Friday 12 July 2013

Kisah arwah Yasmin J hunwink telah dinovelkan dengan jayanya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Hari ni 12 July bersamaan 3 Ramadhan ,
Hari ni juga genaplah 1 tahun 39 hari pemergian si cantik manis arwah yasmin.
Namun namanya masih kekal dibibir and sentiasa segar dalam ingatan semua orang
kenangan  bersama arwah bg mereka yang mengenalinya tidak pernah padam
istimewa sungguh insan bernama Yasmin Johan
Doa tidak pernah putus-putus dititipkan kepada arwah
Inilah bukti kekuasaan Allah
Bila seseorang itu baik di dunia, bila dah tiada lagi di mukabumi ini
Orang akan sentiasa mengingati & mendoakan kesejahteraan kite
Jika kite juga ingin begitu, berbuat baiklah terhadap ibubapa,kawan2,binatang dan segala apa yg ada di dunia milik Allah ini

ah..terlalu panjang sinopsis aku...
Terus terang Ini merupakan entry aku yang ke 5 tentang arwah.
dan aku tak pernah jemu tentang cerita ini
sebenarnya masa genap setahun pemergian arwah, ingin sekali aku mencoretkan entry baru tentang arwah
tanda aku mengingatinya, namun demi kekangan masa, aku tak dapat melaksanakannya
kerna bila aku start bercerita tentang arwah, pastinya aku memerlukan masa yg panjang
kerana banyak perkara yg ingin aku kongsikan

Alhamdulillah, Novel Yasmin telah pun berjaya di edarkan yang diberi judul "LOVE YASMIN"
Tahniah aku ucapkan kepada syimir sebagai pengarang novel ini dan dapat menyiapkan novel ini dengan jayanya
Aku pasti ramai dah memperolehinya & juga membacanya
Dan aku pasti ramai yang sudah mengetahui kisah sebenar-benarnya siapa yasmin & bagaimana kemalangan itu berlaku
Dan aku berharap, tiada lagi suara-suara liar yang memperkatakan sesuatu yang buruk kepada org yang sudah tiada

Jika sesiapa yang sudah membaca novel ini
pastinya mereka benar-benar memahami perasaan keluarganya yang sangat merasai pemergian arwah lagi-lagi Encik Johan (Ayah kepada Yasmin)
Disaat-saat akhir arwah meninggalkan keluarganya
Berlaku sesuatu perbalahan antara arwah dan Encik Johan, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini kerana arwah sangat manja & rapat dengan ayahnya tapi malam disaat arwah ingin dijemput Allah , perbalahan itu telah berlaku & membuatkan arwah merajuk hati.
Disaat En Johan belum pun sempat memujuk arwah, arwah telah pun pergi untuk selama-lamanya.
Bayangkan.......bayangkan...apakah perasaan beliau...
If kite juga berada dalam keadaan sebegitu..apakah yang kite rasa??
Pastinya sangat terkilan bukan?
Sehingga berlaku kemalangan , mereka tak kuat dan tak mampu untuk melihat sendiri jasad arwah kecuali adik arwah Muiz,
Betapa sukar untuk mempercayai permata yang disayangi  hilang secara tiba-tiba.
Arwah anak yang baik...patuh pada arahan ibubapa....Allah telah ambil buat selama2nya..
So please letakkan perasaan kite berada sama dengan perasaan keluarganya..
Tolong hentikan keluarkan perkataan2 yang menyentuh hati keluarga arwah.
Semoga dengan penerbitan novel ini, dapat kite sama-sama mengambil iktibar atas apa yang berlaku
Yang hidup, tidak akan hidup untuk selamanya, pasti akan pergi satu hari nanti.bila sampi waktunya

Bagi sesiapa yang telah membaca novel ini
Pastinya akan baca part perubahan yang berlaku pada diri yasmin
perubahan emosi, selera dll
Ini memberi petanda bahawa ajalnya semakin menghampiri
namun perubahan itu tiada siapa sedari
Di sini kite dapat mempelajari bahawa setiap insan yang ingin meninggalkan kite
Pasti akan memberi "tanda-tanda" kepada kite
bahawa dia akan meninggalkan kite untuk selamanya
cuma kite sebagai manusia biasa
kurang sensitif terhadap semua ini
kerana kite manusia yang tidak sempurna
kesempurnaan itu milik Allah s.w.t
sekali lagi ini membuktikan kekuasaan Allah s.w.t

