Sunday 29 July 2012

Breaking fast with my Family


Hurm....diam tak diam...dah seminggu kan puasa...sangat2 tak rasa..cuma dalam bulan puasa ni dugaan yang datang dalam bab2 makanan rasanya sangat2 berkurangan....may b sebab saya kurang makan...ahikssss....cuma tu laaa...saya diduga pula dengan tahap kesihatan yang tak berapa nak best sangat...kesihatan yang tak segagah hulk...huhuhu..tp saya bersyukur sangat sebab saya still mampu untuk berpuasa..Alhamdulillah.....hope tahun ni dapat berpuasa penuh...amin...wink...wink...hehehehehehe

Semalam berbuka puasa bersama family di Restaurant Lapan Kati..kecoh giler..hahahaha...actually rindu suasana sebegitu..maklumlah tahun ni tak seperti tahun2 sebelumnya..sebabnya tahun ni, tahun pertama saya berpuasa bersama seorang jejaka yang tampan lagi bergaya..guess who?hehehehe...so masa bersama family pastinya sudah agak terhad...sometimes saya ni mmg agak lupa diri...dah lempang pipi kiri kanan sendiri..baru saya sedar yang saya tak boleh nak bersama family selalu....hahahaha..gediksss...gediks....

Ramai giler pengunjung yang berbuka di lapan kati tu...penuh tp tak laaa sampi beribu-ribu lemon...masih mampu di kira :D , tapi di sebabkan rasa excited tak terkata, makanya saya pun terlupa untuk mengabadikan keramaian itu di dalam hp canggeh milik jejaka saya...hihihi....

For next, insyaAllah  mau breaking fast with Amero's family pula...lokasi nya....tungguuuu....


Ni di antara menu2  yang masuk dalam perut saya semalam...nyummyyyyy









Wednesday 18 July 2012

M.O.R.N.I.N.G S.U.N.S.H.I.N.E

Cuaca pagi ni agak tenang sesangat...semoga hati setenang cuaca pagi yang indah ni...

Mari mulakan sesuatu dengan bismillah dan sudahinya dengan alhamdulillah

Semoga kita sama2 mendapat keberkatan dari Allah S.W.T


Tuesday 17 July 2012

S.O.U.L.M.A.T.E

To love is to share life together
to build special plans just for two
to work side by side
and then smile with pride
as one by one, dreams all come true.

To love is to help and encourage
with smiles and sincere words of praise
to take time to share
to listen and care
in tender, affectionate ways.

To love is to have someone special
one who you can always depend
to be there through the years
sharing laughter and tears
as a partner, a lover, a friend.

To love is to make special memories
of moments you love to recall
of all the good things
that sharing life brings
love is the greatest of all.

I've learned the full meaning
of sharing and caring
and having my dreams all come true;
I've learned the full meaning
of being in love
by being and loving with you.






Monday 16 July 2012

Part 1 Cerita tentang Rheumatoid arthritis (RA)


Hari ni saya nak cerita sambungan tentang S.L.E, dalam entry yang lepas saya dah pun terangkan tentang apa itu S.L.E atau dikenali sebagai LUPUS. Okay, meh saya ceritakan detik permulaan sy lalui semua ni.

JUN, pada bulan ni sy agak sibuk dengan segala persiapan. Dalam kesibukkan tu, pergelangan tangan sy telah membengkak dgn tiba2, pd mulanya sy hanya membiarkan rs sakit ni  sbb before ni pun sy pernah alami situasi mcm ni tp kebiasaannya lama kelamaan bengkak ni akan susut dengan sendirinya, kali ni sy agak pelik bila bengkak ditangan saya ni semakin membengkak dari hari ke hari. ooooh sakitnya lak agak mecengkam2 sangat....susah nk bygkan..

Dua hari selepas itu, lepas sy rasa btul2 dah tahan nak tanggung rasa sakit ni, sy pun pergilah ke klinik.berjumpa Dr Muru, sy pun citelah bla bla bla...Then Dr Muru pun minta sy membuat blood test. Mula2 sebelum keputusan ujian darah sy di ketahui...Doc membuat andaian mungkin sy menghidapi sakit Gout, tapi sy rasa x mungkin laaa sy kena gout sbb dah beberapa kali sy buat ujian darah, sy bebas dari sakit tu dan ternyata sangkaan sy betul..hehehehe.. ...abiss tu sakit ape ek?? ok meh sy cite lagi ea..

