Monday, 10 December 2012

Kerasukkan Emily Rose aka Anneliese Michel


Korang penah tgok Filem Excorcism of the Emily Rose ni x? filem ini dikatakan berdasarkan kisah benar yang berlaku pada tahun 1976. Emily dalam filem tu sebenarnya Anneliese Michel yang lahir pada tahun 1952. Kisah ni berlaku di Jerman.Dia hidup sebagai gadis yang ceria,kuat berpegang kepada agamanya (Kristian),tapi tiba-tiba hidup dia berubah pada tahun 1968,sewaktu dia berumur 17tahun,Emily rose start mengalami gangguan2 mistik, paling worst bila dia start tak kenal diri dia sapa.

Emily rose sering melihat sesuatu yang menakutkan, melihat bayang2 and terasa sering diekori malah mendakwa mendengar suara-suara ghaib yang menganggu fikirannya. Dia juga sering mengalami gangguan tidur sehingga menyebabkan lebam kelihatan di sekeliling matanya. (dasatkan keje syaitan ni).Apabila mendapat rawatan doc, keadaan emily rose semakin teruk.Akhirnya keluarga Emily rose telah mendapatkan khidmat paderi Father Arnold Renz, Pastor Ernst Alt ,setelah family dia merasakan yang emily ni diganggu oleh syaitan.

Beberapa Syaitan/Jin dikatakan telah mengawal emily dah stay kat badan emily. Hal ini di akui apabila Paderi itu telah merakamkan semasa sessi pembuangan syaitan itu di lakukan,terdapat suara2 yg garau dan kononnya mencabar paderi itu mengeluarkan dia dari badan emily....Pandai syaitan memainkan peranan dia kan? mmg dia tak akan main2 untuk menyesatkan manusia, bg meyakinkan konon agama kristian tu betul , bila paderi itu keluarkan salib and baca bible, Syaitan/jin itu buat2 rasa takut dengan Salib/boble tu...oh manis kan, pandai eh ko syaitan....

Ada satu keadaan kononnya, ada seorang makcik yang tahu Emily rose ni di rasuk so bila diberikan holly water pada Emily rose, emily rose taknak minum air tu,Emily rose jugak enggan lalu atau tengok gambar tuhan dia sendiri iaitu jesus. oh!sangat hebat lakonan ko syaitan.

Emily rose mati pada 1 Julai 1976. Dia dikatakan telah meramalkan bahawa dia akan terpisah daripada roh² jahat tersebut pada tarikh tersebut.Emily rose mati dengan berat badan 68lbs, ni kerana sesama hayatnya emily rose ni mmg tak akan makan seperti manusia biasa, dia hanya makan bnda2 kotor termasuk serangga2. Terdapat 67 luka dekat badan dia semasa kematian dia sebab menjalani upacara nak buang Syaitan durjana tu,Senang cerita memang banyak gila luka dekat badan dia,tulang dia pon sama,,betapa seksanya emily rose ni.tengok keadaan mata dia yang lebam, penyebab dia mati adalah kerana dia kekurangan air dalam badan,

 


Setelah kematian Emily Rose, Paderi yang membuat upacara pembuangan roh keatas Emily telah didakwa atas kematian Emily rose ni. semasa perbicaraan Peguambela telah memainkan pita rakaman asal dari proses exorcism tersebut dan ia telah mencipta sejarah sebagai bukti yang pertama seumpamanya di ketengahkan dalam sebuah perbicaraan. Pita rakaman tersebut juga digunakan dalam filem Emily Rose.

Sebelum perbicaraan tersebut ibubapa Anneliese telah meminta agar kubur Anneliese di gali semula berikutan pesanan yg diterima dari seorang rahib Carmelite dari daerah selatan Bavaria yang menyatakan dia telah mendapat visi yang menunjukkan bahawa mayat Anneliese masih berada dalam keadaan sempurna dan Anneliese adalah seorang malaikat dan utusan. Setelah 2 tahun ditanam, pada 25.2.1978, mayatnya telah digali semula tetapi ibubapa serta paderi² tersebut tidak dibenarkan melihat mayat berkenaan. Mayat tersebut dipindahkan ke dalam sebuah keranda yg lebih baik. Keadaan mayat tersebut tidak pernah didedahkan pihak berkuasa atas sebab² yang tidak dijelaskan.

Pada tahun 2005,2006,semua budak sekolah nak beli beg emily rose ni,,beg tu  berwarna hitam lepastu ada gambar emily rose ataupun beg nightmare before christmas,sebab masa tu movie nightmare before christmas ni famous.konon gotic sangat, smpi nak ikut2..cepat sangat kan terpengaruh..main pakai je eh beg tu tapi taktau sejarah emily rose tu ye?Sebenarnya wajah perempuan muka emo yang terpampang di beg,purse yang korang pakai tu adalah milik seorang gadis yang telah mati kerasukan.

Kesimpulan:

Syaitan/jin ni mmg wujud, diaekor ni akan cuba menyesatkan manusia dengan berbagai cara, salah satunya dalam cerita ni apabila berpura2 takut kepada jesus. sebab ape dia berpura2?sebab shaiton nak buat manusia-manusia ni percaya yang jesus tu adalah tuhan yang sebenar bukan Allah s.w.t.Kenapa shaiton buat macam tu?sebab kalau dia tak takut langsungggg,maka manusia ni akan mencari alternatif lain,iaitu islam,sebab islam adalah agama yang benar sebenar-benarnya.

http://www.youtube.com/watch?v=gpV66RB3u7s

kalo nak dengar rakaman and semasa kerasukkan, sila klik link ni



Arwah Yasmin J Hunwick



Tak pernah rasa jemu

Tuesday, 4 December 2012

Ingat lagi tak kat Ariel Sharon??

Bila berlakunya serangan ke atas GAZA di atas kekejaman Israel bebaru ni, aku terus teringat kat Ariel Sharon, kenal tak siapa dia ni?? cuba ingat balik?/

If tak ingat x pelah, meh aku tuliskan serba sedikit tentang manusia yg pada aku yang sangat tak de perikemanusian ni....Ariel sharon adalah pemimpin Israel sebelum ini, dia adalah manusia yang paling kejam sekali dalam dunia ni,dia membunuh ramai manusia yang tak berdosa,rakyat palestin yang tak berdosa,Sebelum jadi perdana menteri,dia pernah terlibat dalam pembunuhan dan penyembelihan di sabra dan shatila pada tahun 1982.Kejam kan?Apa lagi kekejaman yang dia dah buat?Dia pernah tembak 2orang kanak-kanak palestin dari jarak 10 meter je.Hapa punya haiwan la dia ni.Antara kata-kata si Ariel Sharon pemimpin israel ini adalah
"Saya bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan..."


 

Inilah sumpah janji Ariel Sharon pada 1956. Daripada ucapannya ini, tahulah kita kenapa Israel sehingga hari ini sengaja sasarkan roketnya ke arah penempatan padat di Palestin. Tujuannya jelas, mahu menunaikan sumpah Ariel Sharon. Menghapuskan pewaris di bumi Palestin.

Bagi Israel, ancaman kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding pemuda dewasa. Betapa tidak, di usia masih muda, kanak-kanak Palestin sudah ramai mampu menghafal al-Quran. Perkara ini menjadi momok luar biasa menakutkan Israel. Mereka menilai kanak-kanak generasi penerus perjuangan Palestin yang akan menentang berdirinya negara Zionis Israel.

“Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (H.R Bukhari dan Muslim).
Tapi sesungguhnya Allah itu maha adil lagi saksama, Allah maha mendengar & melihat apa yang berlaku..Allah menerima doa hamba2nya yang di aniya...Allah maha besar..

