuk discussion bersama kawan2 karibnya dalam pukul 11 dia dan kawannya pulang ke rumah kawan rapatnya (F) Sebelum sampai ke rumah (F).kwn rapat nya tersebut merasakan sesuatu yg tak kena dgn cara arwah berjalan. (F) tanya kenapa, dia jawab tak ada apa2. Dirumah (F) arwah nampak penat dan tidor nyenyak. Sebelum tu dia sempat lihat gambar mereka berdua dan dia pegang seperti raut gambar didinding dengan pandangan yang sayu ...kejadian ni berlaku semasa arwah  menunggu aunty saz datang mengambil nya..


Manakala aunty saz ketika tu berjumpa dgn kawan lama beliau, menyebabkan aunty saz tidak dapat mengambil arwah disekolah. arwah sering menumpang dirumah (F) jika ada tusyen atau lewat aunty ambik. sebelum aunty saz ambik arwah dirumah (F) aunty saz menemani kawan sekolah aunty saz shopping di kedai duty free di Kuah (bandar). kawan aunty saz meminta aunty saz pilihkan untuk dia (kawan aunty saz) dia kata dia nak beli kain batik lepas 3 helai. Aunty saz pilih untuk dia dan mangatakan '' senang kena ada batik lepas kat rumah, kot-kot ada org meninggal '' .. Waktu shopping tu dalam pukul 2-3 petang. lagi pun aunty saz janji ambik arwah dirumah (F) pukul 3 petang
 

3pm
selesai bertemu dgn rakan aunty saz..aunty saz menjemput arwah di rumah (F) dan membawa dia balik kerumah terus, masa tersebut beliau melihat mata arwah dah merah macam baru lepas nangis. Tapi aunty saz tidak mahu bertanya. Bila balik ke rumah arwah terus senyap, Bibik indonesia aunty saz kata arwah minum air teguk macam org terlalu haus, bibik pun heran, arwah tak pernah buat macam tu. Selepas dia minum air, dia terus ke bilik dan bersama laptopnya.

6.30pm

arwah ada kelas piano pukul 6.30 pm, dia pergi sendiri kereta. Arwah pass lesen kereta dah bulan May.(die excted sbb pass)''Dia kata buat sesuatu dia mesti boleh deliver''...Mungkin tuhan nak kasi dia satisfied before dia meninggal. Dia sempat bawa kereta ke sekolah bersama adiknya Muiz. Tapi Muiz kata, dia bawa kereta pun tak berasa selesa. Ya la kan, bila nak meninggal, kaki kita jadi lemah. Driving kan perlu kaki untuk bergerak

Malam

Malam tersebut pun ibu arwah serba tak kena.. resah sahaja.. papa arwah mengemas bilik arwah, pecah gelas ditangan... bila ditegur papanya arwah terus keluar, arwah tak pernah buat mcm tu.. kata org2 tua 'AJal Dah Memanggil' ...bila arwah keluar rumah, aunty saz dah terbayang tempat yg accident tu... tempat tersebut mmg byk org accident dan tak pernah org survive..
Jgn salah sangka arwah tidak baling gelas tersebut.. arwah tersinggung alat2 mekap dia sebelum dia keluar dan alat2 mekap terus jatuh berderai. Tidak tahu kenapa arwah tak nak share blik dgn Ayesha adik dia, selalunya dia ok.. tapi hari tu berlainan sikit.selama ni dia sayang adik dia..


11pm

Bila arwah keluar lari dari taman rumah aunty saz ., arwah berjumpa dgn kawannya iaitu, Arwah Nur Hazwani masa Hazwani beli burger di taman sebelah. Arwah Hazwani hubungi kawan yg ada motor bernama Arwah Nur Ainaa Apiqah. Tujuan mereka naik motor tu untuk menghantar arwah ke rumah (F) Dan tujuan mereka naik motor bertiga ialah sebab bila dah hantar arwah Yasmin, mereka balik berdua, so tak la takut sgt. Kan dah dekat pukul 12.Jalan nak kerumah (F) tu agak sunyi. mungkin ralat sikit sbb tak pakai helmet. Tapi kalau ada helmet pun, tgk cara kematian, mmg tak ada yg boleh survive, masa yg berlaku tu semuanya berlaku sekelip mata, tika itu  juga aunty saz merasa yakin arwah akan balik ke rumah...kerana seperti yang kite ketahui arwah adalah seorang anak yang baik.... dan aunty saz tertidur ketika menanti kepulangan dia. ...


11.50pm

Aunty saz tiba2 tersedar terus buka mata, mata terus terpandang jam 11.50.... (biasanya seorang ibu akan merasakan sesuatu yang berlaku pada anaknya, begitu juga auntie saz)
Dia meninggal jam 11.50.. Aunty saz merasa yakin dia meninggal masa tersebut kerna jam ditangan dia mati ketika kejadian tersebut .HP dia pecah. Ada org bagi Sim kad dia dekat aunty saz. Tapi sampai sekarang beliau tak pernah buka simkad tu kalau beliau buka, beliau mesti cerita apa yg berlaku. Mesej apa yg ada.aunty saz tak nak buka, sebab takut aunty saz sedih,'' anak aunty saz dah takder, tak ada apa yg aunty boleh ganti ''

Masa aunty saz menerima berita xcident beliau menjerit sehingga 'lemah lutut' , tetapi beliau masih waras, cuma papa arwah terlampau ' sedih '. Aunty saz tidak pergi tgk mayat dihospital sbb aunty saz takut .takut tak kuat menerima kepergiannya..Aunty saz cuma tgu dimasjid untuk mayat dimandikan. Masa tu la aunty saz nampak dia. terakhir.Dimasjid org terlalu ramai sehingga Pak Imam kata " arwah meninggal ni yg paling ramai dan tak pernah di tengok"

Alhamdulillah...Semua saudara mara aunty saz datang dari selangor/kl sempat

jumpa dia.. aunty saz tidak merasa ralat sgt sebab tak da siapa yg terkilan tak

tengok mayat arwah
 
Cerita from blog aqilah..thanks Qila..
 

 
picture bawah tu adalah picture terakhir arwah pada siangnya, malamnya arwah pergi meninggalkan kite semua.
 