So doc pun tgok muka saya, tngok muka hubby sy, Doc pun cakap laaa, dia kena refer sy ke hospital pakar bahagian rheumatology. Apa itu rheumatology??hahahaha...seyes....sy mmg tak tau...Eh! knp smpi pakar ek?apa sakit saya ni..so Doc Muru nasihatkan sy pergi buat pemeriksaan lanjut ke hospital pakar secepat yang mungkin...Jangan berlengah2...so sy pun tanpa berlengah terus merujuk ke Colombia Asia(CA) pd ptg tu jugak..ah kat kepala ni dah risau dah, sbb terpaksa tinggalkan keje2 kat rumah..huhuhuhu....sy berharap agar sakit sy ni x berbahaya dan tak kena tahan kat ward...so sampai di CA,sy pun berjumpa Dr. Pagavalan (hope x silap eja ),sy story benda yg sama kat Dr.Paga.bla...bla..bla....Dari apa yang telah sy cerita doc cakap kemungkinan sy menghidapi sakit Rheumatoid arthritis (RA), eh apa tu RA ek?sakit apa?issshh mcm2 bahasa sains yang sy pelajari hari ni...then,doc pun bagi sy risalah tentang RA....oooooo rupa2nya RA ialah merupakan suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain....waktu tu sy x fikir apa pun bila doc bagi tau, dlm kepala sy ni, sy nak buat persiapan untuk majlis sy....huhuhu....untuk mengesahkan apa sakit sy sbnar, sy di kehendaki melakukan blood test sekali lagi and lakukan xray dikedua2 pergelangan tangan sy...resultnya akan sy ketahui seminggu lagi setelah ujian makmal dilakukan....so after Doc menerangan beberapa perkara kpd sy and husband, sy pun trus pulang....

Nak tau tak dengan lebih lanjut apakah Itu RA?ok meh sy share meh atas goggle di Internet

Apa itu Rheumatoid Arthritis?

Rheumatoid arthritis melibatkan peradangan pada lapisan dari sendi-sendi dan / atau organ internal lainnya.. Ini mempengaruhi berbagai sendi dan biasanya kronis, yang berarti berlangsung lama, dan bisa menjadi penyakit flare-up. Rheumatoid arthritis adalah penyakit sistemik yang mempengaruhi seluruh tubuh dan merupakan salah satu bentuk yang paling umum radang sendi Hal ini ditandai oleh peradangan pada selaput sendi, yang menyebabkan rasa sakit, kekakuan, kehangatan, kemerahan dan bengkak. Sendi yang terlibat bisa kehilangan bentuk dan keselarasan, yang mengakibatkan rasa sakit dan hilangnya gerakan.

Apa Penyebabnya?

Penyebab rheumatoid arthritis masih belum diketahui. Namun, diketahui bahwa rheumatoid arthritis adalah penyakit autoimun alami sistem kekebalan tubuh tidak beroperasi sebagaimana mestinya, sehingga sistem kekebalan tubuh menyerang jaringan sendi yang sehat dan menyebabkan peradangan dan kerusakan sendi berikutnya.

Rheumatoid arthritis merupakan penyakit yang melibatkan sistem badan, penyakit kronik yang menyerang banyak tisu badan tetapi yang paling teruk terkesan ialah bahagian sendi. Sendi yang menghadapi masalah ini  menghasilkan cecair yang tidak bernanah (non-suppurative) yang selalunya akan berterusan memusnahkan tulang rawan (cartillage) dan tulang di bawahnya, menyebabkan arthritis (radang sendi). Penyakit ini boleh menyerupai penyakit Systemic Lupus Erytematodes (SLE) apabila ia melibatkan paru paru, otot, saluran darah jantung dan kulit..





Untuk entry akan datang sy akan share kan result yang sy perolehi dari ujian darah saya.