Ariel Sharon sekarang ni tengah jadi mayat hidup dekat hospital.Masuk tahun 2012 ni,dah 5 tahun dia koma.Sebelum dia koma,setiausaha peribadai Ariel Sharon mendedahkan segala mimpi yang dialami si Ariel sharon,Setiausaha peribadi dia kata Ariel Sharon kerap dapat mimpi yang sama iaitu Ariel sharon ditangkap oleh penduduk GAZA sebab dendam dengan tindakannya yang menyerang Palestin,dan dalam mimpi tu jugak,Ariel diikat dirantai kaki tangan dan diarak sekeliling GAZA dan di humban dalam api.Ariel Sharon mimpi perkara yang sama sehinggalah dia jatuh koma pada tahun 2006.Subhanallah....



 
skrg ni umur dia dah 83 tahun dan masih koma sehingga hari ini,Allah s.w.t telah memberikan dia separuh hidup separuh mati,dia may b tahu apa jadi sekeliling dia,cuma dia tak boleh nak beriaksi.Seksa kan?Ariel Sharon dirawat di Hospital Hadassah di Jerusalem, Ariel Sharon mengalami luka yang sangat teruk dan luka dia membusuk,badan dia bau macam mayat.Ariel Sharon terpaksa memasuki bilik pembedahan untuk sambung bahagian ususnya yang telah rosak dan merebak ke bahagian lain. Baru sedikit Allah tunjukkan pembalasan atas kekejaman dia selama ni...dulu dia mungkin rasa dia kuat..tapi sekarang sekelip mata Allah tarik segala kekuatan...dia terbaring kaku..semuanya memerlukan bantuan org sekeliling...ya Allah besarnya kuasaMU.....

Berat terkini Ariel Sharon adalah 15 kg dan dia akan segera dipindahkan ke rumahnya di Hashikmim Farm dengan segala alatan perubatan dia.Penderitaan yang dialami Ariel Sharon tak mampu membayar segala kekejaman dan kesakitan yang dia dah buat pada palestin!
Now,anak dia pulak yang mewarisi segala perangai kejahatan bapak dia,iaitu Gilad Sharon,yang mengatakan orang arab semuanya patut dibakar.MasyaAllah..
 
 
Bagi umat Islam, antara sesama Muslim ibarat satu tubuh. Jika satu disakiti, maka yang lain juga menderita. Dan bagi sesama manusia pula, tidak kira bangsa dan agama, jika ada nilai kemanusiaan yang tulen, derita orang lain, setidaknya ada rasa kasihan terdetik di jiwa

Jadi, sudah tentu menjadi kewajiban kita semua membantu segenap warga Palestin yang ditimpa musibah dan bencana akibat sumpah kerakusan Zionis Israel yang mahu melenyapkan anak-anak Palestin di negara kiblat pertama itu.

Bantuan boleh kita berikan dengan doa yang khusyuk kepada ALLAH, meminta kepada-NYA agar saudara kita diberi kekuatan hati dan sentiasa dalam lindungan-NYA; memberi sumbangan berupa wang dan sokongan moral serta sumbangan lain yang mereka perlukan.



Wednesday, 28 November 2012

Hari ni aku nak tulis

Hari ni aku nak menulis
Tp aku nak tulis ape?

Hari ni aku nak sangat menulis,
Tapi tentang ape?

Hari ni aku nak menulis
Tp aku nak tulis ape?

Hari ni aku nak sangat menulis
Tp nak tulis ape?

Aku nak tulis
Tulis ape?

Tulis
Aku

Aku
Tulis

Ok....so skrg aku dah tulis
Hope dapat tido lena
Aku dah tulis
Tulis ape?
Malu~

Assalammualaikum

Monday, 26 November 2012

Masih adakah hari esok?

Aku lemah weyh
Sangat lemah
Manusia yang lemah
Perrghhh tetiba auto typo lemah Jadi lemak
Perli ke ape ni??
Huhuhuhu
Ok fine ~

Hmmmmm....
Aku banyak dosa sangat
Dosa aku pada Allah s.w.t
Pada org sekeliling aku
Keluarga, suami, kawan2 ,sedara mara
Aku tak mampu nak hitung
Apa kesilapan aku
Aku tau aku banyak dosa
Maafkan aku
Aku lemah
Aku tak berdaya
Aku mengharap kan bantuan dari Penciptaku
Dari segala kesulitan hidup


Kekadang aku fikir
Sempat ke aku jumpa hari esok?

Sunday, 25 November 2012

Sesuatu yang mengecewakan aku

Ini dugaan Allah
Itu aku harus terima
Sudah aku agak
Bila aku terasa
Sesuatu yg aku jangka kan

Memang ia mengecewakan aku
Bukan aku sahaja
Suami juga
Tapi aku redha
Seadanya.
Aku yakin DIA tahu apa yg terbaik
Untuk hambaNya
Aku yakin pasti Ada yg terbaik

Mungkin aku tak berjaga
Mungkin aku lupa
Mungkin kerna kesihatan juga
Mungkin semua takdir semata
Segalanya mungkin

Aku sedih
Tapi jgn risau
Aku terima
Kerna aku masih waras
Aku masih Ada Pencipta
Aku berserah
Pasrah



Saturday, 24 November 2012

Philea Resort & Spa Melaka

Aku di sini
Pada mulanya aku berbelah bahagi
Untuk ikut suami
Dengan kesihatan yang tak pasti
Ah ni Kali kedua aku menulis entry yg sama
Yg first tadi
Aku tak pasti hilang ke mana
Nak marah bukan dapat apa
Nur Elise berkumandang iramanya
Semangat aku mahu menulis laju terasa
Aku minat melodinya
Dulu Dan kini pastinya

Bila suami mengharap aku pergi bersama
Tak sanggup mengecewakan permintaan suami
Sedang kan aku dah tahu natijah bakal melanda
Aku gagahi diri

Di sini
Aku masih di sini
2 hari aku terlantar lagi
Flu on and off
Buat aku rasa stress sekali
Hidung sumbat rasa tak selesa
Tak perlu berleter panjang
Aku tau kau tau
Mungkin kau pernah rasai
Batuk tanpa henti
Bersedia malam pedih menjamah ulu hati
Perit dada usah pertikaikan lagi
Demam berterusan
Berbotol air badak dah mengalir dalam badan ni
Masih tak reda lagi
Alhamdulillah Allah izinkan aku bertahan lagi

Esok hari terakhir aku di sini
Flu,batuk,demam masih bersisa lagi
Esok aku nak jumpa tuan doc
Telan lagi berapa banyak ubat aku pun tak pasti
Kuatkan diri

Aku suka tempat ni
Green building
Alhamdulillah Allah gerak kan hati untuk ke sini
Walau pd mulanya dah tak de hati
Thanks pada suami yg baik hati
Tumbuhan hijau di sekeliling aku
Bunyi burung berkicauan
Indahnya ciptaan Tuhan
Walau aku dalam keadaan begini
Aku bersyukur masih mmpu menikmati
Subhanallah.

Nanti aku upload pic lagi
Masa aku tak banyak tika ni
Maaf~






Aku bukan penulis tapi aku suka menulis

Aku bukan sesiapa
Aku hanya manusia biasa
Aku bukan seorang cendiakawan
Aku tak sehebat Usman Awang
Aku tak sehebat Penulis novel tempatan
Tapi aku suka menulis
Meluahkan apa aku rasa

Maaflah aku manusia biasa
Tak lepas kesilapan
Kekadang aku menulis sesedap rasa
Ikut apa aku suka
Sedangkan pndapat org lain nyata ntah ape-ape
Tapi aku tak kisah
Aku enjoy begini
Cuma maaf andai kata aku ada menguris rasa
Bukan niat aku
Itu perkara biasa
Setiap org ada momentum rasa
Ah senang kata
Jgn makan dlm
Sebab kekadang semuanya hanya suka-suka

Serious, aku mmg tak tahu apa kau suka
Tapi aku mmg tahu apa aku suka
Ah lagu favorite  aku berkumandang pula
Nikmati seketika


Philea Resort & Spa Melaka


Kuasa buat orang lupa

Aku bukan ahli politik
Aku tidak gemar berpolitik
Tapi kekadang aku mengikuti perkembangan politik

Aku tak bercita2 menceburi bidang politik
Kerna nyata Itu bukan bidang aku
Itu juga bukan minat aku

Kekadang bila melihat keadaan sekeliling
Aku benci dengan org yg berpolitik
Benci Itu tak baik
Tp trus trang ia memaksa aku
Sakai lah aku ni

