Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Saturday, 13 April 2019

Aku dan SLE / LUPUS

Assalamualaikum ..

korang tahu apa SLE/Lupus, sebenanya aku pernah cerita pada entry aku sebelum ni. Boleh refer post aku yang ni.

https://bungakikin08.blogspot.com/2012/07/info-kesihatan-apa-itu-sle.html

Pejam celik , pejam celik , dah 8 tahun aku di sahkan menghidap SLE/Lupus, jatuh bangun aku selama 8 tahun aku akan share pada korang.

Bila doctor sahkan kan kau menghidap sakit ini, first thing kau jangan rasa down..walaupun pada masa tu doc ada bagitahu sakit kau ni berbahaya, boleh bawa maut.

apa yang aku belajar dari sakit SLE ni, kita kena sentiasa positive, enjoy setiap moment yang berlaku dalam hidup kau samada baik atau buruk, seperti yang kita tahu. Pesakit SLE ni tidak boleh terlalu stress, ia akan memberi kesan pada tahap kesihatan yang baik pada tubuh badan kita.

alhamdulillah , aku rasa bila aku tak terlalu fikirkan tentang sakit ni, aku more positive. apa yang aku tanamkan dalam dri aku, setiap penyakit ada ubatnya. sekurang-kurangnya bila ada sakit kita lebih ingat tentang kematian.

Nak cari kekutan diri pada mulanya bukan sesuatu yang mudah, kau mmg perlukan keluarga, kawan2 yang boleh support kau selain diri kau sendiri. Kau kena bergaul dengan mereka-mereka yang positive , sehingga kau sendiri lupa yang kau sedang berperang dengan satu penyakit.

Orang cakap memang mudah, sebab orang tak lalui apa pesakit macam kita lalui,. Malah ada je orang cakap pesakit macam kita ni mengada2 bila kita cakap kita tak boleh kena panas, tak boleh terlalu stress dsb..hahaha..sbb pesakit macam kita tak nampak dari luaran, kita ni nampak normal je..Tapi jangan risau, jangan down dan salahkan mereka, dorang masih tak tahu tentang penyakit SLE..boleh je kita terangkan..jadikan kita sebagai info tentang penyakit ini, bila kau selalu postive , bergaul dengan org positive.. persekitan juga akan menjadi positive..insyaAllah lama-lama semuanya akan bertambah baik.

Penyakit SLE ni sukar nak jangka, setiap pesakit kesannya berbeza, jadi kita sebagai pesakit kena tahu sendiri apa yang kita bole makan, buat dan sebagainya. Setiap perubahan yang berlaku pada tubuh badan aku samada dalam pemakanan dan dalam melakukan aktivity , aku akan aware dan rekod supaya lepas tu aku lebih berhati-hati.

Aku doakan mereka yang ada penyakit seperti aku , semoga sentiasa kuat hadapi ujian penyakit yang Allah beri ni, kuat hatinya, kuat jiwanya, kuat semangatnya.  💪

Semoga kita bertemu lagi✋

daaaaa~

Thursday, 25 September 2014

Beruntungnya menjadi tetamu Allah

Assalammualaikum..

Tak lama lagi nak masuk bulan Zulhijjah, maknanya dah nak dekat Raya Haji dan bulan untuk mereka pergi menunaikan haji....beruntung bagi mereka-mereka yang telah menjadi pilihan Allah untuk sampai di tanah suci...bukan semua org terpilih menjadi tetamu Allah. Saya juga dah lama tanam keinginan untuk pergi ke sana dari saya masih belum berkahwin lagi.....tapi masih belum dapat keizinan dari Allah...semoga satu hari nanti Allah izinkan saya sampai ke sana bersama suami & ibubapa saya.

Semasa saya di KLIA, Saya lihat ramai kaum keluarga menghantar saudara mereka yang ingin pergi menunaikan haji.. Di satu sudut terlihat suami isteri sedang berpelukkan sedang menangis sambil di kelilingi oleh anak-anak mereka barangkali, suasana di situ agak suram...pasti berat hati untuk melepaskan orang tersayang kan....berserahlah pada Allah semoga orang yang kite sayang berada di dalam jagaan Allah.