Saturday 14 July 2012

F.R.I.E.N.D

Sometimes in life, you find a special friend. Someone who changes your life just by being part of it. Someone who makes you laugh until you can't stop. Someone who makes you believe that there really is good in the world. Someone who convinces you that there really is an unlocked door just waiting for you to open it. This is forever friendship. When you're down and the world seems dark and empty, your forever friend lifts you up in spirit and makes that dark and empty world suddenly seem bright and full. Your forever friend gets you through the hard times, the sad times an dthe confused times. If you turn and walk away, your forever friend follows. If you lose your way, your forever friend guides you and cheers you on. Your forever friend hold your hand and tells you that everything is going to be okay. And if you find such a friend, you feel happy and complete because you need not worry. You have a forever friend, and forever has no end.

sessi menjaga kesihatan


wedding yana


Jalan-Jalan cari pasal kat I City



Wednesday 11 July 2012

APAKAH SYSTEMIC LUPUS ERYTHEMATOSUS?


INFO KESIHATAN

NAMA penyakit ini mungkin tidak sepopular penyakit kencing manis, sakit jantung, kanser payu dara dan sebagainya kepada orang awam, malah kekerapan penyakit ini untuk dihidap oleh pesakit juga kecil jumlahnya. Adakalanya, si penghidap juga tidak mengetahui mereka menghidap penyakit ini sehinggalah berjumpa doktor pakar. Bagaimanapun penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) atau lupus ini tidak boleh dipandang ringan. Namun, kekurangan maklumat dan pendedahan mengenai penyakit ini kepada umum seringkali menyebabkan penghidapnya menerima tanggapan negatif daripada individu lain kerana salah faham berkenaan penyakit itu.

Menurut Pakar Perunding Perubatan dan Rheumatologi, Jabatan Perubatan Hospital Selayang, Selangor, Dr. Ong Swee Gaik, penyakit SLE merupakan penyakit kronik berpanjangan yang berlaku akibat kecelaruan sistem pertahanan tubuh iaitu autoimmune disease.

‘‘Sistem pertahanan tubuh merupakan rangkaian sel yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing. “Sistem pertahanan tubuh yang normal akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisme yang masuk ke dalam tubuh untuk mengelak serangan jangkitan organisme berkenaan. Antibodi yang terhasil akan menyerang organisme tersebut untuk mempertahankan tubuh,” katanya. Malangnya bagi seorang pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri yang menyebabkan organ di dalam tubuh pesakit mengalami keradangan.

Dr. Ong berkata, penghidap SLE lebih ramai di kalangan wanita berbanding lelaki dengan nisbah 9:1 (sembilan wanita kepada seorang lelaki) dan kebanyakan wanita yang menghidap SLE berada di dalam lingkungan umur 15 hingga 40 tahun. Penyakit ini boleh juga melibatkan kanak-kanak dan kerap menimpa orang-orang Asia berbanding dengan orang Barat. ‘‘Kekerapan ini pasti menyebabkan masalah kepada wanita kerana pada usia ini wanita sedang berada pada tahap produktif dari segi pencapaian kerjaya dan biologikal (mengandung). ‘‘Kira-kira sepuluh peratus pesakit SLE terdiri daripada lelaki dan kanak-kanak,” katanya.

Apabila ditanya kenapa penyakit ini lebih banyak menyerang wanita, Dr. Ong berkata, punca sebenar berlakunya SLE masih tidak diketahui, namun katanya terdapat beberapa faktor yang dapat dikaitkan dengan SLE. Antaranya ialah akibat jangkitan virus, hormon seks, faktor persekitaran dan keturunan. Terdapat tiga jenis penyakit “lupus” iaitu Discoid Lupus Eritematosus (DLE) iaitu yang melibatkan kulit sahaja, Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) yang boleh melibatkan pelbagai organ di dalam tubuh., dan jenis ketiga ialah Drug Induced Lupus yang diakibatkan daripada sesetengah ubat-ubatan. Katanya, penyakit ini kadang-kadang sukar didiagnos pada peringkat awalnya kerana gejala-gejalanya tidak begitu ketara. Ini adalah kerana gejala-gejala awal penyakit SLE tidak spesifik termasuk rasa letih lesu, demam, sakit sendi dan keguguran rambut.