Tapi aku lagi benci dan marah
Bila org mengunakan agama untuk berpolitik
Ni bukan sakai
Sedih , hiba
Mmg tak de akal laaa
Nak mendapatkan kuasa & nama
Sanggup mempergunakan agama
Kelabukan mata yg dah buta
Buta mata buta hati
Kasihan mereka

Ya Allah
Satukanlah umat Islam yang berada di seluruh cakerawala
Agar dapat menghapuskan musuh utama
Hindarkan kami dari perebutan kuasa
Kesannya hanya sia-sia
Durjana yg menghasut domba
Memporak peranda

Ya Allah
Dekatkan semua pemimpin
Ke agama yg diredhaiMu
Memimpin kami melalui sunahMU
Mencontohi pemimpin teragung
Rasul yang tersanjung
Nabi Muhammad S.w.t

Ya Allah
Yang membolak balikkan hati kami
Hanya padaMU tmpat ku berharap


Wednesday, 21 November 2012

M.A.N.U.S.I.A

pertama, manusia itu LEMAH

“Allah hendak memberikan keringanan kepadamu dan manusia dijadikan bersifat lemah” (Q.S. Annisa; 28)


kedua, manusia itu MUDAH TERPEDAYA

“Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah” (Q.S Al-Infithar : 6)


ketiga, manusia itu LALAI

“Bermegah-megahan telah melalaikan kamu” (Q.S At-takaatsur 1)

 
keempat, manusia itu PENAKUT/MUDAH KHAWATIR

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Q.S Al-Baqarah 155)

 
kelima, manusia itu BERSEDIH HATI

“Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin , siapa saja diantara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah , hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran kepada mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati” (Q.S Al Baqarah: 62)

 
keenam, manusia itu TERGESA-GESA

Dan manusia mendoa untuk kejahatan sebagaimana ia mendoa untuk kebaikan. Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa. (Al-Isra’ 11)

 
ketujuh, manusia itu SUKA MEMBANTAH

“Dia telah menciptakan manusia dari mani, tiba-tiba ia menjadi pembantah yang nyata.” (Q.S. an-Nahl 4)


kedepalan, manusia itu SUKA BERLEBIH-LEBIHAN

“Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.” (Q.S Yunus : 12)

“Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas” (Q.S al-Alaq : 6)

 
kesembilan, manusia itu PELUPA

“Dan apabila manusia itu ditimpa kemudharatan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali kepada-Nya; kemudian apabila Tuhan memberikan nikmat-Nya kepadanya lupalah dia akan kemudharatan yang pernah dia berdoa (kepada Allah) untuk (menghilangkannya) sebelum itu, dan dia mengada-adakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. Katakanlah: “Bersenang-senanglah dengan kekafiranmu itu sementara waktu; sesungguhnya kamu termasuk penghuni neraka.” (Q.S Az-Zumar : 8 )

kesepuluh, manusia itu SUKA BERKELUH-KESAH

“Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah” (Q.S Al Ma’arij : 20)

“Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika mereka ditimpa malapetaka dia menjadi putus asa lagi putus harapan.” (Q.S Al-Fushshilat : 20)

“Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia niscaya berpalinglah dia; dan membelakang dengan sikap yang sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan niscaya dia berputus asa” (al-Isra’ 83)

 
kesebelas, manusia itu KIKIR

“Katakanlah: “Kalau seandainya kamu menguasai perbendaharaan-perbendaharaan rahmat Tuhanku, niscaya perbendaharaan itu kamu tahan, karena takut membelanjakannya.” Dan adalah manusia itu sangat kikir.” (Q.S. Al-Isra’ : 100)

 
keduabelas, manusia itu SUKA MENGKUFURI NIKMAT

Dan mereka menjadikan sebahagian dari hamba-hamba-Nya sebagai bahagian daripada-Nya. Sesungguhnya manusia itu benar-benar pengingkar yang nyata (terhadap rahmat Allah). (Q.S. Az-Zukhruf : 15)

sesungguhnya manusia itu sangat ingkar, tidak berterima kasih kepada Tuhannya, (Q.S. al-’Aadiyaat : 6)

 
ketigabelas, manusia itu DZALIM dan BODOH

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat[1233] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh, ” (Q.S al-Ahzab : 72)

 
keempatbelas, manusia itu SUKA MENURUTI PRASANGKANYA


“Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.” (Q.S Yunus 36)


kelimabelas, manusia itu SUKA BERANGAN-ANGAN

“Orang-orang munafik itu memanggil mereka (orang-orang mukmin) seraya berkata: “Bukankah kami dahulu bersama-sama dengan kamu?” Mereka menjawab: “Benar, tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri dan menunggu (kehancuran kami) dan kamu ragu- ragu serta ditipu oleh angan-angan kosong sehingga datanglah ketetapan Allah;dan kamu telah ditipu terhadap Allah oleh (syaitan) yang amat penipu.” (Q.S al Hadid 72)



 

Tuesday, 20 November 2012

Sapa perempuan itu??

Perempuan itu gemukssss is aku
Wanita itu selekehssss is aku
Perempuan itu kememeh is aku
Wanita kuat makan itu is aku

Sapa perempuan itu is aku
Perempuan kuat cerita itu is aku
Wanita yg tetiba nak senyap is aku
Perempuan yang selalu buat silap itu is aku
Perempuan yang tak cukup sempurna itu is aku
Akulah itu

Perempuan yang sadis itu is aku
perempuan kekadang cakap jer is aku
Perempuan yang ntah ape2 itu is aku
Perempuan itu aku
Aku perempuan itu

Perempuan yg sedang boring tu is aku
Perempuan yang sedang stress itu is aku
Perempuan yang tgh merapu itu is aku
Aku aku aku aku lah perempuan itu!
Perempuan itu aku...

Wednesday, 14 November 2012

Happy Belated Birthday A.F.R.I.N.A

kami dah kesuntukkan masa
kami tak de masa
kami kurang masa
Then d sebabkan kerana masing2 tak de masa
Masing2 sibuk sesangat lah katanya (Konon2)
Makanya terpaksa delay utk celebrate birthday Afrina pada tarikh sepatutnya
Ingatkan nak celebrate 1 bulan selepas tarikh birthday af af...hahahahaha
sorry apina thuiiii

Sebenarnya kiteorang plan nak wat isnin lepas
Tapi ada badigol tu buat hal lah plak
last minute cakap gerak from kl lambat
hye...hye laaaaaaa.....
Nak bising2 dah beso panjang..
Dah boleh kawen pun kott...
Dah boleh Beranak pinak...opsss....beranak yeeeeee...
badigol tu sapa?eheksssssss....
Tak yah laaa tahu....

Lupa nak bagi tau, yang birthday af af tu sebenarnya pada 7 Nov lalu,
Hari ni baru kiteorang dapat celebrate birthday dia
Itu pun idea last minute Norasyidah eh...rasyidah..hehehe..thanks idah..kekadang syidah ni mmg bijak....kekadang laaa....
So dalam kalut2 malut tu,kami pilih CS sebagai venuenya (senang nak beli cake)....then pilihan nak makan2 di AK Noodle (syidah suggest ar)
Pastu dapat tempat duduk luar..dekat ngan kawasan tempat org lalu lalang..sbb penuh laaaa..tu je yg kosong....
Nasib awal cikit..kalo tak...sure duduk kat lantai jerk...
Sy ngan syidah nak beli cake...Afrina leh lak amik position duduk pandang ke luar..
Yang bestnya lak...ade ke patut si dayah cakap "Apina awaj duduk laaa sana"..
kalau saya jadi apina of course saya dah dapat agak nyer.....
hyeee.....dayah...oooo dayah....si...mang tul...hahahhaha
Btw, tak mengapa lah kan...finally dapat juga celebrate birthday apina gendut....
hope apina happy....yehaaaaaaaaa....ikhlas dari kami.....sorry if ada kekurangan....from us....syidah,Yaya,Kikin......yana...jauh......huhuhu

Pic ehsan from birthday gurl
 
 



 

Wednesday, 7 November 2012

Obama vs Romney

Obama wins the election.....so?

Tak de ape2 laaaa.... just bg tau jerk..hihihihi...suke or tak suke?
arghhh tak de kena mengena laaa...
kecuali if dia ingin memperjuangan Islam....
yesss! itu sy suka....syukur....