Saya teringat suatu ketika masa Abah & mak nak menunaikan haji..waktu tu hati pun agak sedih nak melepaskan dorang pergi..maklumlah tak pernah berpisah jauh beribu batu pun kan...so mmg pada mulanya hati agak risau..tapi saya yakin yang Allah sentiasa ada bersama mereka jika mereka di dalam kesusahan. Setiap hari waktu mak & abah di sana , saya dan adik beradik yang lain menunggu berita dari mereka....saya dapat rasakan kegembiraan mereka selama berada di sana..Thanks to Allah sbb telah menjemput abah & mak ke rumahNya.

Jadi bagi sapa yang keluarganya akan menunaikan haji, doakan agar semuanya baik-baik sahaja and yakinlah Allah sentiasa ada untuk mereka. Bukan mudah nak sampikan kaki ke Tanah Suci. Bersyukurlah keluarga kite di antara orang yang beruntung kerana telah di jemput Allah ke sana.

Harga makanan yang melampau!

Assalammualaikum......


Hari ni saya nk share satu pengalaman saya makan tengahari berharga RM120. Agak2 makan tengahari untuk 3 org harga mcm ni bagi korang mahal tak? Lauk kami sayur, telur goreng, ikan goreng & asam pedas. Dahlah masa tu kami kelaparan sangat-sangat...makan lambat dalam kul 2.30pm cari-cari kedai makan, akhirnya Allah menggerakkan hati kami untuk ke kedai tersebut yang berada di kawasan PULAI. Makanannya so-so lah, asam pedas lain dari kebiasaan kami makan, agak tidak boleh diterima oleh tekak ni.....huhuhu

Haiiishh mahal betul kos makanan skrg ni...kami sempat bertanya kenapa smpi harga sampai seratus lenih, rupanya sekeping ikan yang tak berapa nak fresh, agak lunyai dorang charge sehingga harga RM20 sekeping..kami ambil 3 slice bermakna RM60...oh..my..terkejut kami mendengarnya...at least if beli kat pasar dapat seekor ikan merah....kan..........

Kekadang dorang ni nak caj makanan melampau betul..huhuhuhu...caj makanan dengan harga yang tak sepatutnya belum tentu akan cepat kaya-raya tau..Apa yang penting rezeki yang berkat tu ....kan?

Ok lah..sekian luahan hati saya...moral of story before nak makan kena tanya dulu harga makanan tersebut....kalo tak nnti tak lah terkejut beruk bila nak membayarnya......hehehehe..

Pengalaman ini mendewasakan kami.... :)





Wednesday, 17 September 2014

Kita bukan yang sempurna.

Assalammualaikum..

Perbualan dengan rakan semalam membuat saya tergerak mencuri masa untuk menulis.

Sebenarnya saya cukup bersyukur dengan setiap dugaan yang Allah berikan kepada saya...At least jika saya lupa , Allah telah memberi peringatan kepada saya.Saya cuba terapkan pada diri bahawa setiap musibah yang Allah beri bukan kerana Allah membenci tapi kerana Allah terlalu menyayangi..

Saya bukan manusia yang sempurna dan tidak akan pernah sempurna, kesempurnaan itu hanya untuk Allah.Cuma ketika ini saya masih lagi mencari kekuatan untuk menjadikan diri saya umat Nabi Muhammad s.a.w yang mengikut segala sunnahnya. Hijrah ni bukan sesuatu yang mudah tapi penghijrahan ini sangat perlu pada diri seseorang... yang penting biarlah hijrah itu akan membawa kebaikkan kite dunia and akhirat.

Berbalik cerita perbualan saya bersama sahabat saya. Saya sangat menghormati sikap and pendiriannya. Dengan apa yang suami dia ada, beliau takut one day nnti beliau akan timbul perasaan RIAK. Bukan mudah kan untuk menjauhi perasaan sedemikian, adakalanya tanpa kite sedar percakapan kite mampu menimbulkan perasaan tersebut dalam diri kite. Kadangkala saya fikir keserdehanaan itu adalah jalan yang paling tebaik. Dalam masa yang sama menjauhkan diri kite dari perasaan suka membangga dengan apa yang kite ada. Saya mendoakan agar sahabat saya ini sentiasa di lindungi Allah dari perasaan sedemikian.Begitu juga dengan diri saya. Bila saya di atas , saya mengharapkan masih mampu melihat & mengingati yang dibawah.