Kebanyakan pesakit SLE (70 hingga 80 peratus) mengalami masalah kulit. Selalunya bahagian muka akan terjadi ruam yang dikenali sebagai malar rash atau butterfly rash. Ruam ini terjadi di bahagian pipi dan hidung dan oleh kerana bentuk ruam ini merupai bentuk sayap rama-rama, ia juga dikenali sebagai butterfly rash. Ruam ini terdapat di bahagian badan yang terdedah kepada cahaya matahari iaitu di bahagian muka, leher dan lengan. Pesakit SLE juga mengalami keadaan di mana kulitnya lebih sensitif kepada cahaya matahari dan ruam yang dialaminya akan menjadi lebih merah apabila terdedah kepada cahaya matahari. Oleh kerana penyakit SLE boleh melibatkan pelbagai organ dalam tubuh, penghidap SLE akan mengalami gejala yang berbeza di antara satu sama lain. Selalunya, menurut Dr Ong, gejala penyakit ini terjadi di bahagian muka dahulu iaitu ruam-ruam di muka, ulser di mulut termasuk lelangit, dan keguguran rambut yang ketara.

Bercerita mengenai latar belakang penyakit SLE, Dr. Ong berkata, penyakit ini mula digambarkan pada kurun ke 19 oleh pakar perubatan Perancis yang bernama Pierre L. Cazenave. “Beliau menyifatkan ruam merah di bahagian muka pesakit bagaikan gigitan serigala.” ‘‘Perkataan SLE berasal dari bahasa Latin iaitu Lupus yang bermaksud serigala dan eritematosus yang bermakna merah. Antara tanda-tanda dan gejala-gejala yang dikaitkan dengan SLE ialah ruam-ruam pada kulit muka dan badan, kulit yang sensitif kepada cahaya matahari, ulser pada mulut, keguguran rambut, sakit dan radang pada sendi, demam yang berlarutan, rasa letih-lesu, sakit di bahagian dada apabila bernafas (pleurisy) dan vasculitis (radang pada saluran darah).

Penyakit ini buat masa ini, menurut Dr. Ong, tidak boleh sembuh tetapi ia boleh dirawat dan dikawal. “Keadaan penyakit SLE menjadi lebih teruk apabila organ dalaman terlibat. Ia sering menyerang buah pinggang (lebih kurang 40 peratus daripada pesakit SLE) dan sekiranya rawatan awal tidak diberi, pesakit SLE boleh mengalami kegagalan buah pinggang. Selain daripada buah pinggang yang merupakan organ penting, SLE boleh juga melibatkan otak, jantung, paru-paru dan darah.

Namun ada di kalangan pesakit yang tidak mengalami masalah yang serius pada awalnya, tetapi ia akan jadi melarat sekiranya ia menyerang di bahagian organ-organ dalaman yang boleh menyebabkan maut sekiranya tidak dirawat. Walaupun setakat ini masih belum terdapat statistik sebenar mengenai jumlah pesakit SLE di negara ini, namun dianggarkan 30 hingga 40 daripada setiap 100,000 penduduk di negara ini penghidap kepada penyakit ini. ‘‘Mengikut statistik dari negara China, penyakit ini dihidapi oleh 70 orang dalam setiap 100,000 penduduk di negara berkenaan,” katanya. Tambah Dr. Ong, penghidap SLE memerlukan rawatan yang berpanjangan, biarpun pesakit akan rasa sihat selepas rawatan. Katanya, oleh kerana penyakit SLE agak rumit (complicated), mereka yang menghidap penyakit SLE perlu mendapatkan rawatan doktor pakar dalam bidang ini Oleh kerana penyakit SLE merupakan penyakit yang boleh berulang (remitting and relapsing course), maka penghidap SLE perlu mendapatkan rawatan ulangan yang berterusan. Ini adalah bagi memastikan penyakit dalam keadaan terkawal dan juga untuk mengesan tanda-tanda penyakit SLE yang bangkit/aktif semula supaya rawatan boleh diberi dengan segera sebelum fungsi organ yang terlibat terjejas. Pesakit juga akan dirujuk kepada beberapa doktor pakar yang bertanggungjawab bergantung kepada mana-mana organ yang terlibat diserang penyakit berkenaan. Sekiranya terdapat ruam di bahagian luar badan seperti di kulit dan wajah, mereka akan diberikan krim pelindung matahari yang mempunyai SPF yang tinggi selain daripada ubat makan seperti prednisolone dan hydroxychloroquine. Mereka juga dinasihatkan untuk memakai topi dan lengan panjang apabila berada di bawah cahaya matahari. Kaunseling juga akan diberikan kepada pesakit SLE untuk memberikan mereka sokongan moral di samping membantu pesakit memahami tentang penyakit yang dialami mereka. Dengan adanya pemahaman tentang penyakit SLE, pesakit akan lebih mematuhi arahan doktor dalam pemakanan ubat, dan pemeriksaan darah serta kencing yang berkala. Selain daripada kaunseling daripada doktor pakar rheumatologi yang merawat, perkhidmatan kaunseling boleh didapati dari Persatuan SLE Malaysia ‘‘Sokongan keluarga dan rakan-rakan amat diperlukan oleh pesakit SLE dan mereka harus memahami keadaan yang menimpa pesakit.