F.O.O.T.P.R.I.N.T.S

Footprints on my heart

Some people come into our lives
And leave footprints on our hearts
And we are never ever the same.
So how is everyone? Hope you're all well.
My days at the moment are pretty much spent chilling either alone with friends or with my husband. So all is good at the moment!LOVE my life.


Sepanjang kehidupan pasti ada seseorang yang hadir dalam hidup dan kite masih mengingatinya walaupun beratus hari telah berlalu.... Tak kira siapakah dia..teman,sahabat, rakan or siapa pun, yg penting seseorg itu istimewa dalam hidup kite dan meninggalkan jejak di hati....

Hari ni tiba-tiba tergerak hati untuk mengimbau kembali teman yg telah meninggalkan jejak dihati saya..hehhehhehe....rakan2 yang saya rindui...yang dah lama tidak saya temui.....lets me start dari saya kecil lagi....

Sek Tadika Kemas -----> sy rasa st ms dulu, tadika ni paling femes kot,hahhahha, perasan noe....masa sy umur 5 & 6 Tahun, sy ada kawan pmpuan yg sy rapat sngat...nama dia salwani, dia cantik sangat..ada lesung pipit kat dua2 pipi...manis.....abah kami sama2 keje Felda. Abah sy jaga koperasi & Jkkr...Abah wani jg urusan perladangan....selama 2 tahun sy bersekolah di tadika kemas, wani je kawan yg sy rapat...pergi tadika abah anta, balik tadika sy tak bg abah amik sbb biasanya sy ngan wani akan jalan kaki sama2 balik rumah(rumah pun x jauh dari tadika)...bila kite org bawa makanan dari rumah, sy and wani akan mkn sama2, kalo tak abis, kiteorg akan tukar bekal msing2....masuk darjah 1 sy ngan wani berpisah sbbnya abah wani kena tukar ke tempat lain..huhuhu sedey, smpi skrg sy tak de rezeki nak jmpa wani...walaupun abah ckp pena jumpa abah wani....mana agaknya wani skrg....

Masuk sekolah rendah, sy ada rapat dengan beberapa yang lain antara Wan(sy lupa nama penuh dia) , hahahhaha dengan wan ni masa saya darjah 2, kite org ada belajar silat sama2 and masa tu kami jadi anak kesayangan cikgu Sobri,tak de sapa berani buli kami...hehehhehe..untung laaaa..ada juga beberapa nama yg sy rapat Shahliza & Erni Nazira , Musliha, Surayahani , Maslina & Apiza (ni kawan yg sama2 dengan saya wakil sekolah dalam acara sukan, dari tahun 2 sampai tahun 6)...setiap orang mempunyai jalan cerita yang menyeronokkan...hehehehe

Masuk form 1 , arghhh masa ni sy agak stress, di sebabkan keputusan UPSR yang baik, makanya sy terpisah dengan kawan-kawan yg lain, memandangkan sy juga berpindah sekolah baru...so masa tu dalam kelas sy ramai kwan-kawan yang baru.....nak sesuaikan diri semula dgn kawan baru.....kat sinilah sy mengenali seorang teman yang baik, lemah lembut, cantik sangat, putih..nama dia hasanah....tapi persahabatan kami tak lama, sbb selepas tu Hasanah kena pindah sekolah lain..huhuhuhu...sedih sangat masa tu.....lama sangat kami tak dapat jumpa....last2 tahun lepas saya jumpa dia semula...alhamdulillah...selepas bertahun-tahun terpisah...

Bila cerita peringkat menengah ni...waktu zaman-zaman remaja laaa konon-konon....saya berkawan baik dengan Maslina....saya & kawan panggil dia Sepet..sebenarnya sy dah lama kenal dia, dari sekolah rendah lagi...smua d sebabkan kami yang sangat aktif bersukan masa tu, dari sekolah rendah smpi sekolah menengah, wakil belia bahagian daerah lagi....tido kat wisma belia satu katil, tido rumah cikgu kat Endau masa wakil sek utk karnival sukan kat ungku Mohsin & mcm2 lagi..so ms kami bnyak habis bersama....Mas ni kepala agak gila2...buat sy senang kawan dgn dia, banyak bnda kami share bersama.....paling tak bole lupa bila kami mandi sesama...tapi kami buka Lesbi ok..may b d sbbkan kami terlalu rapat....so smpi jd tak kisah :) persahabatan kami agak berlarutan hingga ke form 5....ms ni laaaa kami kena Khatijah,Suzana,Suhana (ni antara teman2 yg rapat tika tu) , yg paling kelakar sangat, bila kami nk g latihan netball kami pernah naik moto bertiga...punyalah haaaiiii x takut masa tu....kalo ingat balik msti kelakar laaa, lagi bila jumpa lek....msti x tinggal cerita ni & cerita lagi satu tentang khatijah nak masuk laut....hehhehehe...mas or khaty awak semua ingat x??skrg ni masing dah ada keluarga sendiri....seyes, sy rindu korang!!!

Zaman sekolah menengah berlalu, bermula zaman kolej...so zaman kolej ni adalah beberapa teman yang sy rindui termasuk Mardiana (Teman naik bus, turun bus sesama) , turun depan PO JB....takut nak salah naik bus....arghh....kelakar laaaa...selain tu Farah (kawan sekolej saya sama dengan Mardiana) , kawan bergosip dalam kuliah...dengar dia keja bank skrg, tp dah lost contact, harap dapat jumpa dia lagi...huhuhuhu...Sarina(kawan st kolej).....

kalo nak cerita zaman bekerja ni sy rapat ngan Lyeza (skrg dia kat KL, bahagia bersama Suami and anak lelakinya) dia pandai sangat masak...hehehhe...rindu nak makan masakan dia....

Selain mereka...cikgu-cikgu yang pernah menyalurkan ilmu dari sy kecil hingga dewasa juga meninggalkan jejak dlm hidup sy seperti ustaz zainal, cikgu zul,Ustazah Zabedah, Sir Khairul dan ramai lagi yg tak mampu sy sebutkan satu persatu...

Hmmm....ni laaa diantara org yg sy rindui....Sy berharap sangat satu hari nanti sy dapat kumpulkan kesemua mereka yg meninggalkan jejak kat hidup saya.....sy  teringin sangat jumpa mereka....belum ada rezeki untuk saya...semoga mereka semua berada didalam lindungan Allah hendaknya & bahagia dengan kehidupan masing2..insyaAllah...

Wednesday, 10 October 2012

TABUNG BASRI > Memerlukan tempurung kelapa










KANGAR: “Ibu bapa mana sanggup melihat kehidupan anak yang dulunya lincah dan cergas tiba-tiba berubah 360 darjah. Dia kini hanya mampu terlantar di katil dan tidak dapat bercakap.”

Itulah luahan kata hati sepasang suami isteri menceritakan keadaan anak lelaki mereka selepas menjadi mangsa kemalangan dua tahun lalu. Akibat kejadian itu, tempurung kepala Mohd Basri Basharudin, 18, atau lebih mesra dengan panggilan Basri, terpaksa dibuang bagi mengeluarkan darah beku.

Bapanya, Basharudin Bakar, 46, berkata, ketika kejadian, anak ketiganya itu sedang membonceng motosikal yang ditunggang sepupunya. Motosikal itu terbabas dan menyebabkan Basri terpelanting.

Ketika kemalangan, Basri baru memasuki tingkatan lima dan hanya sempat bersekolah selama sebulan.

“Pada mulanya doktor membuang tempurung kepala Basri di sebelah kanan, namun disebabkan masih ada darah beku, doktor sekali lagi membuang tempurung kepalanya di sebelah kiri pada 25 Jun 2011," katanya yang tinggal di Kangar, Perlis.

Jagaan rapi

Basharudin berkata, kini anaknya itu memerlukan sejumlah RM7,000 hingga RM10,000 untuk menggantikan tempurung kepalanya yang baru supaya kelihatan seperti insan normal yang lain walaupun dia tidak mampu berjalan dan bercakap.

