Sunday, 25 December 2011

UDANG GORENG KUNYIT

Hye..jumpa ag...hehehehe..kebusanan?eh..x mu ar gitu..jum kite sesama layan udang goreng kunyit...Menu aku malam ni....tp aku tukang masak jer laaa...org lain makan..huaaaaaa...sedey x dapat makan udang galah...Tp x per laaa,menjamu org makan satu kepuasan kot buat aku...hehehehe..at least ade gak org nak makan masakan aku...sdp or tak..belakang cite laaa ek....nyummmmmm




Thursday, 22 December 2011

YAYA KEMPUNAN BANANA BOAT

2 hari lepas my department ade away day kat PD,sangat memenatkan, coz malam sebelum tu, aku ngan yaya tido agak lewat d sebabkan membantu melancarkan event ID6, alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

So selama 2 hari kat PD, hari pertam jerk aku dah dilanda kedemaman..huhuhuhu..agak tak ceronok k, ape tak nyer, hari pertama bersama Mr Redz, sangat menyeronokkan dan tak membosankan..kiranya talk nya sangat menghiburkan...even aku demam ms tu, aku still boleh tertawa manja...cehcehceh....ape pun 9 star untuk Mr Redz...Petang nyer lak aku lngsung tk leh nak mangun..alolololo...sedey laaa,mak jauh,ayah jauh (tetiba)...so yaya balik agak lewat..katanya Mr Radzi nyer talk lambat habis...lpas magrib baru abiss.....gilaa ah...agak penuh jadual di sini....so activiti outdoor yang di rancangan juga tak menjadi....hehehehe...x pe2...aku pun dmam...gud!

So hari ke2 bersama EAK, hehehe..biasa laa ngan lawak slumber beliau...ptg tu dianggarkan jadual kami abis awal. so si yaya plan nak nak naik BANANA BOAT.....tp sangat malang occay sbb boss kami tak bagi kuar awal...kul 500pm baru abis..tanya2 kat hotel, dah tak de lg dah.....nampak kekecewaan muka si yaya tahap ayam berak sembelit...alolololo siannya...huhuhu...so balik ngan hati yang kecewa....so amik beg and nak gerak lek JB, sebelum lek tu singgah jap tepi pantai (ni belah lain,bkan kat tmpat hotel)...yaya nampak banana boat...so dia ajak naik laaa....tp kan....tp kan...tp kan........tetiba ade org ajak balik....so berlaku phua chi kang sepanjang perjalanan kami...keh2....sngat menghiburkan yerrrrrrr...... "so salah sapa?"



nampak tak tu BANANA BOAT

Ni laaa yang yaya kempunan tu


Bye bye PD


So di akhir citenya...yaya nyanyi lagu....batu belah batu bertangkup...hehehehhehe..haaa..yang ni aku tipu...

