Tuesday, 4 December 2012

Ingat lagi tak kat Ariel Sharon??

Bila berlakunya serangan ke atas GAZA di atas kekejaman Israel bebaru ni, aku terus teringat kat Ariel Sharon, kenal tak siapa dia ni?? cuba ingat balik?/

If tak ingat x pelah, meh aku tuliskan serba sedikit tentang manusia yg pada aku yang sangat tak de perikemanusian ni....Ariel sharon adalah pemimpin Israel sebelum ini, dia adalah manusia yang paling kejam sekali dalam dunia ni,dia membunuh ramai manusia yang tak berdosa,rakyat palestin yang tak berdosa,Sebelum jadi perdana menteri,dia pernah terlibat dalam pembunuhan dan penyembelihan di sabra dan shatila pada tahun 1982.Kejam kan?Apa lagi kekejaman yang dia dah buat?Dia pernah tembak 2orang kanak-kanak palestin dari jarak 10 meter je.Hapa punya haiwan la dia ni.Antara kata-kata si Ariel Sharon pemimpin israel ini adalah
"Saya bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan..."


 

Inilah sumpah janji Ariel Sharon pada 1956. Daripada ucapannya ini, tahulah kita kenapa Israel sehingga hari ini sengaja sasarkan roketnya ke arah penempatan padat di Palestin. Tujuannya jelas, mahu menunaikan sumpah Ariel Sharon. Menghapuskan pewaris di bumi Palestin.

Bagi Israel, ancaman kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding pemuda dewasa. Betapa tidak, di usia masih muda, kanak-kanak Palestin sudah ramai mampu menghafal al-Quran. Perkara ini menjadi momok luar biasa menakutkan Israel. Mereka menilai kanak-kanak generasi penerus perjuangan Palestin yang akan menentang berdirinya negara Zionis Israel.

“Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (H.R Bukhari dan Muslim).
Tapi sesungguhnya Allah itu maha adil lagi saksama, Allah maha mendengar & melihat apa yang berlaku..Allah menerima doa hamba2nya yang di aniya...Allah maha besar..

Ariel Sharon sekarang ni tengah jadi mayat hidup dekat hospital.Masuk tahun 2012 ni,dah 5 tahun dia koma.Sebelum dia koma,setiausaha peribadai Ariel Sharon mendedahkan segala mimpi yang dialami si Ariel sharon,Setiausaha peribadi dia kata Ariel Sharon kerap dapat mimpi yang sama iaitu Ariel sharon ditangkap oleh penduduk GAZA sebab dendam dengan tindakannya yang menyerang Palestin,dan dalam mimpi tu jugak,Ariel diikat dirantai kaki tangan dan diarak sekeliling GAZA dan di humban dalam api.Ariel Sharon mimpi perkara yang sama sehinggalah dia jatuh koma pada tahun 2006.Subhanallah....



 
skrg ni umur dia dah 83 tahun dan masih koma sehingga hari ini,Allah s.w.t telah memberikan dia separuh hidup separuh mati,dia may b tahu apa jadi sekeliling dia,cuma dia tak boleh nak beriaksi.Seksa kan?Ariel Sharon dirawat di Hospital Hadassah di Jerusalem, Ariel Sharon mengalami luka yang sangat teruk dan luka dia membusuk,badan dia bau macam mayat.Ariel Sharon terpaksa memasuki bilik pembedahan untuk sambung bahagian ususnya yang telah rosak dan merebak ke bahagian lain. Baru sedikit Allah tunjukkan pembalasan atas kekejaman dia selama ni...dulu dia mungkin rasa dia kuat..tapi sekarang sekelip mata Allah tarik segala kekuatan...dia terbaring kaku..semuanya memerlukan bantuan org sekeliling...ya Allah besarnya kuasaMU.....