“Dengan pendapatan sekarang, saya tidak dapat menampung kos menggantikan tempurung kepala anak saya yang baru. Dia (Basri) hanya mampu makan bubur dan minum susu khas bagi memastikan tubuhnya sihat.

“Setiap tiga jam, kami akan memberi Basri makan, atas nasihat doktor, kerana dia tidak boleh bercakap seperti insan normal lain,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Darat Barat, Santan.

Basharudin berkata, bagi memastikan Basri sentiasa berada dalam keadaan sihat, dia perlu minum susu khas yang berharga RM62 setiap tin dan sebulan dia memerlukan 10 tin kerana satu tin susu berkenaan hanya mampu bertahan selama empat hari.

Ibunya, Jamilah Kamis, 41, berkata, disebabkan keadaan Basri yang memerlukan jagaan rapi, dia dan anak perempuan sulungnya tidak bekerja bagi menguruskan segala keperluan Basri.

Setiap bulan, Basharudin memperuntukkan RM1,000 untuk makanan dan keperluan anak ketiganya itu.

“Saya dan suami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Santan, Sabry Ahmad yang banyak membantu kami serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak lain,” katanya.

Sabry yang juga Exco Pertanian, Industri dan Asas Tani, menyampaikan sumbangan berjumlah RM1,000 kepada Basri bagi menampung perbelanjaan hariannya.

Kos pembedahan

Sebelum ini, keluarga Basri membuat permohonan katil khas daripada Adun Santan itu bagi memastikan Basri tidur dalam keadaan selesa dan memudahkan urusan penjagaan Basri.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Darat Barat, Fazil Yob merupakan individu prihatin yang telah memaklumkan mengenai Basri kepada Sabry.

Sabry ketika ditemui berkata, sepatutnya di usia ini, Basri sedang menuju ke menara gading. Namun disebabkan kemalangan itu, remaja itu terpaksa terlantar di katilnya.

"Bagi memastikan tempurung kepalanya diganti semula, keluarganya terpaksa mencari sejumlah kos yang agak besar untuk menampung pembedahan itu,” katanya.

Untuk tujuan itu, Sabry berharap pelbagai pihak dapat membantu keluarga Basri untuk mengumpulkan sejumlah wang bagi tujuan pembedahan tempurung kepalanya.

Orang ramai yang bersimpati dengan penderitaan ditanggung oleh Basri bolehlah salurkan bantuan dan derma melalui akaun Sinar Di Hati seperti yang tertera.

Sinar Harian 1 Okt 2012


'Manalah saya mampu'


SHAH ALAM – "Manalah saya mampu! Besar mana sangatlah gaji buruh seperti saya..." nada suara Basharudin Bakar, 46, perlahan. Ada getar sayu.

"Setiap bulan kami perlu sediakan RM1,000 untuk Basri. Jumlah ini untuk lampin pakai buang, susu khas serta keperluan lain.

"Ini termasuk kos mendapatkan rawatan pakar dan berulang alik ke Hospital Besar Pulau Pinang,” katanya yang kini menetap di Kampung Darat Barat, Santan, Kangar, Perlis.

Menurut Basharudin, anaknya, Mohd Basri Basharudin, 18, perlu diberi susu formula khas yang berharga RM66 setin.

"Sebulan sebanyak 10 tin diperlukan," katanya.

Namun, kata Basharudin, dia melakukan apa sahaja kerja halal untuk menampung keperluan anaknya yang istimewa itu.

Ibu Basri, Jamilah Khamis, 41, berkata, disebabkan kemalangan yang menimpa anaknya dua tahun lalu, Basri kini hanya terlantar di katil.

"Dia tidak lagi mampu bercakap dan bergurau senda seperti dulu. Malah, menggerakkan anggota tubuhnya juga dia sudah tidak berupaya," kata Jamilah sebak.

Pasangan suami isteri ini juga memerlukan RM7,000 ke RM 10,000 bagi menggantikan tempurung kepala baru buat anak mereka.

Ekoran kemalangan tersebut, tempurung kepala Basri terpaksa dibuang bagi mengeluarkan darah beku.

Susulan itu, pakar di hospital tersebut merujuk kes Basri ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar bagi memudahkannya mendapatkan rawatan susulan selepas ini.

Menurut Jamilah, beliau perlu menunggu sehingga 25 Oktober ini, bagi mengetahui perkembangan selanjutnya berhubung pembedahan menggantikan tempurung kepala anaknya.

“Sehingga kini, saya tidak pasti tarikh sebenar pembedahan Basri dapat dilakukan dan bergantung kepada perbincangan selanjutnya dengan pakar di Hospital Sultanah Bahiyah," katanya yang berharap anaknya kembali pulih seperti sedia kala meskipun tidak mampu berjalan dan bercakap.

Sehubungan itu, beliau merayu sumbangan pelbagai pihak yang bersimpati dengan penderitaan ditanggung oleh Basri dan bolehlah menyalurkan bantuan serta derma melalui akaun Sinar Di Hati seperti yang tertera.

ADIK ADAM AHMAD SYUKRI > Doakan & Hulurkan bantuan

Pagi ni saya dan rakan2 lain mendapat msg dari seorang rakan kami yang sedang bercuti bg melengkapkan  persiapan perkahwinan beliau yang akan berlangsung pada hari sabtu ni..

Msg beliau meminta kami google nama Adam Ahmad Syukri, katanya beliau sedih melihat keadaan Adik adam yan telah kuar di MHI....sebelum ni kami hanya mendengarnya tanpa cuba mencari berita lanjutannya....Thanks Allah kerana mengerakkan hati sahabat kami untuk mengegar diri kami bg mengetahui tentang adik Adam...

Saya dengan tangkasnye (tangkas ke?) memgoogle nama adik Adam....benar seperti apa yang rakan saya katakan...keadaan adik adam sangat menyedihkan...ya Allah besarnya dugaan MU kepada anak kecik itu bersama keluarganya....namun saya sangat yakin, Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba2nya...bersabarlah wahai ibu...bertabahlah wahai ayah....bertahanlah wahai adik adam....iyee...hati saya jua tersentuh...walau saya belum menjadi ibu...tapi hati sebagai seorang manusia biasa pasti akan tersentuh.

Dengan ini, sy meminta jasa baik semua mereka yang prihatin terhadap nasib yang menimpa adik adam untuk sama2 menghulurkan bantuan dari  segi wang ringgit ataupun doa...Semoga Allah merahmati kamu...amin....

Di sini saya ceritakan serba sedikit tentang adik adam


Adam lahir secara vacuum pd 4/3/12 dan sewaktu kelahirannya adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen.scan mri pd 9/3/12 menunjukkan otak adam mengalami kerosakan yg amat teruk..adam tidak pandai menelan air liur dan bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup.adam juga perlu bergantung pd mesin suction krn tidak pandai menelan air liur untuk sedut air liur dlm rongga hidung dan mulutnya. Mata kanan adam mengalami injured,begitu jg dgn telinga sblh kanan yg tidak dapat mendengar krn krosakan pd bhgian dalam telinganya.Doktor pakar otak mengesahkan adam akn terlantar seumor hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal mmg amat tipis.doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak adam sebagai kematian saraf otak..

 







NORAISYAH MD MALENA

LOT 432 TMN SUSUR JAMBU

LN JAMBU SELATAN

96100 SARIKEI SARAWAK



Mobile : 013-3439702



02040007292201 CIMB

Noraisyah Md Malena
untuk mengetahui lebih lanjut, bolehlah ke page ADAM AHMAD SYUKRI


Thanks

Tuesday, 25 September 2012

Untung jadi BOS kan? Entry tidak bergambar :)

Hahaha tittle agak berlebihan tak?oooo tak laaa just biasa2 aje dong...

Ok lah, kali ni jiwa saya meronta-ronta nak bercerita tentang BOS...bila jadi bos..mesti orang akan cakap.untung laaa jadi boss, gaji besar, arah2 orang je suh buat keje....senang laaaa...kan?kan?eh..jgn nak tipu laaaa kalo tak pernah nak dengar ayat mcmni k :) , saya yakin yang korang sendiri pernah geram or ape2 lah kat boss korang, tak kira sama ada dia ada lah direct boss korang atau.....bukan direct boss....kadang2 yang bukan boss pun lagaknya mcm bossss (ini dah kira keinginan melampau kan?,siannn) meh saya nak cerita sikit beberapa situasi yang berlaku yang berkaitan dengan apa yang saya sedang perbicarakan...hehhehhe

SITUASI 1

Perbualan diantara Si A dan Si B

Si A : Isk geram betul lah aku, banyak laa kerja nak kena siapkan, mana satu aku nk buat ni, aku pun dah tak tau

Si B : Eh! asal ni.keje apa lak?rileks laaaa buat dulu mana yang urgent..