ISKANDAR MALAYSIA LEAGUE OF CYBER GAMES




Sunday, 18 December 2011

Semoga Rasulullah S.A.W makin dekat di hati kita


Beza Antara Manusia adalah IMAN & TAKWA


Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam kereta peronda Kita sambil minum kopi. Tiba-tiba radio kita berbunyi, mengatakan ada dua kes yang diminta kita menangani salah satu darinya. Dua-dua kes orang kena tangkap mencuri. Kes pertama di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap mencuri duit seringgit. Kes kedua di kampung hilir, seorang warga asing kena tangkap mencuri duit 20 ribu ringgit.
Kes mana yang kita kejarkan dulu? Agaknya tentulah kita segera berkejar ke kampung hilir, ye tak? I mean, apalah sangat duit seringgit, itupun nak report polis ke? Tapi bagaimana kalau lepas tu kita tahu hakikatnya begini:
Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu peminta sedekah, dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan membeli roti setelah beberapa hari tak makan? Sedangkan dalam kes kedua, duit itu kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidupnya tak pernah keluar zakat?
Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antara prinsip dan appearance. Kalau ikut prinsip, tentulah kes pertama lebih berat, walaupun hanya melibatkan duit seringgit. Tapi sebab kita hidup ini dah biasa menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran, maka selalu minda kita tertipu.
Stephen Covey, dalam bukunya”Seven Habits of Highly Effective People” menceritakan pula begini:
Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak menikmati sandwic dan Coke kita di tengah taman dengan udara bertiup lembut itu,tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak kecilnya duduk di sebelah kita. Lelaki itu hanya menung panjang melihat ke tasik dan mendiamkan diri sementara anak-anaknya berlarian macam setan menjerit-jerit sekuat hati. Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan kening berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang lain tu.
Kita pun lama-lama semakin bengang. Setan sungguh budak ni! Apahal mamat ni diammm je, tak nak tegur ke anak-anak dia ni? Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki itu. Boleh tak encik suruh anak-anak encik tu dok diam-diam, saya tengah nak makan sandwic ni!
Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum sedikit. “Maafkan saya,” kata lelaki itu. “Dan maafkan anak-anak saya tu.Sebenarnya, isteri saya – ibu mereka – baru meninggal dunia sebab kanser di hospital, dan saya tak tahu macamana nak terangkan pada mereka hal ini.”
Kemudian dia sambung : “Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain supaya tak menganggu anda makan.”
Apa rasa kita masa itu? Sebab itulah bila teringat ayat Qur’an mengatakan, beza antara manusia itu hanyalah iman dan taqwa, saya sering berasa menyesal.Sebab saya selalu menghukum orang melihat keadaan luarannya!
Bagaimana dengan anda?
Wallahualam.

Petikan OH ISLAM

Saturday, 17 December 2011

Renungan Bersama

Di sini, kami akan mengumpukan apa sahaja ayat-ayat ringkas sebagai pedoman di dalam kehidupan samaada dari Al-Quran atau Hadith, pesanan para nabi dan rasul serta istilah dari penceramah-penceramah di dunia ini. Dua Hal Yang Mesti di lupakan :


1. Kesalahan Orang Lain pada ku
2. Kebaikan ku pada Orang lain &… Dua Hal yang Mesti di Ingat :
1. Kesalahan ku pada Orang lain
2. Kebaikan Orang lain pada ku.


 Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat) – Surah Al-Hajj,77

Allah menyembunyikan wali-wali-Nya di kalangan hamba-hamba-Nya. Maka janganlah kamu menghina seorang pun dari kalangan hamba-hamba Allah. Boleh jadi wali Allah terdapat di kalangan mereka.

Tiada perbezaan antara datuk, sultan, mufti, ustaz, imam dan orang biasa. Tuhan tidak pernah menilai insan dengan gelaran-gelaran yang diberikan oleh sesama manusia. Dia melihat keluhuran jiwa dan kesahihan amalan. Entah berapa ramai orang biasa lebih mulia di sisi Tuhan dibandingkan mereka yang bersandar dengan berbagai-bagai gelaran dan pangkat. Jalan pulang ke pangkuan Tuhan tidak pernah mendiskriminasikan manusia.

 “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang amat besar dan penting untuk dilakukan”

[Luqman 31: 17] Ibnu Abbas ra. berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta’ala berfirman: “Sesungguhnya Aku hanya menerima salat dari orang yang merendahkan diri karena keagungan-Ku dan tiada menyombongkan dirinya di atas makhluk-Ku, tiada terus menerus bermaksiat pada-Ku, menghabiskan masa harinya berdzikir kepada-Ku, berbalas kasih kepada orang miskin, orang musafir-ibnussabil- perempuan janda dan orang yang terkena mushibah. Ia bercahaya laksana matahari. Aku lindungi ia dengan kesabaran-Ku dan memerintahkan malaikat-Ku menjaganya. Aku berinya cahaya dalam kegelapan dan kesabaran dalam kesukaran. Ia di antara makhluk-makhluk-Ku laksana “firdaus” diantara barisan surga”. (Hadis Riwayat Al-Bazzar dari Ibnu Abbas) Rasulullah s.a.w bersabda,