Berat terkini Ariel Sharon adalah 15 kg dan dia akan segera dipindahkan ke rumahnya di Hashikmim Farm dengan segala alatan perubatan dia.Penderitaan yang dialami Ariel Sharon tak mampu membayar segala kekejaman dan kesakitan yang dia dah buat pada palestin!
Now,anak dia pulak yang mewarisi segala perangai kejahatan bapak dia,iaitu Gilad Sharon,yang mengatakan orang arab semuanya patut dibakar.MasyaAllah..
 
 
Bagi umat Islam, antara sesama Muslim ibarat satu tubuh. Jika satu disakiti, maka yang lain juga menderita. Dan bagi sesama manusia pula, tidak kira bangsa dan agama, jika ada nilai kemanusiaan yang tulen, derita orang lain, setidaknya ada rasa kasihan terdetik di jiwa

Jadi, sudah tentu menjadi kewajiban kita semua membantu segenap warga Palestin yang ditimpa musibah dan bencana akibat sumpah kerakusan Zionis Israel yang mahu melenyapkan anak-anak Palestin di negara kiblat pertama itu.

Bantuan boleh kita berikan dengan doa yang khusyuk kepada ALLAH, meminta kepada-NYA agar saudara kita diberi kekuatan hati dan sentiasa dalam lindungan-NYA; memberi sumbangan berupa wang dan sokongan moral serta sumbangan lain yang mereka perlukan.



Wednesday, 28 November 2012

Hari ni aku nak tulis

Hari ni aku nak menulis
Tp aku nak tulis ape?

Hari ni aku nak sangat menulis,
Tapi tentang ape?

Hari ni aku nak menulis
Tp aku nak tulis ape?

Hari ni aku nak sangat menulis
Tp nak tulis ape?

Aku nak tulis
Tulis ape?

Tulis
Aku

Aku
Tulis

Ok....so skrg aku dah tulis
Hope dapat tido lena
Aku dah tulis
Tulis ape?
Malu~

Assalammualaikum

Monday, 26 November 2012

Masih adakah hari esok?

Aku lemah weyh
Sangat lemah
Manusia yang lemah
Perrghhh tetiba auto typo lemah Jadi lemak
Perli ke ape ni??
Huhuhuhu
Ok fine ~

Hmmmmm....
Aku banyak dosa sangat
Dosa aku pada Allah s.w.t
Pada org sekeliling aku
Keluarga, suami, kawan2 ,sedara mara
Aku tak mampu nak hitung
Apa kesilapan aku
Aku tau aku banyak dosa
Maafkan aku
Aku lemah
Aku tak berdaya
Aku mengharap kan bantuan dari Penciptaku
Dari segala kesulitan hidup


Kekadang aku fikir
Sempat ke aku jumpa hari esok?

Sunday, 25 November 2012

Sesuatu yang mengecewakan aku

Ini dugaan Allah
Itu aku harus terima
Sudah aku agak
Bila aku terasa
Sesuatu yg aku jangka kan

Memang ia mengecewakan aku
Bukan aku sahaja
Tapi aku redha
Seadanya.
Aku yakin DIA tahu apa yg terbaik
Untuk hambaNya
Aku yakin pasti Ada yg terbaik

Mungkin aku tak berjaga
Mungkin aku lupa
Mungkin kerna kesihatan juga
Mungkin semua takdir semata
Segalanya mungkin

Aku sedih
Tapi jgn risau
Aku terima
Kerna aku masih waras
Aku masih Ada Pencipta
Aku berserah
Pasrah



Saturday, 24 November 2012

Philea Resort & Spa Melaka

Aku di sini
Pada mulanya aku berbelah bahagi
untuk pergi bercuti
Dengan kesihatan yang tak pasti
Ah ni Kali kedua aku menulis entry yg sama
Yg first tadi
Aku tak pasti hilang ke mana
Nak marah bukan dapat apa
Nur Elise berkumandang iramanya
Semangat aku mahu menulis laju terasa
Aku minat melodinya
Dulu Dan kini pastinya

Bila aku memaksa untuk pergi
Sedang kan aku dah tahu natijah bakal melanda
Aku gagahi diri