Si A : ahhh....pada aku semua urgent, boss boleh plak nak minta semua dalam masa terdekat ni..dia boleh laaa..main arah..yang teruk nye kite..

si B : nama pun bosskan....untung jadi boss ni kan....

Si A : Memang lah untung, gaji besar, tapi kekadang tak tau nak buat apa...ada kuasa dia sbgai seorang boss je laa....#@&3+


SITUASI 2

Si C : sakit hati tul dengan boss aku tu

Si D : sabar lah....dia kan boss...apa dia buat?

si C : ada ke suh aku buat keje orang lain, men terima je task..yang teruk nya anak2 buah dia laaaa, mcm aku ni...

Si D : tak pe, kau luahkan jer, walau aku ttak dapat buat apa2..at least, ko leh luahkan apa yg kau rasa..kurang sikit stress ko..ye tak?hehehehe

si C: hai...apa laaa nasib....untungkan jadi boss ni....


SITUASI 3

Si E : aku benci giler kat boss aku!nak mam...puih, mentang2 lah dia bos sesuka hati je nak buat apa

Si F : napa?napa?

Si E : Ntah laaaa, susah laaa aku nak cakap, mmg jenis dasar boss tak leh nak pk!

Si F : senyum......


ok..bila kite perhati ketiga2 situasi di atas..jelas di nyatakan di sini kekadang ramai yang mengata boss sendiri kan....sian sapa yang jadi boss ni...baik pun kena ngata, kurang baik apatah lagi....ada yang kena sumpah seranah pun ada..nasib seorang boss..

Tapi ada sesuatu keadaan tu, kita tak leh nak salahkan boss, kekadang dah memang tugas boss memastikan semua kerja berjalan dengan lancar...tat y laaa dia mengarah2 bagi memastikan keje semuanya siap sebelum sampai dateline....itu dah mmg keje dia....kite ni pun sometimes tak pena nak faham, main sembur kat boss pun tanpa kita faham apa sbnarnya yang buat kite buat...bila kite ni jadi seorang boss, baru lah kite rasa, apa yang boss kite rasa....kekadang pun, boss ni pressure teramat...kena "push" dgn pihak2 yang lain....jadi sama2lah memahami..ye tak? tapi kalau jenis boss yang pandai cakap je...keje suruh orang buat...mmg takleh pakai laaa...opsssss! sorry...ni adalah kenyataan umum....jgn marah k...ramai gak menyirap dengan keadaan sebegini....salary ofcos laaaa lagi besar...so pressure sepatutnya lagi besar...kalo satu hapa pun blurr....mcm ne orang2 kat bawah nak achieve apa2...ye tak?

Dan mcm mana agaknya bila korang tangani boss yang mudah lupa ek?? oooo semestinya satu cabaran yang hebat yang akan korang hadapi kan? argghh lagi2 bila ia melibatkan satu situasi yang sangat2 penting.....menakutkan bukan?

so entry ni tak de berkaitan dengan siapa2 yang ada di sekeliling, semua ni tercetus bila saya membaca dilema sebagai seorang pekerja & juga sebagai seorang boss...hehehhehe..mesti ramai yang mengalamai situasi yang saya sebutkan di atas...semua itu adalah normal....kat mana2 pun ia akan berlaku...so hadapi lah denga COOL.....

taraaaaa.....



Saturday, 22 September 2012

Kite rasa kite susah, Ada yang lagi susah sbnarnya, bersyukurlah!


PASIR PUTEH : “Ketika tiba di sini, budak lelaki ini dimandikan dan disabun berulang kali bagi menghilangkan daki yang melekat di seluruh badan.
“Melihat perutnya yang buncit, kemungkinan ada cacing kerawit dan ketika badannya digoyang, keluar tujuh cacing kerawit sepanjang sejengkal dari mulut, hidung dan telinga,” kata Mat Piah Mat Daud, 57, pembantu am Rumah Anak Yatim Markaz Al-Aitam, Padang Pak Amat, Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu, dekat sini.
Mat Piah menceritakan pengalamannya membawa pulang seorang budak lelaki berusia lapan tahun yang dikatakan langsung tidak mengenali dunia luar apabila menetap di kawasan hutan terpencil di Kampung Kolam, Tok Uban, Pasir Mas, dua bulan lalu.
Budak lelaki itu, Muhammad Nasir Mahmood dikatakan lebih gemar memakan buah-buahan hutan seperti langsat dan salak di kawasan rumah selain minat bergayut pada dahan pokok kecil serta mandi dalam kubang berlumpur yang digunakan kerbau.
Menurut Mat Piah, keperitan hidup Muhammad Nasir berpunca daripada keluarganya yang hidup dalam kemiskinan dan pada masa sama lebih banyak bermain bersendirian selepas ibunya, Roseyatimah Shafiei, 38, mengalami masalah mental.
Katanya, bapa Muhammad Nasir, Mahmood Sulong, 74, meninggal dunia, tiga tahun lalu akibat sakit tua menyebabkan keluarga itu terus dihimpit kemiskinan apabila kehilangan tempat bergantung.
“Muhammad Nasir mempunyai dua abang dan seorang kakak. Bapa Roseyatimah dikenali sebagai Pak Chu, berusia lingkungan 80-an yang tinggal berhampiran rumah mereka menjadi tempat bergantung walaupun warga emas itu turut hidup serba kekurangan.
“Kehidupan mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang apabila makan nasi sekali sehari selain terpaksa berkongsi dua ikan selar sebesar dua jari dewasa. Disebabkan terlalu leka bermain, Muhammad Nasir dikatakan sering terlepas makan bersama keluarganya menyebabkannya memakan buah-buahan hutan,” katanya ketika ditemui di Markaz Al-Aitam, baru-baru ini.
Mat Piah berkata, kasihan melihat keadaan Muhammad Nasir selain tidak mahu cucunya itu terus terbiar, Pak Chu terpaksa meminta bantuan saudaranya supaya kanak-kanak itu dihantar ke Markaz Al-Aitam untuk dijaga.
“Selepas dimaklumkan saudara Pak Chu, saya ditugaskan menjemput Muhammad Nasir di rumahnya. Saya bersama seorang rakan terpaksa berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk tiba di rumah Muhammad Nasir kerana tidak boleh dimasuki kenderaan.
“Saya tidak sanggup melihat penderitaan Muhammad Nasir dan keluarganya yang tinggal di bangsal buruk hampir runtuh selain keadaan persekitaran kurang menyenangkan dipenuhi lalat, langau serta kotor. Malah, Muhammad Nasir turut bertelanjang ketika kami tiba di rumahnya dan paling memeranjatkan, kanak-kanak itu sedang mengutip sesuatu dalam pasir sebelum memakannya,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, selepas dua bulan tinggal di sini, perubahan diri Muhammad Nasir semakin ketara apabila boleh membaca secara perlahan walaupun terpaksa makan secara berasingan kerana belum dapat menyesuaikan diri dengan rakan lain. – Metro

Friday, 21 September 2012

Kasih sayang Kak Saz to arwah Yasmin

Semalam sy berborak-borak dengan kak saz (mak  kepada arwah yasmin), saya juga dapat mengenali kak saz dengan lebih dekat lagi, sy sangat respect cara kak saz mendidik anak2nya, setiap orang ada cara masing2 untuk fikirkan apa yang terbaik untuk anaknya..begitu juga dengan mak ayah saya...sesungguhnya arwah beruntung memiliki ibubapa seperti kak saz dan abg Johan, begitu juga sebaliknya....