 “Apabila telah mati anak Adam itu maka terputuslah semua amal ibadatnya kecuali 3 perkara iaitu:1.Sedekah jariah.2.Ilmu yang berguna dan dimanfaatkan oleh pengamalnya.3.Anak yang soleh yang tidak melupakan mendoakan ibu bapanya.

petikan daei oh islam

Friday, 16 December 2011

Menu T'ari Hari ni

Nyummmm..nyummm..nyumm
Membuka selera tul
Tapi x leh makan banyak
Setelah dinasihatkan oleh para doc..so rasa sikit je laaaa...
Udang Galah tu lak dah tau aku tak leh makan banyak, macam meronta2 jerk nak minta masuk dalam mulut aku ni...
perrgghhh...







Demam Atlet KoRea Melanda

Aduhai..terkesima tahap katak tika memandang atlet korea ni (membayangkan cerita dongeng putera katak)keh3.....kulit bersih putih menawan...kalo sekarang tengah gila KPOP, abis kalau atlet aku nak panggil ape ek?? KLET??hehehehhe.

so nak share sikit pic dorang ni..






Wednesday, 14 December 2011

Jangan Bersikap Malas! (Nak share,best baca)

Suatu hari, ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi kata-kata, "Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah lunglai. Oh, manakah hati yang belas kasihan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik."

Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah merasa kasihan, lalu beliau pun pulang ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Setelah dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi uang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya.

Si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas ia tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi uang dan selembar kertas yang bertulis, "Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cobalah bermohon kepadaNya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus."

Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi, "Ya Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kemarin, sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai nasibku."

Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi uang dan selembar kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu terlalu riang ketika mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya.

Seperti kemarin juga, di dalam bungkusan itu tetap ada selembar kertas lalu dibacanya, "Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian 'malas' namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. Sungguh tidak ridha Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya. Jangan, jangan berbuat demikian. Jika ingin senang, harus giat bekerja dan berusaha, karena kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah tidak akan memperkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah tidak akan mengkabulkan do'a orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah. Insya Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah, carilah segera pekerjaan, saya do'akan semoga berhasil."

Setelah dia selesai membaca surat itu, dia termenung, dia insyaf dan sadar akan kemalasannya yang selama ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha. Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak hari itu, sikapnya pun berubah mengikuti peraturan-peraturan hidup (Aturan Allah) dan tidak lagi melupakan nasihat orang yang memberikan nasihat itu.

***

Dalam Islam, tidak ada istilah pengangguran, istilah ini hanya digunakan oleh orang yang berakal sempit. Islam mengajarkan kita untuk maju ke hadapan dan bukan mengajar kita terhenti di tepi jalan.  

Ombak tak berapa nak rindu

Hahahahaha....saje wat tajuk begini...

Semalam lepas lek keje, ingatkan nak hilangkan sedikit rasa bebanan keje ngan merambu ramba bersama kengkawan yg sikit giler...hetty & yaya...so keputusan kami ingin menonton movie bersama2...kami memilih cite "Ombak Rindu",

Menanti hari petang penuh debaran...hingga laaa saat2 di nanti2kan tiba...aku dan yaya tiba agak lewat cikit..hetty dah masuk dulu..perrghhh!!!kejam ko hetty...lambat 5 min pun ko tinggalkan kami...cciiitttt!!!!

So aku cuba menghayati cerita ni sepertimana aku cuba menghayati novel yang tak pena aku jemu unuk membacanya...lebih 3 kali kot aku baca...so pada aku jalan cerita nya mmg menarik..sbb tu aku sanggup baca berkali2..hehehehe..tp tu masa zaman2 blaja dulu laa...skrg tak sempt..nk abiskan st novel pun....aduhaiiii...berjaman....

