Showing posts with label Kemanusiaan. Show all posts
Showing posts with label Kemanusiaan. Show all posts

Tuesday, 4 December 2012

Ingat lagi tak kat Ariel Sharon??

Bila berlakunya serangan ke atas GAZA di atas kekejaman Israel bebaru ni, aku terus teringat kat Ariel Sharon, kenal tak siapa dia ni?? cuba ingat balik?/

If tak ingat x pelah, meh aku tuliskan serba sedikit tentang manusia yg pada aku yang sangat tak de perikemanusian ni....Ariel sharon adalah pemimpin Israel sebelum ini, dia adalah manusia yang paling kejam sekali dalam dunia ni,dia membunuh ramai manusia yang tak berdosa,rakyat palestin yang tak berdosa,Sebelum jadi perdana menteri,dia pernah terlibat dalam pembunuhan dan penyembelihan di sabra dan shatila pada tahun 1982.Kejam kan?Apa lagi kekejaman yang dia dah buat?Dia pernah tembak 2orang kanak-kanak palestin dari jarak 10 meter je.Hapa punya haiwan la dia ni.Antara kata-kata si Ariel Sharon pemimpin israel ini adalah
"Saya bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan..."


 

Inilah sumpah janji Ariel Sharon pada 1956. Daripada ucapannya ini, tahulah kita kenapa Israel sehingga hari ini sengaja sasarkan roketnya ke arah penempatan padat di Palestin. Tujuannya jelas, mahu menunaikan sumpah Ariel Sharon. Menghapuskan pewaris di bumi Palestin.

Bagi Israel, ancaman kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding pemuda dewasa. Betapa tidak, di usia masih muda, kanak-kanak Palestin sudah ramai mampu menghafal al-Quran. Perkara ini menjadi momok luar biasa menakutkan Israel. Mereka menilai kanak-kanak generasi penerus perjuangan Palestin yang akan menentang berdirinya negara Zionis Israel.

“Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (H.R Bukhari dan Muslim).
Tapi sesungguhnya Allah itu maha adil lagi saksama, Allah maha mendengar & melihat apa yang berlaku..Allah menerima doa hamba2nya yang di aniya...Allah maha besar..

Ariel Sharon sekarang ni tengah jadi mayat hidup dekat hospital.Masuk tahun 2012 ni,dah 5 tahun dia koma.Sebelum dia koma,setiausaha peribadai Ariel Sharon mendedahkan segala mimpi yang dialami si Ariel sharon,Setiausaha peribadi dia kata Ariel Sharon kerap dapat mimpi yang sama iaitu Ariel sharon ditangkap oleh penduduk GAZA sebab dendam dengan tindakannya yang menyerang Palestin,dan dalam mimpi tu jugak,Ariel diikat dirantai kaki tangan dan diarak sekeliling GAZA dan di humban dalam api.Ariel Sharon mimpi perkara yang sama sehinggalah dia jatuh koma pada tahun 2006.Subhanallah....



 
skrg ni umur dia dah 83 tahun dan masih koma sehingga hari ini,Allah s.w.t telah memberikan dia separuh hidup separuh mati,dia may b tahu apa jadi sekeliling dia,cuma dia tak boleh nak beriaksi.Seksa kan?Ariel Sharon dirawat di Hospital Hadassah di Jerusalem, Ariel Sharon mengalami luka yang sangat teruk dan luka dia membusuk,badan dia bau macam mayat.Ariel Sharon terpaksa memasuki bilik pembedahan untuk sambung bahagian ususnya yang telah rosak dan merebak ke bahagian lain. Baru sedikit Allah tunjukkan pembalasan atas kekejaman dia selama ni...dulu dia mungkin rasa dia kuat..tapi sekarang sekelip mata Allah tarik segala kekuatan...dia terbaring kaku..semuanya memerlukan bantuan org sekeliling...ya Allah besarnya kuasaMU.....

Berat terkini Ariel Sharon adalah 15 kg dan dia akan segera dipindahkan ke rumahnya di Hashikmim Farm dengan segala alatan perubatan dia.Penderitaan yang dialami Ariel Sharon tak mampu membayar segala kekejaman dan kesakitan yang dia dah buat pada palestin!
Now,anak dia pulak yang mewarisi segala perangai kejahatan bapak dia,iaitu Gilad Sharon,yang mengatakan orang arab semuanya patut dibakar.MasyaAllah..
 
