Thursday, 17 April 2014

10 April Lahirnya insan yang dikagumi dimata sy iaitu M.A.K

Assalamualaikum

Sebenarnya sy dah draft entri ni masa birthday mak, tapi kerana kekangan masa jugalah buat kan ianya tertangguh begitu saja....Entri kali ini saya tujukan khas untuk Mak. Insan yang sentiasa bersama saya tika saya susah & senang....

Pada 10 April 1950
Lahirnya seorg insan yang mulia
Yang telah melahirkan saya ke dunia ini
Dia adalah syurga saya
Ketika saya kecil hingga sebelum saya menjadi seorang isteri
Dia banyak mengajar saya erti kehidupan
Dia yang selalu tegur saya if saya buat kesilapan
Dia yang mengajar saya mengaji
Dia yang memberi nasihat
Dia yang memujuk saya if saya bersedih
Dia yang menyusukan sy tika sy lahir ke dunia
Dia yang berjaga siang & malam demi memastikan sy membesar dengan sempurna
Dia mengajar sy berzanji
Dia jaga saya tika sy sakit
Dia yang mengajar sy mengaji
Dia yang cubit sy kalau saya salah bacaan tajwid dalam alquran
Dia yang memberi sy upah jika saya membantunya membersihkan rumah
Dia yang tak jemu bising pada sy jika saya selalu tertinggal untuk untuk hadir ke sekolah agama
Dia yang memberi kata semangat tika saya merasa down
Dia yang selalu memberi semangat jika saya masuk apa-apa pertandingan
Dia tak pernah lupa ucap tahniah jika saya memenangi mana-mana pertandingan
Terlalu banyak dia lakukan untuk saya, hingga saya tak mampu senaraikan satu persatu
Dia..dia selalu ada dengan bersama saya...Dia selalu di hati saya....

Saya tahu...saya banyak sakitkan hati dia
saya tahu...Saya selalu buat dia susah hati
saya tahu...Mungkin tanpa sedar saya buat dia menangis
Allahu....maafkan sy
Kerana telah melukakan hati syurga sy

Masa sy kecil, masa sy sekolah hingga sekarang
kalau sy sakit
Mak lah antara org yang paling risau
Kalau sekolah dulu after sukan sy sakit kaki
Mak akan sapu and urut kaki sy yang bengkak
If balik jumpa mak skrg ni pun, mak masih amik minyak & urut kaki sy
walau tanpa sy minta
Sayangnya mak kat anak-anak

Saya ingat dulu-dulu ms sy sekolah
Bila mak bising-bising cakap itu ini
Saya rasa jemu bila mak asyik nasihat benda yang sama
Tapi mak memang tak pernah jemu
Mak nak kite jadi orang yang berguna
Bila sekarang ni, bila dah meningkat dewasa
Baru kite tau apa yang mak cakap tu tak pernah salah
Tapi lumrah jiwa org muda biasanya suke memberontak
Selalu tak nak fikir panjang

Arghhhh..bila sy berbicara tentang mak
Saya pasti rasa nak menangis
Sbb..............
Sy tak tahu smpi bila Allah akan pinjamkan mak pada sy
Sy tak tahu berapa panjang lagi masa sy akan dapat merasai kasih-sayang mak
Keberkatan hidup anak-anak adalah dari doa seorang ibu
Mungkin sy akan tinggalkan mak or mak yang akan tinggalkan sy dulu

Seriously Mak seorang yang sangat sy kagumi
Mak seorang yang sangat kuat
Menangani anak-anak yang bermacam ragam bukan sesuatu yang mudah
Tapi Mak tak pernah mengalah
Mak bukan seorang yang mudah mengalah
Mak seorang yang cekal
Mak seorang superwoman dimata saya

Saat ini, saat sy tak tahu sapa akan pergi dulu
Perancangan Allah tiada siapa yang tahu
Tapi apa yang sy tahu...Sy ingin pastikan mak happy dari segala sudut mcm mana pun
Apa yang saya mahu...Sy ingin bawa mak kemana tempat yg sy pergi
Semoga Allah memperluaskan rezeki sy
Selama sy bekerja, mak tak pernah meminta-minta untuk dapatkan itu ini
Bila bg sesuatu, mak selalu cakap "buat susah-susah je, mak dah ada ni, x payah beli2 lagi"...tapi sy tahu mak rasa happy
Melihat senyuman di wajahnya buat sy rasa tenang
Melihat senyuman di wajahnya buat sy rasa gembira
Apa yang sy lakukan skrg ni pun masih tak mampu membalas setiap pengorbanan yang pernah dia lakukan untuk Saya
Jurangnya masih terlalu jauh untuk disamakan pengorbanannya

Sayang Mak smpi sy mati
Moga di akhirat nnti Allah masih menemukan kita.