 
Al Fatihah for Yasmin Johan

Thursday, 13 September 2012

Cerita tentang arwah Yasmin J Hunwick

Assalam & Selamat Petang,

Yasmin J Hunwick atau nama sebenarnya Yasmin Johan Eusoffe seorang yang sangat cantik, berpewatakkan menarik, periang, bijak dan bnyak lagi kebaikkan sebagai seorang muslimah.
Yasmin telah meninggal dunia pada 3 June 2012 disebabkan kemalangan yang menimpa arwah, kematiannya mengejutkan seluruh keluarga, rakan2 dan warga blogger... Ramai yang bersedih diatas kepemergiannya.....

Seperti telah mengetahui bahawa ajalnya semakin hampir, arwah telah membaca beberapa buku yang berkaitan tentang alam kubur dan arwah sendiri telah uploadnya sendiri di ac instagramnya. Semestinya insan yang terdekat dengannya jua pasti tidak akan menyedarinya...

ini lah buku yang telah di upload dan di baca oleh arwah

 

 

 


 
Post : ibu arwah
Adakah kita dapat membayangkan bagaimanakah rasanya berada di alam kubur? Hanya tujuh malam sahaja? Masya Allah, sesungguhnya itu adalah kehidupan yang menakutkan dan mengerikan.

Sebuah gambaran rumah masa hadapan yang amat sempit, gelap, dingin, lembap dan sunyi. Hanya bertemankan cacing, ular belatung, ulat, kala jengking dan makhluk merayap yang menjijikkan. Tetapi sedarlah, itulah hakikat kehidupan masa depan yang pasti kita akan lalui. Tidak peduli kaya atau miskin, berpangkat atau orang biasa, ahli korporat atau yang melarat, kita semua akan merasai gelapnya kehidupan di alam kubur.

Jika kita lupa akan gambaran ngeri alam kubur itu, nescaya hati kita akan sentiasa jauh daripada Allah. Sebaliknya jika kita selalu ingat bahawa didunia ini kita tidak kekal, hatta dengan kemolekan, kecantikan, kekayaan dan kemasyuran status kita, nescaya kita akan berlinangan airmata membayangkan bertapa kerdilnya diri ini. Kita akan terus bergegas menyiapkan diri menyiapkan diri menghadapi alam kubur dengan penuh ketakziman dan kesolehan ibadah.

Buku ini mengingatkan kita, bagaimanakah nasib kebidupan yang akan pasti kita jalani setelah kita dimasukkan ke liang lahad oleh mereka yang sangat menghormati dan mencintai kita selama ini . hingga 7 malam akan datang. SubhanaAllah,,,

Ya Allah beginikah rasanya 7 malam pertama kehidupan sepi di alam kubur? Tolongla hambaMu ini Ya Allah..

(DIPETIK DARIPADA BELAKANG BUKU BEGINIKAN RASANYA 7 MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR - ALHAMDULILLAH ARWAH TELAH MEMBACANYA TERLEBIH DAHULU)
- di petik dari http://www.facebook.com/media/set/?set=a.151719964963150.31708.151248461676967&type=3#!/photo.php?fbid=156467971155016&set=a.151719964963150.31708.151248461676967&type=3&theater


Terus-terang, saya sangat meminati arwah kerana keperibadiannya....saya tidak mengenali arwah secara rapat, hanya melalui dunia siber, namun dari pemerhatian saya arwah seorang yang pandai jaga diri, dari segi menjaga auratnya, menjaga dirinya sebagai seorang muslimah menampakkan dirinya semakin cantik dimata semua. Semua orang menyayanginya, semua  teman meratapi ketiadaanya, apatah lagi kedua ibu bapa, teman-teman rapatnya yang terasa akan kehilangannya, kerana arwah pergi tidak pernah  dijangka. Namun ketahuilah, Allah lebih menyayanginya, lebih tahu apa yang terbaik untuknya...relakan pemergiannya...suatu kehilangan memang sangat menyedihkan...ini lumrah kehidupan...sentiasalah doakan kebaikkan untuk arwah di alam sana...al fatihah...amin....

Selamilah hati seorang ibu apabila kehilangan anak yang tersayang...sesungguhnya ibu arwah sangat beruntung dikurniakan anak seperti arwah...sama-sama kite memberi semangat dan sokongan kepada keluarga arwah...

Keratan akhbar yang menceritakan tentang kemalangan yang melibatkan arwah http://www.hmetro.com.my/articles/Tiganaiksatumotormatidilanggar/Article/


Saya memohon maaf jika saya tersalah bicara.


Ingatlah kawan2 kematian tidak akan mengira walau di mana pun kita..sentiasa mengingati kematian & bersedia menghadapi kematian adalah yg terbaik...sy rasa bersyukur krana di saat2 akhir arwah jua tlh mempersiapkan dirinya utk pergi ke alam yg lain...semoga arwah tenang di alam sana & dipermudahkan perjalanannya...amin

Cerita tentang TECIK - my cat

Assalamualaikum. 28 Dec / 23.05pm / Tecik Ingat lagi kali pertama Allah temukan aku dgn tecik, kat pasar borong pandan, masa aku tgh ba...