Di sini
Aku masih di sini
2 hari aku terlantar lagi
Flu on and off
Buat aku rasa stress sekali
Hidung sumbat rasa tak selesa
Tak perlu berleter panjang
Aku tau kau tau
Mungkin kau pernah rasai
Batuk tanpa henti
Bersedia malam pedih menjamah ulu hati
Perit dada usah pertikaikan lagi
Demam berterusan
Berbotol air badak dah mengalir dalam badan ni
Masih tak reda lagi
Alhamdulillah Allah izinkan aku bertahan lagi

Esok hari terakhir aku di sini
Flu,batuk,demam masih bersisa lagi
Esok aku nak jumpa tuan doc
Telan lagi berapa banyak ubat aku pun tak pasti
Kuatkan diri

Aku suka tempat ni
Green building
Alhamdulillah Allah gerak kan hati untuk ke sini
Walau pd mulanya dah tak de hati
Tumbuhan hijau di sekeliling aku
Bunyi burung berkicauan
Indahnya ciptaan Tuhan
Walau aku dalam keadaan begini
Aku bersyukur masih mmpu menikmati
Subhanallah.

Nanti aku upload pic lagi
Masa aku tak banyak tika ni
Maaf~






Aku bukan penulis tapi aku suka menulis

Aku bukan sesiapa
Aku hanya manusia biasa
Aku bukan seorang cendiakawan
Aku tak sehebat Usman Awang
Aku tak sehebat Penulis novel tempatan
Tapi aku suka menulis
Meluahkan apa aku rasa

Maaflah aku manusia biasa
Tak lepas kesilapan
Kekadang aku menulis sesedap rasa
Ikut apa aku suka
Sedangkan pndapat org lain nyata ntah ape-ape
Tapi aku tak kisah
Aku enjoy begini
Cuma maaf andai kata aku ada menguris rasa
Bukan niat aku
Itu perkara biasa
Setiap org ada momentum rasa
Ah senang kata
Jgn makan dlm
Sebab kekadang semuanya hanya suka-suka

Serious, aku mmg tak tahu apa kau suka
Tapi aku mmg tahu apa aku suka
Ah lagu favorite  aku berkumandang pula
Nikmati seketika


Philea Resort & Spa Melaka


Kuasa buat orang lupa

Aku bukan ahli politik
Aku tidak gemar berpolitik
Tapi kekadang aku mengikuti perkembangan politik

Aku tak bercita2 menceburi bidang politik
Kerna nyata Itu bukan bidang aku
Itu juga bukan minat aku

Kekadang bila melihat keadaan sekeliling
Aku benci dengan org yg berpolitik
Benci Itu tak baik
Tp trus trang ia memaksa aku
Sakai lah aku ni

Tapi aku lagi benci dan marah
Bila org mengunakan agama untuk berpolitik
Ni bukan sakai
Sedih , hiba
Mmg tak de akal laaa
Nak mendapatkan kuasa & nama
Sanggup mempergunakan agama
Kelabukan mata yg dah buta
Buta mata buta hati
Kasihan mereka

Ya Allah
Satukanlah umat Islam yang berada di seluruh cakerawala
Agar dapat menghapuskan musuh utama
Hindarkan kami dari perebutan kuasa
Kesannya hanya sia-sia
Durjana yg menghasut domba
Memporak peranda

Ya Allah
Dekatkan semua pemimpin
Ke agama yg diredhaiMu
Memimpin kami melalui sunahMU
Mencontohi pemimpin teragung
Rasul yang tersanjung
Nabi Muhammad S.w.t

Ya Allah
Yang membolak balikkan hati kami
Hanya padaMU tmpat ku berharap


Cerita tentang TECIK - my cat

Assalamualaikum. 28 Dec / 23.05pm / Tecik Ingat lagi kali pertama Allah temukan aku dgn tecik, kat pasar borong pandan, masa aku tgh ba...