HAPPY BIRTHDAY MAK!!
Semoga kite masih diizinkan Allah untuk berjumpa di hari lahir mak pd tahun akan datang.

Tuesday, 8 April 2014

Nota Diri

Assalammualaikum..

Selamat & Selamat & selamat pagi


Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur.” (Surah Al-A’raaf; ayat 10)

kita sebenarnya tidak layak untuk mempertikaikan apa yang Allah telah sediakan buat kita. Kita seharusnya sedar akan hikmah dari apa yang Allah jadikan. Mungkin itu adalah balasan yang terdahulu dari dosa kita. Ataupun mungkin sahaja dugaan Allah membuatkan kita lebih mengenali siapa kita dan tujuan kita hidup di atas muka bumi Allah ini. Iringilah dugaan ini dengan redha dan penuh kesabaran.

Cuba sama-sama kita renungkan, dengan usia kita yang telah menjangkau kedewasaan ini, adakah terlihat usaha dan jasa kita pada agama seperti sahabat-sahabat baginda SAW dulu, ataupun seperti Rasulullah SAW sendiri? Pasti sukar untuk menyatakan ia telah terlihat. Hanya dibibir menyatakan Rasulullah SAW adalah qudwah hasanah, namun ke mana pergi praktikal hadis yang sepatutnya diikuti?

Monday, 7 April 2014

What gift should i give to my mom for her birthday?

Assalammualaikum...

Its my mum's birthday on this Thursday.(10/4)
Every year i buy her a shoes or handbag
Now , I have no clue what to get her
I want to get something thoughtful
any suggestions??


Love you "Mak".

Thursday, 3 April 2014

Ayam Masak merah Simple

Assalammualaikum...


Hari ni sy nak share satu masakkan ayam merah paling simple....dan ini adalah salah satu makanan favourite sy, apatah lagi jika di hidangkan bersama nasi himpit...ouuuuchhhhhh.....


BAHAN-BAHAN

Ayam 1 ekor - potong ikut suka & di Goreng sederhana
bawang Besar - kisar
Bawang putih - kisar
Halia - kisar
Serai - kisar
Cili kering - kisar
sos cili

CARANYA
 
  • Tumis bahan kisar sehingga naik bau
  • Masukkan sos, biarkan sehingga minyak naik
  • Masukkan Ayam yang sudah di goreng & tunggu sehingga kuah pekat
  • sedia di hidangkan
  • letak hiasan daun sup di atas ayam masak merah tadi
"Selamat Mencuba kawan-kawan"




ayam yg dah di goreng

sedang di masak...


Wednesday, 2 April 2014

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Hmmm dah lama giler tak leh post entri baru..gila ah...

nak log in tak bole..nak post baru tak leh...ape pun tak bole laaaaaaa...

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...dengan izin Allah, hari ni aku leh masuk semula ke sini.....

See you!you!you!



Saturday, 14 September 2013

Resepi jemput-jemput udang version kikin

Hahahahaha...tittle entry mcm poyo kan..

Atas permintaan seorang sahabat, dia meminta aku untuk menulis resepi masakan yg biasa aku hidangkan kepada mereka...

Ok, first aku mula kan dengan resepi jemput-jemput udang

BAHAN-BAHAN

Tepung gandum
Udang - dipotong
Daun sup - cincang halus
Bawang - cincang halus
Sedikit bicarbonate 
Sedikit baking powder
1 biji Telur
Garam

CARA-CARA

1) rendamkan garam bersama air panas 
2) masukkan air garam tadi ke tepung gandum - di gaul
3) masukkan telur digaul sebati
4) letak sedikit air sejuk Dan di gaul lagi hingga sebati - jgn terlalu cair nnti mudah di serap minyak
5) masukkan sedikit bicarbonate Dan baking powder
6) masukkan udang yg telah di potong kepada beberapa bahagian
7) masukkan daun sup

Opssss....jgn goring dulu

Tunggu sehingga 15-30 min  & letakkan di dalam petiais untuk memastikan segala BAHAN menjadi sebati 

Then bolehlah digoreng, selamat mencuba!

Pic nnti sy letak ea...