Ok..ok....kite berbalik semula pada cite Ombak Rindu ni....so aku harapkan laa ia mmpu membuai perasaan aku...sebab ade juga kawan aku cakap sedey.....so ini membuatkan aku lebih teruja untuk menonton nya....tapi.........huaaaaaaaaaaaaaaa....aku kecewa sangat2.....aku benci watak MILA yang di bawa oleh Lisa..kaku...lngsung matikan watak...terjerit2...dialog laju membuatkan x jeles lngsung dicorong pendengaran aku....tp aku tak tau laaa org lain...ke aku dah kurang dgr..hahahhaha....tp bila aku tanya dayah..dia pun cakap bnda yg sama...arggghhhhh seyessss aku kecewa...hetty lak terlentuk2 sebelah aku...bosan ler tuwww...aku ngan hetty bantai gelak tgok citer tu...x sedey laaa...ke sbb kite org ni hati kering??hahahaha....dayah lak aku ngok ternguap2....smpi tudung sesenget...arrghhhh 2 jam rasa mcm lama sngt...smpi kite org syik tnya sesama sndiri lama lagi ker....nk kuar rugi....duit tu beli tix.....nak tak nak abiskan jer laaaa...


So...aku tak harapkan movie ni prefect cam novel..tp cukup laa if ia leh membuai hati nurani...cewaahhh..perlu di perbaiki lagi watak MILA yang amat membosankan...make up lisa mcm ntah pe2...sowieeee..may b pendapat org berbeza2...org lain may b suke n terbuai...ye dak??tp aku ngan kawan2 x rasa mcm tu...adioozzzz

Monday, 12 December 2011

Celebrate belated birthday for my bff

Later karang aku story ek....skrg ni aku just nak share pic jer dl..







Birthday gurl




MAJLIS YAASIN & TAHLIL

Last friday lalu, saya telah mengadakan majlis bacaan yaasin di rumah  Larkin..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...happy dapat mulakan kembali aktiviti seperti ini...Thanks Allah...










Sunday, 11 December 2011

Kerana kecewa maka terjadinya kek coklat :)

Ikutkan hari ni aku kena bertugas kat PRISMA coz PM dtg melawat & buat perasmian, tp memandangkan aku dnasihatkan abg doktor agar tak mengikuti sebarang aktiviti buat ms ni..makanya aku terpaksa tarik diri...huhuhuhu...sedey  ler..mana tak nyer..aku dah rasa tepu bebeno ni....tp perlu dgr kate abg doc sblum keadaan kmbali teruk...huhuhuhuhuuuuuuuuuu

so....untuk menghilangkan kebosanan dan ketepuan aku tu,aku pun rajinkan diri membuatkan kek ceklat..hehehehehe...ni br first time buat..alhamdulillah...jadi juge walaupun x sehebat chef2 termuka..nak nengok hasilnya????

Jeng...jeng...jeng.....taraaaaaa














Thursday, 8 December 2011

Nak cangkung or nak duduk??

Antara kedua2 di atas, mana satu pilihan korang...yang sangt menarik hati korang...hehehehehehehe
korang suke yang duduk atau..... korang suke yang cangkung mcm ngangkung??? hihihi






Memperjuangkan nasib



Arrgghhh badan rasa x secergas mana skrg
Effect ubat kot
Mode nak ZzzzzzZzzzzz
Tu jer yg aku rasa terbaik wat masa ni
huhuhu...sebenarnya Allah dah tarik sebentar nikmat yg DIA bg before ni
Sampai bila aku tak pasti


Keje bnyk yang nk kena siapkan
Berselarat rasa kerangka segala..
hahahaha...ntah ape2 aku ni
Borak bersepah....
Hmmmmm...Wat masa ni,
Seminggu 2 x kena buat fisio
letih sangat lorh badan ni
Doakan yer smoga aku cpat sembuh hndknya
Dpt menjalani kehidupan seharian
Aminnnn....

Friday, 2 December 2011

Al Fatihah to Rara Zikry

Berita sedih diterima malam ni
Rara zikry yang menderita selama setahun lebih telah pergi menyahut seruan Ilahi
Si cantik manis kurniaan Ilahi pasti dirindui
Pasti rasa sayu dalam hati
Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan Rara Zikry
Berakhirnya penderitaan yang telah dihadapi
Mari laaaa sama2 mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat
Semoga aman mu di sana syg....aminnnnn
AL FATIHAH