 
Bagi umat Islam, antara sesama Muslim ibarat satu tubuh. Jika satu disakiti, maka yang lain juga menderita. Dan bagi sesama manusia pula, tidak kira bangsa dan agama, jika ada nilai kemanusiaan yang tulen, derita orang lain, setidaknya ada rasa kasihan terdetik di jiwa

Jadi, sudah tentu menjadi kewajiban kita semua membantu segenap warga Palestin yang ditimpa musibah dan bencana akibat sumpah kerakusan Zionis Israel yang mahu melenyapkan anak-anak Palestin di negara kiblat pertama itu.

Bantuan boleh kita berikan dengan doa yang khusyuk kepada ALLAH, meminta kepada-NYA agar saudara kita diberi kekuatan hati dan sentiasa dalam lindungan-NYA; memberi sumbangan berupa wang dan sokongan moral serta sumbangan lain yang mereka perlukan.



Wednesday, 10 October 2012

TABUNG BASRI > Memerlukan tempurung kelapa










KANGAR: “Ibu bapa mana sanggup melihat kehidupan anak yang dulunya lincah dan cergas tiba-tiba berubah 360 darjah. Dia kini hanya mampu terlantar di katil dan tidak dapat bercakap.”

Itulah luahan kata hati sepasang suami isteri menceritakan keadaan anak lelaki mereka selepas menjadi mangsa kemalangan dua tahun lalu. Akibat kejadian itu, tempurung kepala Mohd Basri Basharudin, 18, atau lebih mesra dengan panggilan Basri, terpaksa dibuang bagi mengeluarkan darah beku.

Bapanya, Basharudin Bakar, 46, berkata, ketika kejadian, anak ketiganya itu sedang membonceng motosikal yang ditunggang sepupunya. Motosikal itu terbabas dan menyebabkan Basri terpelanting.

Ketika kemalangan, Basri baru memasuki tingkatan lima dan hanya sempat bersekolah selama sebulan.

“Pada mulanya doktor membuang tempurung kepala Basri di sebelah kanan, namun disebabkan masih ada darah beku, doktor sekali lagi membuang tempurung kepalanya di sebelah kiri pada 25 Jun 2011," katanya yang tinggal di Kangar, Perlis.

Jagaan rapi

Basharudin berkata, kini anaknya itu memerlukan sejumlah RM7,000 hingga RM10,000 untuk menggantikan tempurung kepalanya yang baru supaya kelihatan seperti insan normal yang lain walaupun dia tidak mampu berjalan dan bercakap.

“Dengan pendapatan sekarang, saya tidak dapat menampung kos menggantikan tempurung kepala anak saya yang baru. Dia (Basri) hanya mampu makan bubur dan minum susu khas bagi memastikan tubuhnya sihat.

“Setiap tiga jam, kami akan memberi Basri makan, atas nasihat doktor, kerana dia tidak boleh bercakap seperti insan normal lain,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Darat Barat, Santan.

Basharudin berkata, bagi memastikan Basri sentiasa berada dalam keadaan sihat, dia perlu minum susu khas yang berharga RM62 setiap tin dan sebulan dia memerlukan 10 tin kerana satu tin susu berkenaan hanya mampu bertahan selama empat hari.

Ibunya, Jamilah Kamis, 41, berkata, disebabkan keadaan Basri yang memerlukan jagaan rapi, dia dan anak perempuan sulungnya tidak bekerja bagi menguruskan segala keperluan Basri.

Setiap bulan, Basharudin memperuntukkan RM1,000 untuk makanan dan keperluan anak ketiganya itu.

“Saya dan suami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Santan, Sabry Ahmad yang banyak membantu kami serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak lain,” katanya.

Sabry yang juga Exco Pertanian, Industri dan Asas Tani, menyampaikan sumbangan berjumlah RM1,000 kepada Basri bagi menampung perbelanjaan hariannya.

Kos pembedahan

Sebelum ini, keluarga Basri membuat permohonan katil khas daripada Adun Santan itu bagi memastikan Basri tidur dalam keadaan selesa dan memudahkan urusan penjagaan Basri.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Darat Barat, Fazil Yob merupakan individu prihatin yang telah memaklumkan mengenai Basri kepada Sabry.

Sabry ketika ditemui berkata, sepatutnya di usia ini, Basri sedang menuju ke menara gading. Namun disebabkan kemalangan itu, remaja itu terpaksa terlantar di katilnya.