Tiada siapa yang sempurna, kecuali Allah...apabila berlakunya sesuatu keadaan jgn sekali kite salahkan ibubapanya...tiada sapa nak kehilangan anak...tiada siapa yang mahukan sesuatu yang buruk kepada anaknya....anak ini ibarat permata yang sangat berharga...bila kite kehilangannya...bagaikan hidup juga sedikit tidak bermakna...itulah yang kak saz rasa disaat awal pemergian arwah..namun sekarang kak saz dah semakin redha dengan takdir ilahi...walau sukar ingin diluahkan apa yang ada dalam hati...

So...hentikanlah tohmahan terhadap arwah dan keluarga kak saz, pastinya segala yang berlaku, cara ia berlaku, bagaimana ia berlaku adalah diaturkan oleh Allah S.W.T. Pada saya arwah adalah dari golongan orang yang baik,family yang baik..alhamdulillah

Kat sini saya nak tulis serba sedikit tentang kak saz dan juga sedikit tentang arwah...mungkin ada yang boleh kite belajar kan bagaimana  kak saz mendidik arwah....

Al Fatihah for arwah yasmin dan 2 orang sahabatnya yang sama2 telah kembali ke rahmatullah...
________________________________________________________________

Saya lahirkan dia di Maternity Home, Pulau Pinang dan masa mengandungkan arwah saya mmg suka makan buah delima, mula2 saya sendiri tak tau buah ni mmg elok dan buah syurga, sehinggakan arwah mak saya cakap elok makan ni. Kebetulan pun mmg musim buah ni tengah ada di pasaran
 
Anak pertama dia mmg sgt comel, putih, dia byk mengikut kareakter suami saya sehingga dia besar. Dari kecik saya mengaku dia senang diajar, dan cepat dapat tangkap apa yg kita ajar.

tadika start umur 4 tahun, dalam umur 4 stengah tahun dan boleh membaca dan mengaji.

Matapelajaran Agama Islam yg paling dia minati

Seperti kanak2 biasa tetapi sering jadi tumpuan kerana rupa dia berlainan dgn org lain.

UPSR mendapat 5A

Bersekolah Agama di Maktab mahmud pada form 1

tapi melihatkan akademi di turun marah yg teruk

aunty keluarkan dia dan sekolah ke sekolah biasa

Selain dari Pelajaran Agama, dia meminati English dan BM

PMR mendapat hanya 4A dan 4 B, dia frust sgt
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Arwah juga ada tuliskan tentang keputusan PMR diblognya
 
http://misschronicz.blogspot.com/2010/12/kisah-boxerseluar-trackresult-pmr.html


Yasmin write :

Salam semua.
Tudia mau berhabuk dah aku punya blog. Memang nak spray ubat nyamuk dah.Sebab dah jadi sarang nyamuk n lalat. Tu nasib sarang nyamuk, kalau sarang maksiat ? wallahualam.
(dengan jayanya introdaksi keluar tajuk)
dah 26 Disember pon. sekolah pon nak mula dan nak masuk form 4 .
aku pulak kena pindah sekolah atas masalah tertentu.
DIAM! bukan kena tendang akibat msalah disiffflenn ok.
Result PMR aku agak teruk.Lain yang subj yang ditarget A , lain yang jadi -_-
tu la banyak main komputer kan ? *bak pepatah mama*
2-2 bahasa rasmi boleh takdapat skor ? kain batik tol.
ok mula cerita.
 
p/s : utk pengetahuan Blogger2 yang follow Yasmin ni, result
PMS
PMR aku ialah
4A 4B
teruk kan ? TAKPA ! AKU AKAN STRUGGLE DAN PULUN UTK SPM PULAK! TENGOK LAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.!!!!
 
Uncle Johan said...
Execuse me, i m looking for my daughter.....Papa proud of your achievement....remember in life academic is not everything...be a good muslim, daughter, sister...later a profession you have passion and a little later a wife...mother and the list goes on.I like your attitude girl!...never give up and keep the determination burning! Love you my little _ _ _ _ i will be behind you always - cheering you up.
December 28, 2010 7:46 AM

Arwah said :
 papa ; :) i have a new hope. One day I will show you that I'm not a useless person. I'm promise.

(walaupun arwah dah dapat 4A 4B tapi arwah tetap tak berpuas hati dengan keputusannya, impian arwah sangat tinggi)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dalam hidup kami kalau tak pandai akademik sekalipun, atau sekadar biasa2 jgn susah hati,

tapi bagi kak 4A dan 4B tu dah good enough. Semua A dia scored yg Matapelajaran teras (mmg betul apa yg kak saz cakap, pd saya ia mmg dah sangat bagus)

disamping itu dia meminati Piano, dan hampir ke grade 5

Cikgu piano dia kata grade dia patut tinggi tapi untuk mendapat sijil, perlu ada procedure

abilitity dia main macam sudah pro dan menjangkaui grade, Arwah juga meminati chess sebab byk berfikir,stategy,bila kita harus jadi offensive dan harus jadi defensive.

Manakala belajar piano untuk menggerakkan otak kanan dan otak kiri kita untuk sama balance (seimbang) kedua2 tangan mewakili otak kita

Mungkin cara kak saz mendidik tak sama dgn org lain

ramai ibu bapa yg menekankan sgt akademi, kak saz mengaku kak saz pun tak pandai, lepas SPM bekerja dan ambik partime belajar Secretary di Rima College. Kawan2 akak semua U, menara gading....bagi akak bila ada kemahuan disitu ada jalan

Ok berbalik kepada cerita arwah

Byk nilai nilai murni kak tekan kan sama juga dgn adik2 dia tapi arwah ni good listener dan very very observant. Bila bersama kami dia agak pendiam, tapi bila bersama kawan rapatnya dia friendly...Kak rasa syukur kerna ada anak spt arwah tapi ada kan sebab knpe tuhan ambik dia awal2. Hanya Allah yg tahu.

Sumber2 dalam blog yg menceritakan tentang malam kejadian tu saya ambik dari kawan baik arwah F, dari keluarga mangsa yg meninggal dan adik yg menjual burger di kawasan yg berhampiran.
(ada dalam entry saya sebelum ni)

E.N.D

______________________________________________________



 

Thursday, 20 September 2012

Arwah Yasmin J Hunwick

Assalam & Selamat Sejahtera,


Hari ni saya terpanggil kembali untuk menceritakan tentang seseorang yang tiada lagi di dunia ini, tentang seseorang yang saya pernah kongsikan tentang kematiannya yang agak tragik kepada semua orang....sehingga sekarang ianya menjadi perbualan kebanyakkan orang...ada yang menerima segala ceritanya dengan baik sekali dan menjadikan ia sebagai tauladan..alhamdulillah....namun ada juga yang memandang negative tentang arwah..masyaAllah....

Arwah di labelkan sebagai seorang yang liar, suka keluar malam dan mcm2 lagi cerita2 negative yang diberi kepada arwah...sedangkan hakikat yang sebenar orang yang bercerita itu sendiri tidak mengenali arwah secara dekat, tidak tahu bagaimana arwah sebenarnya semasa hayatnya...mereka  yang bercerita hanya membuat tanggapan sendiri HANYA dengan membaca cerita2 tentang kematian arwah...kesian nyer orang2 yang hidupnya begini...memandang negative hanya berpandukan dari apa yang di baca tanpa ketahui cerita sebenar...

Bila kite ingin berprasangka buruk kepada seseorang, lagi2 bila seseorang itu telah tiada, bukankah ia sesuatu yang tidak disukai oleh Allah? Tidak kah kite menerima ketentuan Allah bahawa arwah telah ditakdirkan arwah meninggal dgn cara sebegitu? malahan memberi tuduhan yang bukan2..ya Allah, jauhilah diriku dari bersikap begini....fikirkanlah perasaan family arwah bila melihat tuduhan buruk telah di lemparkan kepada anak mereka..lagi2 if cerita itu TIDAK BENAR....pasti ianya sangat menyedihkan...marilah sama2 kite fikirkan dan selam apa yang kite rasa if kite kehilangan seseorang yang kite sayang??dan apa perasaan kite if orang berprasangka buruk pada family kite yang telah tiada??kalau tak suka lebih baik kite diam dari menyinggung perasaan keluarga arwah dan mereka yang bersimpati, marilah sama2 sedekahkan al fatihah kepada arwah dan jua kepada 2 rakannya yang sama-sama terlibat dalam kemalangan tersebut.