Memang di akui,kebanyakkan kite sekarang ni lebih mementingan pandangan manusia dari pandangan Allah. Adakalanya kite ingin orang lain melihat diri kite ni hebat, sedangkan kite tak nak nampak hebat di mata Allah. Kite terlalu ingin menunjuk-nunjuk/bermegah dengan apa yang kite ada, sedangkan kite terlupa semua itu bukan hak milik kite selamanya.Itu hanya pinjaman yang Allah berikan kepada kite. Bila kite mati tak de satu pun yang dapat kite bawa kecuali AMAL yang kite buat di dunia ini.

Perasan kan bila kite buat kejahatan pun kite akan takut jika orang lain akan tahu segala kejahatan yang kite buat, tapi kenapa kite tak takut pada Allah? Jauh sangat kan pegangan kite. Kite malu pada orang tapi kite tak malu pada Allah...sedihnya diri bila kite mcm ni...kite mmg terlalu pentingkan dunia...itulah yang paling nyata.

Semoga Allah memelihara kite , membersihkan hati kite dari dosa-dosa semalam. Semoga Allah terus memberi kite petunjuk & hidayah.

Sesungguhnya hanya pada Allah tempat kite berserah.




Wednesday, 28 May 2014

Bila ujian Allah datang menghampiri >>>>>part 2

Alhamdulillah....sekarang ni sy mmpu luang masa untuk menyambung kembali entry sy before ni, bila janji kite kena tunaikan.... Kan...kan...seperti biasa, maafkan sy jika ia tak seindah bahasa, maafkan juga jika ia tak menepati citarasa....

Ok..kite sambung

Selama setahun lamanya sy bergantung ubat2an doc....selama setahun juga steroid bermaharaja di dalam tubuh badan sy...selama setahun juga sy membiarkan diri sy melayan keadaan kesakitan....selama setahun juga sy berulang alik ke hospital...selama setahun juga sy rasa sy sangat buang masa.....perasaan sy waktu tu...setelah setahun menghadapi semua ni...sama seperti mula2 sy tau tentang sakit ni...malahan ada waktu sy malu nk kuar ke mana2....bila cuti sy banyak menghabiskan ms di rumah....sy ada rasa malu utk jmpa org disekeliling....sy tak suka org Tanya itu ini lagi2 perubahan fizikal sy.....

Sampai satu masa, Allah Maha kuasa, dalam sedang sy melayari youtube, sy terbuka  video pengalaman seorang Ustaz (UKE) yang telah menerima ujian dari Allah dan beliau telah berkongsi bagaimana beliau menghadapi setiap ujian Allah itu dengan tenang....setiap pengalaman Ustaz & cara Ustaz itu menangani masalah beliau sangat memberi kesan kepada sy....sy selalu fikir, sy di uji dengan dasat...tapi sebenarnya ada lagi menerima ujian lagi berat dari sy....sejak dari itu, sy mula fikirkan secara rasional...sy semakin banyak membaca nota-nota tentang dugaan Allah berikan kepada setiap hambaNya....dari situ sy betul2 faham bahawa setiap manusia/hamba dalam dunia ni mmg tak akan lepas dari menerima ujian Allah...ujian yang diturunkan dalam pelbagai bentuk...sesungguhnya ujian itu ada banyak kelebihan nya....Walau ia perit , namun yakinlah pasti akan ada manisnya....

Bila sy fikirkan kembali, bila mana Allah Tarik nikmat kesihatan sy, sy mula rasa, sesungguhnya apa yg kite ada, apa yang sedang kite pakai guna, apa yang kite rasa hak milik kite kekal selamanya, sesungguhnya bukanlah milik kite sepenuhnya....semuanya adalah hak Allah, Allah berhak melakukan apa sahaja....dan hanya Allah tahu apa terbaik untuk hamba-hambaNya....setiap kejadian sngat membuka mata...mungkin selama ini sy terlalu takbur dengan apa sy ada....mungkin Allah ingin beri peringatan kepada sy agar jangan terus menerus bersikap begitu....mungkin juga Allah ingin menguji tahap kesabaran sy dalam menerima ujian.....sesungguhnya sy mmg benar-benar lemah....sangat lemah.....

