Monday, 26 October 2020

Cerita tentang TECIK - my cat

Assalamualaikum.

28 Dec / 23.05pm / Tecik

Ingat lagi kali pertama Allah temukan aku dgn tecik, kat pasar borong pandan, masa aku tgh bagi kucing2 sana makan, si tecik dok dtg kat aku ms tu.. Bila aku bg makanan, dia tak makan pun. Jadi aku biarkan je tecik dgn makanan depan dia.. So aku pun masuk ke pasar beli ikan semua.
Bila aku keluar dari pasar, aku masukkan ikan2 ke dlm kete. Aku nampak tecik kat satu sudut (ms tu dia baby lagi) Bila nampak aku, dia dtg, mulut dia bising2, aku tgok makanan aku bg dia tak sentuh pun. So aku Main2 jap dgn dia.. Usap2 dia.. Dia diam.

Agak dlm 1/2 jam mcm tu aku buka pintu kete depan and start enjin kete, tecik aku alih kan dia ke tepi, utk keselamatan dia. Tapi tecik stil kejo2 aku smpi ke kete. Moment yg aku paling tak bole lupa, ms aku masuk & duduk kat seat kete aku, tecik usaha nak msuk dlm kete. Bila banyak kali usaha tak dpt, tecik berdiri 2 kaki pgg kete and kaki aku smbil tengok muka aku, smbil dia mengeow minta simpati. Aku mmg tak de niat pun ms tu nk bawa dia balik, sbb rumah aku dah banyak kucing2 luar yg lain. Tapi bila aku tgok tecik mcm tu, tak beralih2.. aku tak smpi ati aih. Jadi aku decide bawa dia balik. Bila masuk dlm kete tecik senyap. Aku letakkan kat seat depan.. Dia duduk je smpilah kat rumah.

Then tecik mmg sangat manja lepas tu, sangat behave. Tido mesti nak bersentuhan dgn aku. Tecik tak pernah jalan ke mana2, selain main kat rumah. Kalau aku keluar 2-3 hari, bila balik teciklah yg selalu tunggu aku depan rumah 😔

So 2 hari lepas, bila benda berlaku tiba2 pada tecik, aku agak terkejut. Sbb ms tu aku baru balik dari tg piai. Ms aku smpi rumah; tecik okay lagi, minta aku makan semua. Before tu tecik mmg demam. Tapi dah bg ubat. Biasanya tecik akan okay lepas tu. Lepas makan aku rehat2 kat depan TV, dok baring2. Tecik dtg baring juga tepi aku. Berapa jam lepas tu.. Tiba2 tecik kena serangan sawan. Benda yg tak pernah berlaku pada Kucing2 aku yg lain before ni, so aku agak gelabah. Bila tgok tecik mcm tu, aku nngis. Sbb seksa tgok dia.. Smpi terkencing2 dan kuar lendir kat mulut dia. Bila aku tenangkan diri aku, baru aku pi peluk tecik.. Tecik msih kejung2 lagi badan ms tu. Sumpah aku nngis non stop. Tak bole kawal emosi aku. Bila aku call doc, doc kata kes mcm tu biasanya tak bole buat apa. Jadi aku berserah apa jadi pada tecik. Mungkin setakat ni je Allah pinjamkan tecik kat aku. Aku yakin aku akan jumpa lagi tecik kalau bukan kat dunia, mayb kat tempat lain.

Aku masih terkejut apa berlaku pd tecik, doakan yg lain2 msih demam semoga baik2 saja.
Bila aku sedih tntg nasib kucing2, mesti ada kata kat aku.. 'ahh.. Kucing je kot, itu pun nak sedih2 sangat', tapi pd aku org buat keje mcm aku, jg kucing mcm aku, akan betul2 faham apa aku rasa.
Later, aku sambung cite , sebal rasa dada.

 Tecikkkkkk, ami rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu 😢😔 rindu sangat..

#mypets 

No comments:

Post a Comment

Thanks frens :D

Cerita tentang TECIK - my cat

Assalamualaikum. 28 Dec / 23.05pm / Tecik Ingat lagi kali pertama Allah temukan aku dgn tecik, kat pasar borong pandan, masa aku tgh ba...