Assalammualaikum 

Friday, 12 July 2013

Kisah arwah Yasmin J hunwink telah dinovelkan dengan jayanya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Hari ni 12 July bersamaan 3 Ramadhan ,
Hari ni juga genaplah 1 tahun 39 hari pemergian si cantik manis arwah yasmin.
Namun namanya masih kekal dibibir and sentiasa segar dalam ingatan semua orang
kenangan  bersama arwah bg mereka yang mengenalinya tidak pernah padam
istimewa sungguh insan bernama Yasmin Johan
Doa tidak pernah putus-putus dititipkan kepada arwah
Inilah bukti kekuasaan Allah
Bila seseorang itu baik di dunia, bila dah tiada lagi di mukabumi ini
Orang akan sentiasa mengingati & mendoakan kesejahteraan kite
Jika kite juga ingin begitu, berbuat baiklah terhadap ibubapa,kawan2,binatang dan segala apa yg ada di dunia milik Allah ini

ah..terlalu panjang sinopsis aku...
Terus terang Ini merupakan entry aku yang ke 5 tentang arwah.
dan aku tak pernah jemu tentang cerita ini
sebenarnya masa genap setahun pemergian arwah, ingin sekali aku mencoretkan entry baru tentang arwah
tanda aku mengingatinya, namun demi kekangan masa, aku tak dapat melaksanakannya
kerna bila aku start bercerita tentang arwah, pastinya aku memerlukan masa yg panjang
kerana banyak perkara yg ingin aku kongsikan

Alhamdulillah, Novel Yasmin telah pun berjaya di edarkan yang diberi judul "LOVE YASMIN"
Tahniah aku ucapkan kepada syimir sebagai pengarang novel ini dan dapat menyiapkan novel ini dengan jayanya
Aku pasti ramai dah memperolehinya & juga membacanya
Dan aku pasti ramai yang sudah mengetahui kisah sebenar-benarnya siapa yasmin & bagaimana kemalangan itu berlaku
Dan aku berharap, tiada lagi suara-suara liar yang memperkatakan sesuatu yang buruk kepada org yang sudah tiada

Jika sesiapa yang sudah membaca novel ini
pastinya mereka benar-benar memahami perasaan keluarganya yang sangat merasai pemergian arwah lagi-lagi Encik Johan (Ayah kepada Yasmin)
Disaat-saat akhir arwah meninggalkan keluarganya
Berlaku sesuatu perbalahan antara arwah dan Encik Johan, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini kerana arwah sangat manja & rapat dengan ayahnya tapi malam disaat arwah ingin dijemput Allah , perbalahan itu telah berlaku & membuatkan arwah merajuk hati.
Disaat En Johan belum pun sempat memujuk arwah, arwah telah pun pergi untuk selama-lamanya.
Bayangkan.......bayangkan...apakah perasaan beliau...
If kite juga berada dalam keadaan sebegitu..apakah yang kite rasa??
Pastinya sangat terkilan bukan?
Sehingga berlaku kemalangan , mereka tak kuat dan tak mampu untuk melihat sendiri jasad arwah kecuali adik arwah Muiz,
Betapa sukar untuk mempercayai permata yang disayangi  hilang secara tiba-tiba.
Arwah anak yang baik...patuh pada arahan ibubapa....Allah telah ambil buat selama2nya..
So please letakkan perasaan kite berada sama dengan perasaan keluarganya..
Tolong hentikan keluarkan perkataan2 yang menyentuh hati keluarga arwah.
Semoga dengan penerbitan novel ini, dapat kite sama-sama mengambil iktibar atas apa yang berlaku
Yang hidup, tidak akan hidup untuk selamanya, pasti akan pergi satu hari nanti.bila sampi waktunya

Bagi sesiapa yang telah membaca novel ini
Pastinya akan baca part perubahan yang berlaku pada diri yasmin
perubahan emosi, selera dll
Ini memberi petanda bahawa ajalnya semakin menghampiri
namun perubahan itu tiada siapa sedari
Di sini kite dapat mempelajari bahawa setiap insan yang ingin meninggalkan kite
Pasti akan memberi "tanda-tanda" kepada kite
bahawa dia akan meninggalkan kite untuk selamanya
cuma kite sebagai manusia biasa
kurang sensitif terhadap semua ini
kerana kite manusia yang tidak sempurna
kesempurnaan itu milik Allah s.w.t
sekali lagi ini membuktikan kekuasaan Allah s.w.t

Novel ini sangat memberi kesan ke dalam hati
Bila aku baca bab tertentu
Kadangkala aku rasa aku telah berada dalam situasi itu
lagi-lagi saat berlaku kemalangan itu, saat membaca kesedihan hati keluarga arwah
sangat memilukan...semoga mereka terus tabah

Thanks again for syimir atas usaha yang jitu
Menunggu novel ini smpi ke tangan aku merupakan satu penantian yg sangat mendebarkan
Aku menelaah novel ini ketika aku dalam perjalanan ke Kuala terengganu, dalam kereta
Thanks pada kak Saz kerana sudi membuat kiriman secepat yang di inginkan

Marilah sama-sama sedekah Al Fatihah kepada mereka yang telah tiada.

Assalammualaikum






Cerita tentang TECIK - my cat

Assalamualaikum. 28 Dec / 23.05pm / Tecik Ingat lagi kali pertama Allah temukan aku dgn tecik, kat pasar borong pandan, masa aku tgh ba...