Ini adalah kata2 bapa arwah yang telah meninggalkan komen dalam blog aqilah, sangat menyentuh hati ,


"Saya Johan E Abdullah @ Johan Peter Hunwick (ayah kepada Arwah Yasmin Johan). Saya amat berterima kasih and so touched atas usaha Saudari membuat komen terhadap arwah anak saya. Saya juga amat bersyukur kepada illahi dan jutaan terima kasih atas doa semua muslimin & muslimat kpd arwah anak saya....only Allah s.w.t. balas kebaikan saudara saudari sekelian Nothing more sad for a father then bathing, assist in "kafan", solat jemmaah, usung jenazah cintaku, holding my beloved daughter with my two bare hands and placing her in liang lahad and finally listening to the Talqin.....the list goes on...but i am extremely grateful to Allah that the funeral went on very smoothly as any father could ask for and that i was actively involved.... Alhamdulillah diberi kekuatan olehNya.

In Allah we trust and we must redha atas ketentuanNya. As a muslim we must submit in totality to Allah and without any doubt that Allah lebih mengetahui atas segalanya.

My selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w and i will always berdoa you my anak manja - Yasmin Johan. "

 

ketahuilah bahawa kehilangan orang yang kita sayang adalah sesuatu perkara yang sangat payah untuk diterima, namun sapalah kita untuk menidakkan takdir Ilahi, kite hendaklah menerima bahawa apa yang kite ada hanyalah pinjaman sementara. Yang pergi pastinya tidak akan kembali. Kite yang tinggal ni, sedekahkanlah al Fatihah kepada yang tiada, semoga apabila kite tiada nanti, orang lain juga akan sedekahkan alfatihah untuk kite di alam sana...amin.....

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

3 June 2012 11am

ketika dalam penggal ke2 cuti persekolahan , arwah yasmin ke sekolah untuk discussion bersama kawan2 karibnya dalam pukul 11 dia dan kawannya pulang ke rumah kawan rapatnya (F) Sebelum sampai ke rumah (F).kwn rapat nya tersebut merasakan sesuatu yg tak kena dgn cara arwah berjalan. (F) tanya kenapa, dia jawab tak ada apa2. Dirumah (F) arwah nampak penat dan tidor nyenyak. Sebelum tu dia sempat lihat gambar mereka berdua dan dia pegang seperti raut gambar didinding dengan pandangan yang sayu ...kejadian ni berlaku semasa arwah  menunggu aunty saz datang mengambil nya..


Manakala aunty saz ketika tu berjumpa dgn kawan lama beliau, menyebabkan aunty saz tidak dapat mengambil arwah disekolah. arwah sering menumpang dirumah (F) jika ada tusyen atau lewat aunty ambik. sebelum aunty saz ambik arwah dirumah (F) aunty saz menemani kawan sekolah aunty saz shopping di kedai duty free di Kuah (bandar). kawan aunty saz meminta aunty saz pilihkan untuk dia (kawan aunty saz) dia kata dia nak beli kain batik lepas 3 helai. Aunty saz pilih untuk dia dan mangatakan '' senang kena ada batik lepas kat rumah, kot-kot ada org meninggal '' .. Waktu shopping tu dalam pukul 2-3 petang. lagi pun aunty saz janji ambik arwah dirumah (F) pukul 3 petang
 

3pm
selesai bertemu dgn rakan aunty saz..aunty saz menjemput arwah di rumah (F) dan membawa dia balik kerumah terus, masa tersebut beliau melihat mata arwah dah merah macam baru lepas nangis. Tapi aunty saz tidak mahu bertanya. Bila balik ke rumah arwah terus senyap, Bibik indonesia aunty saz kata arwah minum air teguk macam org terlalu haus, bibik pun heran, arwah tak pernah buat macam tu. Selepas dia minum air, dia terus ke bilik dan bersama laptopnya.

6.30pm

arwah ada kelas piano pukul 6.30 pm, dia pergi sendiri kereta. Arwah pass lesen kereta dah bulan May.(die excted sbb pass)''Dia kata buat sesuatu dia mesti boleh deliver''...Mungkin tuhan nak kasi dia satisfied before dia meninggal. Dia sempat bawa kereta ke sekolah bersama adiknya Muiz. Tapi Muiz kata, dia bawa kereta pun tak berasa selesa. Ya la kan, bila nak meninggal, kaki kita jadi lemah. Driving kan perlu kaki untuk bergerak

Malam

Malam tersebut pun ibu arwah serba tak kena.. resah sahaja.. papa arwah mengemas bilik arwah, pecah gelas ditangan... bila ditegur papanya arwah terus keluar, arwah tak pernah buat mcm tu.. kata org2 tua 'AJal Dah Memanggil' ...bila arwah keluar rumah, aunty saz dah terbayang tempat yg accident tu... tempat tersebut mmg byk org accident dan tak pernah org survive..
Jgn salah sangka arwah tidak baling gelas tersebut.. arwah tersinggung alat2 mekap dia sebelum dia keluar dan alat2 mekap terus jatuh berderai. Tidak tahu kenapa arwah tak nak share blik dgn Ayesha adik dia, selalunya dia ok.. tapi hari tu berlainan sikit.selama ni dia sayang adik dia..


11pm

Bila arwah keluar lari dari taman rumah aunty saz ., arwah berjumpa dgn kawannya iaitu, Arwah Nur Hazwani masa Hazwani beli burger di taman sebelah. Arwah Hazwani hubungi kawan yg ada motor bernama Arwah Nur Ainaa Apiqah. Tujuan mereka naik motor tu untuk menghantar arwah ke rumah (F) Dan tujuan mereka naik motor bertiga ialah sebab bila dah hantar arwah Yasmin, mereka balik berdua, so tak la takut sgt. Kan dah dekat pukul 12.Jalan nak kerumah (F) tu agak sunyi. mungkin ralat sikit sbb tak pakai helmet. Tapi kalau ada helmet pun, tgk cara kematian, mmg tak ada yg boleh survive, masa yg berlaku tu semuanya berlaku sekelip mata, tika itu  juga aunty saz merasa yakin arwah akan balik ke rumah...kerana seperti yang kite ketahui arwah adalah seorang anak yang baik.... dan aunty saz tertidur ketika menanti kepulangan dia. ...


11.50pm

Aunty saz tiba2 tersedar terus buka mata, mata terus terpandang jam 11.50.... (biasanya seorang ibu akan merasakan sesuatu yang berlaku pada anaknya, begitu juga auntie saz)
Dia meninggal jam 11.50.. Aunty saz merasa yakin dia meninggal masa tersebut kerna jam ditangan dia mati ketika kejadian tersebut .HP dia pecah. Ada org bagi Sim kad dia dekat aunty saz. Tapi sampai sekarang beliau tak pernah buka simkad tu kalau beliau buka, beliau mesti cerita apa yg berlaku. Mesej apa yg ada.aunty saz tak nak buka, sebab takut aunty saz sedih,'' anak aunty saz dah takder, tak ada apa yg aunty boleh ganti ''

Masa aunty saz menerima berita xcident beliau menjerit sehingga 'lemah lutut' , tetapi beliau masih waras, cuma papa arwah terlampau ' sedih '. Aunty saz tidak pergi tgk mayat dihospital sbb aunty saz takut .takut tak kuat menerima kepergiannya..Aunty saz cuma tgu dimasjid untuk mayat dimandikan. Masa tu la aunty saz nampak dia. terakhir.Dimasjid org terlalu ramai sehingga Pak Imam kata " arwah meninggal ni yg paling ramai dan tak pernah di tengok"

Alhamdulillah...Semua saudara mara aunty saz datang dari selangor/kl sempat

jumpa dia.. aunty saz tidak merasa ralat sgt sebab tak da siapa yg terkilan tak

tengok mayat arwah
 
Cerita from blog aqilah..thanks Qila..
 

 
picture bawah tu adalah picture terakhir arwah pada siangnya, malamnya arwah pergi meninggalkan kite semua.
 
 
Al Fatihah for Yasmin Johan