"Bagi memastikan tempurung kepalanya diganti semula, keluarganya terpaksa mencari sejumlah kos yang agak besar untuk menampung pembedahan itu,” katanya.

Untuk tujuan itu, Sabry berharap pelbagai pihak dapat membantu keluarga Basri untuk mengumpulkan sejumlah wang bagi tujuan pembedahan tempurung kepalanya.

Orang ramai yang bersimpati dengan penderitaan ditanggung oleh Basri bolehlah salurkan bantuan dan derma melalui akaun Sinar Di Hati seperti yang tertera.

Sinar Harian 1 Okt 2012


'Manalah saya mampu'


SHAH ALAM – "Manalah saya mampu! Besar mana sangatlah gaji buruh seperti saya..." nada suara Basharudin Bakar, 46, perlahan. Ada getar sayu.

"Setiap bulan kami perlu sediakan RM1,000 untuk Basri. Jumlah ini untuk lampin pakai buang, susu khas serta keperluan lain.

"Ini termasuk kos mendapatkan rawatan pakar dan berulang alik ke Hospital Besar Pulau Pinang,” katanya yang kini menetap di Kampung Darat Barat, Santan, Kangar, Perlis.

Menurut Basharudin, anaknya, Mohd Basri Basharudin, 18, perlu diberi susu formula khas yang berharga RM66 setin.

"Sebulan sebanyak 10 tin diperlukan," katanya.

Namun, kata Basharudin, dia melakukan apa sahaja kerja halal untuk menampung keperluan anaknya yang istimewa itu.

Ibu Basri, Jamilah Khamis, 41, berkata, disebabkan kemalangan yang menimpa anaknya dua tahun lalu, Basri kini hanya terlantar di katil.

"Dia tidak lagi mampu bercakap dan bergurau senda seperti dulu. Malah, menggerakkan anggota tubuhnya juga dia sudah tidak berupaya," kata Jamilah sebak.

Pasangan suami isteri ini juga memerlukan RM7,000 ke RM 10,000 bagi menggantikan tempurung kepala baru buat anak mereka.

Ekoran kemalangan tersebut, tempurung kepala Basri terpaksa dibuang bagi mengeluarkan darah beku.

Susulan itu, pakar di hospital tersebut merujuk kes Basri ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar bagi memudahkannya mendapatkan rawatan susulan selepas ini.

Menurut Jamilah, beliau perlu menunggu sehingga 25 Oktober ini, bagi mengetahui perkembangan selanjutnya berhubung pembedahan menggantikan tempurung kepala anaknya.

“Sehingga kini, saya tidak pasti tarikh sebenar pembedahan Basri dapat dilakukan dan bergantung kepada perbincangan selanjutnya dengan pakar di Hospital Sultanah Bahiyah," katanya yang berharap anaknya kembali pulih seperti sedia kala meskipun tidak mampu berjalan dan bercakap.

Sehubungan itu, beliau merayu sumbangan pelbagai pihak yang bersimpati dengan penderitaan ditanggung oleh Basri dan bolehlah menyalurkan bantuan serta derma melalui akaun Sinar Di Hati seperti yang tertera.

ADIK ADAM AHMAD SYUKRI > Doakan & Hulurkan bantuan

Pagi ni saya dan rakan2 lain mendapat msg dari seorang rakan kami yang sedang bercuti bg melengkapkan  persiapan perkahwinan beliau yang akan berlangsung pada hari sabtu ni..

Msg beliau meminta kami google nama Adam Ahmad Syukri, katanya beliau sedih melihat keadaan Adik adam yan telah kuar di MHI....sebelum ni kami hanya mendengarnya tanpa cuba mencari berita lanjutannya....Thanks Allah kerana mengerakkan hati sahabat kami untuk mengegar diri kami bg mengetahui tentang adik Adam...

Saya dengan tangkasnye (tangkas ke?) memgoogle nama adik Adam....benar seperti apa yang rakan saya katakan...keadaan adik adam sangat menyedihkan...ya Allah besarnya dugaan MU kepada anak kecik itu bersama keluarganya....namun saya sangat yakin, Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba2nya...bersabarlah wahai ibu...bertabahlah wahai ayah....bertahanlah wahai adik adam....iyee...hati saya jua tersentuh...walau saya belum menjadi ibu...tapi hati sebagai seorang manusia biasa pasti akan tersentuh.

Dengan ini, sy meminta jasa baik semua mereka yang prihatin terhadap nasib yang menimpa adik adam untuk sama2 menghulurkan bantuan dari  segi wang ringgit ataupun doa...Semoga Allah merahmati kamu...amin....