Novel ini sangat memberi kesan ke dalam hati
Bila aku baca bab tertentu
Kadangkala aku rasa aku telah berada dalam situasi itu
lagi-lagi saat berlaku kemalangan itu, saat membaca kesedihan hati keluarga arwah
sangat memilukan...semoga mereka terus tabah

Thanks again for syimir atas usaha yang jitu
Menunggu novel ini smpi ke tangan aku merupakan satu penantian yg sangat mendebarkan
Aku menelaah novel ini ketika aku dalam perjalanan ke Kuala terengganu, dalam kereta
Thanks pada kak Saz kerana sudi membuat kiriman secepat yang di inginkan

Marilah sama-sama sedekah Al Fatihah kepada mereka yang telah tiada.

Assalammualaikum






Thursday 11 July 2013

Alhamdulillah

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2 Ramadhan 1434 Hijrah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah
Hari ini masih didalam bulan ramadhan
Allah masih memberi aku kesempatan utk bertemu dengannya

Alhamdulillah
Allah masih beri aku peluang utk memperbanyakkan amalan aku
memperbaiki diri aku
Top up mana yang perlu
Tampal mana yang berlubang
merebut peluang yg di sediakan
di bulan yg penuh barakah ini
bagi persediaan dan bekalan di alam lain

Di bawah ni aku kongsikan bersama kesempurnaan Ibadah puasa
Semoga kite sama2 memperolehi keuntungan di bulan yg penuh keberkatan ini.
amin....

Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa

Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:
  • Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t
  • Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria'.
  • Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: "Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram."
    (Surah Al-Maidah:42)
  • Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.
  • Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.

Tuesday 9 July 2013

Allah pembuka pintu segala rezeki

Banyak kali aku pesan dalam diri aku
Pintu rezeki aku bukan pada sapa-sapa

Banyak kali aku ingatkan diri aku
Rezeki itu datangnya hanya dari Allah

Acapkali aku tanamkan dalam hati aku
Jika aku inginkan sesuatu aku kena rajin berdoa
dan aku juga kena berusaha bila aku mahukan sesuatu
selepas itu segala keputusan berserah kepada Allah

Jika apa aku mahu, bukan rezeki aku
aku buat macam mana pun
ianya tetap bukan untuk aku
yakin!!!ada yang lebih baik dari apa yg kita inginkan
Ingat! hendaklah bersangka baik terhadap Allah...
setiap apa yan berlaku mempunyai hikmah yg tidak kite ketahui...
sesungguhnya perancangan Allah sangat indah

bila aku berada dalam situasi pasar/Bazar
ramai peniaga yg menjual product/barang yg sama
bila aku beli kat seseorg peniaga tu
aku yakin, bahawa itu adalah rezeki untuk dia yg Allah aturkan
Allah mengerakkan hati aku menjadi pelanggan peniaga tu kan?
Bukan kah ini sesuatu yang indah....
sesungguhnya....
Rezeki itu sememangnya dtg dari Allah
Percayalah!

Wednesday 3 July 2013

bengal

Assalamualaikum...

kepala bengal
bengal dengan segala permainan
menjelekkan
kepuraan


kepala bengal bila melihat sekeliling aku
kamu dengan sikap yang menjengkelkan
bosan setiap kali mengingati , bengal kepala aku
hirisan kebosanan itu menghembus setiap hari aku
setiap masa mendengar cerita yang sama
tiada yang berbeza
tak de usaha untuk cuba perbaiki semuanya
setiap orang mempertahankan diri sendiri

cubalah mengalah
ko dah cukup dewasa utk menangani
tak rugi jika kau mengalah
jgn ikut keras kepalamu
apa yang kau mahu??
semua org perlu ikut segala rentakmu yg dungu??
Dia manusia seperti kamu
Dia ada hati perasaan seperti kamu
yang sentiasa terperangkap dalam sejarah lama
dengan setiap kelakuanmu
yang menyakitkan perasaannya
dan yg pasti ianya berpunca dari kamu

aku inginkan ketenangan dalam situasi begini
aku inginkan kebahagiaan dalam kelompok ini
sampai sekarang aku cuba fahamkan
kenapa kau tiada perasaan utk cuba mendamaikan

keadaan begini
membuatkan aku bengal

Cerita tentang TECIK - my cat

Assalamualaikum. 28 Dec / 23.05pm / Tecik Ingat lagi kali pertama Allah temukan aku dgn tecik, kat pasar borong pandan, masa aku tgh ba...