‘‘Perlu diingatkan penyakit SLE adalah penyakit yang tidak berjangkit dan tujuan rawatan adalah supaya pesakit dapat menjalani kehidupan normal sebagaimana individu lain,” katanya.


Info

* Penyakit kronik berpanjangan berlaku akibat kecelaruan sistem pertahanan tubuh.

* Penghidap SLE lebih ramai di kalangan wanita berbanding lelaki dengan nisbah 9 wanita kepada seorang. Tanda dan gejala SLE

* Sakit pada sendi, demam berlarutan, lesu, ruam pada kulit muka dan badan, anemia, sensitif pada cahaya matahari, ulser mulut dan keguguran rambut.

* Kulit muka menjadi merah apabila terdedah kepada cahaya matahari.

* Kegagalan fungsi buah pinggang, masalah pada sistem saraf, sakit sendi. Panduan untuk pesakit SLE

* Kenali makanan yang sesuai dengan pertahanan tubuh, makan seimbang dan berkhasiat, bersenam dan elakkan aktiviti lasak.

* Elakkan stres kerana ia boleh menyebabkan penyakit ini menjadi aktif, sentiasa berfikiran positif. * Perlindungan kulit.

* Memakai perlindungan matahari sekurang-kurangnya SPF 30, guna payung, topi, berlengan panjang untuk mengelakkan daripada terkena cahaya matahari.

* Ubat-ubatan. * Makan ubat atas arahan doktor.

* Jangan berhenti makan ubat tanpa arahan doktor dan jangan makan ubat bersama ubat lain dikhuatiri interaksi ubat berlaku.

* Patuhi jadual susulan yang ditetapkan.



Tanda2 serangan SLE

RASA JIWA HANYA DIA (ALLAH) YANG TAHU

Saya rasa apa yang saya rasa
Orang tak tau apa yang saya rasa
Saya tak tahu apa yang orang rasa
Dia tahu apa yang dia rasa
Mereka juga tahu apa yang mereka rasa


Apa yang saya rasa?
Apa yang orang rasa?
Hanya DIA yg tahu


Rasa datang setiap masa
Rasa datang tiba-tiba
Rasa dalam satu rasa
Semua tentang rasa


Dari mana datangnya tentang rasa
Dari jiwa adanya  rasa


Kita yang rasa
Kita lebih mengetahuinya
Selainnya dari Allah juga tempat kita meluahkan segala rasa


Tidak kira dalam apa jua rasa itu tiba
Positivekan diri kita
Sebaik-baik rasa.

"POSITIVE THINKING WILL LET YOU DO EVERYTHING BETTER THAN NEGATIVE THINKING WILL"






Cerita tentang TECIK - my cat

Assalamualaikum. 28 Dec / 23.05pm / Tecik Ingat lagi kali pertama Allah temukan aku dgn tecik, kat pasar borong pandan, masa aku tgh ba...