Di sini saya ceritakan serba sedikit tentang adik adam


Adam lahir secara vacuum pd 4/3/12 dan sewaktu kelahirannya adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen.scan mri pd 9/3/12 menunjukkan otak adam mengalami kerosakan yg amat teruk..adam tidak pandai menelan air liur dan bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup.adam juga perlu bergantung pd mesin suction krn tidak pandai menelan air liur untuk sedut air liur dlm rongga hidung dan mulutnya. Mata kanan adam mengalami injured,begitu jg dgn telinga sblh kanan yg tidak dapat mendengar krn krosakan pd bhgian dalam telinganya.Doktor pakar otak mengesahkan adam akn terlantar seumor hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal mmg amat tipis.doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak adam sebagai kematian saraf otak..

 







NORAISYAH MD MALENA

LOT 432 TMN SUSUR JAMBU

LN JAMBU SELATAN

96100 SARIKEI SARAWAK



Mobile : 013-3439702



02040007292201 CIMB

Noraisyah Md Malena
untuk mengetahui lebih lanjut, bolehlah ke page ADAM AHMAD SYUKRI


Thanks

Monday, 10 September 2012

Cinta abg Abil kepada kak Gee

Assalam,

ABIL FIKRI & FAUZIAH

Siapa kah mereka?hmmm..pastinya kisah cinta mereka berdua pasti hangat menjadi bualan, bagaikan cinta adam & hawa, namun siapa tahu Allah telah turunkan ujian kepada mereka berdua..dahulunya kehidupan mereka pastinya penuh gelak dan tawa, pastinya penuh gurau dan senda..pastinya banyak yang mereka kongsi bersama...suatu waktu dulu...semuanya dulu...tapi sekarang abg abil hanya dapat melihat kak gee terbaring dihadapan mata... walaupun baru mengecapi kebahagiaan rumahtangga namun Allah memberi ujian terhadap mereka...berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..bukan senang..bukan mudah..tapi itulah yang harus di tempuhi oleh Abg Abil..

Sama2 lah kite meringankan beban mereka dengan memberikan sedikit bantuan...tak kira dalam bentuk apa sekali pun.Bersama mendoakan  agar Allah akan memberikan apa yang terbaik untuk mereka berdua...hanya Allah maha mengetahui..

Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan dari segi wang ringgit. Sila masukkan di no. acc seperti yang tertera di bawah ini


Nama : Abil Fikri Ahmad
Bank: CIMB Bank
Account No: 0506-0040577-52-1
H/P No : 016-2634258

Nama : Abil Fikri Ahmad
Bank: Maybank
Account No: 1551-71094-087
H/P No : 016-2634258










 
 
Bantulah apa yang kita mampu, Kite sndiri tak pasti apa nasib sebenar kite pada masa akan datang..
 
 
 

Monday, 9 April 2012

TABUNG AHMAD SUFI - BANTULAH YANG TERMAMPU

Ahmad Sufi 9.4.2012.-Selepas lungs biopsy,chest drain tube dipasang selama 6 hari,ini adalah kesan parut dari lungs biopsy.







About

Ahmad Sufi Bin Romi Agus Syumadi
Description
Assalamualaikum....Ini adalah gambar Ahmad Sufi Bin Romi Agus Syumadi...Ahmad Sufi dilahirkan pada 12 mac 2012 dan sejak lahir dia menghadapi masalah paru2 yang kritikal.kos perubatan Ahmad Sufi di Children Westmead Hospital, Sydney adalah tidak kurang dr 3000 AUD(RM9000) sehari. Di sini dengan rendah dirinya saya memohon sekiranya ada diantara anda yang sudi memberikan sumbangan kepada Ahmad Suf...i bagi menampung kos perbelanjaan rawatan dia di sana.

BSN: 14133-41-00000395-4 :JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI
MAYBANK: 152107010378 : JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI

Name : Romi Agus Shumadi Romi Suhaimi
Bank: St George Bank
Branch: 112 908
Account No: 411178305

sumbangan drpd anda semua saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih...hanya Allah Taala saja yang dapat membalasnya.



p/s : sebar2kan ya kengkawan

Cerita tentang TECIK - my cat

Assalamualaikum. 28 Dec / 23.05pm / Tecik Ingat lagi kali pertama Allah temukan aku dgn tecik, kat pasar borong pandan, masa aku tgh ba...