Setelah sy mampu yakinkan diri atas setiap kejadian....maka sy melakukan apa yang UKE lakukan, setiap hari sy cuba dengar bacaan al quran, setiap hari sy cuba baca Al Quran, setiap hari sy cuba amalkan berzikir,sy cuba kerap berselawat semampu yang sy bole..sy kena yakin dengan kelebihan kalimah2 Allah...sy yakinkan diri sy bahawa pasti banyak mukjizat yang terkandung dalam al quran ini....sy yakin penyembuhan segala kesakitan semuanya dari Allah.....dari makan steroid dengan dos yang tinggi, sy kurang kan sendiri dos ubat2an yg sy ambil....

Ketika itu, sy msih belum mampu berjalan dgn baik....kaki sy sngat sakit bila melakukan pergerakkan, bila doc buat MRI kat kaki, ada pendarahan area lutut, doc advice suh sy buat operation untuk buang darah tersebut...tapi doc bg ms seminggu utk sy fikirkan....seriously sy sngat takut, sy berdoa kepada Allah semoga tiada operation yg akan berlaku...dalam masa yg sama sy masih melakukan amalan-amalan yg telah sy nyatakan di atas.....tiba ms jumpa doc....Maha suci Allah, Allah mendengar rintihan sy, ketakutan sy....operation yang akan dilakukan kepada sy terpaksa di batalkan atas sebab bimbang ianya memberi kesan lain kepada penerimaan badan sy....Alhamdulillah....sy bersyukur tak terhingga...tak Kira apa alasan yg sy dengar, yg penting sy tak perlu menghadapi operation tu.....

Dan sy rasa, itulah Kali terakhir sy jumpa doc, kerana selepas itu sy decide sendiri untuk tidak bergantung pd ubat hospital....sy cuba makanan2 sunnah Nabi .....sy minum air zam2 bergelen2...sy makan madu....sy amalkan pemakanan habatussauda.....seperti sy kata...sesungguhnya setiap kejadian dtg dari Allah,setiap kesembuhan juga milik Allah.....sy rasai perubahan diri sy sedikit Demi sedikit...selama 6 bulan sy amalkan semuanya.....semua ubatan hospital sy ketepikan....tanpa jemu sy terus makan makan2an natural....alhamdulillah sy rasa perubahan diri....dari tak bole melompat, Skrg mampu melompat, dari x boleh berjogging, skrg mampu berjongging...walaupun tak pulih sepenuhnya namun sy still rasa bersyukur tak terhingga kepada Allah atas kesembuhan ini.....Allah kembali memberi sy pinjaman milikNya...

Hari ni..hampir genap setahun tak jumpa doc....tak makan ubat2an hospital....sy berserah pada Allah...doc pernah bg tau....sakit sy ni tak mampu duga..bole serang tiba2...bole serang organ dalaman, bole serang otak....kawan2 yg sy baru kenal dalam persatuan SLE juga bg tahu sy perkara yg sama....ada pesakit kat ICU, ada yg meninggal kerana doc kata tak makan ubat2an..sakit sy hanya bergantung pd ubat (ini doc yang cakap) tapi doc bukan Allah..bukan yang menjadikan kite...segala tu semakin yakin kan hati sy.,.,ajal maut tu kat tangan Allah....bila nyawa diambil dalam bentuk & keadaan mcm mana pun...bermakna sudah tiba msnya...jadinya sy tak perlu risau...ape pun keadaan tetap sama....sy berusaha dengan cara sy...tak mungkin sy berputus asa....sy bergantung pd Allah sepenuhnya....sy hanya berusaha dan Allah yang menentukan jalan ceritanya...yang pasti ianya yg terbaik untuk hamba-hambaNya...sesungguhnya Allah Maha mengetahui....maha penyayang lagi maha pengampun....

Ini kelebihan dugaan...bila kite diduga, serba sedikit kite mampu faham ape sebenarnya kehidupan...serba sedikit kite faham siapa kite dibumi...serba sedikit kite faham kedudukan diri kite sebenar....betapa kerdilnya diri kite jika ingin dibandingkan kekuasaan Allah....terlalu kerdil.....

Alhamdulillah terima kasih Ya Allah, atas setiap apa yg telah diberikan kepada sy....

Assalammualaikum.....

Cerita tentang TECIK - my cat

Assalamualaikum. 28 Dec / 23.05pm / Tecik Ingat lagi kali pertama Allah temukan aku dgn tecik, kat pasar borong pandan, masa aku tgh ba...