Monday 16 July 2012

Part 1 Cerita tentang Rheumatoid arthritis (RA)


Hari ni saya nak cerita sambungan tentang S.L.E, dalam entry yang lepas saya dah pun terangkan tentang apa itu S.L.E atau dikenali sebagai LUPUS. Okay, meh saya ceritakan detik permulaan sy lalui semua ni.

JUN, pada bulan ni sy agak sibuk dengan segala persiapan. Dalam kesibukkan tu, pergelangan tangan sy telah membengkak dgn tiba2, pd mulanya sy hanya membiarkan rs sakit ni  sbb before ni pun sy pernah alami situasi mcm ni tp kebiasaannya lama kelamaan bengkak ni akan susut dengan sendirinya, kali ni sy agak pelik bila bengkak ditangan saya ni semakin membengkak dari hari ke hari. ooooh sakitnya lak agak mecengkam2 sangat....susah nk bygkan..

Dua hari selepas itu, lepas sy rasa btul2 dah tahan nak tanggung rasa sakit ni, sy pun pergilah ke klinik.berjumpa Dr Muru, sy pun citelah bla bla bla...Then Dr Muru pun minta sy membuat blood test. Mula2 sebelum keputusan ujian darah sy di ketahui...Doc membuat andaian mungkin sy menghidapi sakit Gout, tapi sy rasa x mungkin laaa sy kena gout sbb dah beberapa kali sy buat ujian darah, sy bebas dari sakit tu dan ternyata sangkaan sy betul..hehehehe.. ...abiss tu sakit ape ek?? ok meh sy cite lagi ea..

So doc pun tgok muka saya, tngok muka hubby sy, Doc pun cakap laaa, dia kena refer sy ke hospital pakar bahagian rheumatology. Apa itu rheumatology??hahahaha...seyes....sy mmg tak tau...Eh! knp smpi pakar ek?apa sakit saya ni..so Doc Muru nasihatkan sy pergi buat pemeriksaan lanjut ke hospital pakar secepat yang mungkin...Jangan berlengah2...so sy pun tanpa berlengah terus merujuk ke Colombia Asia(CA) pd ptg tu jugak..ah kat kepala ni dah risau dah, sbb terpaksa tinggalkan keje2 kat rumah..huhuhuhu....sy berharap agar sakit sy ni x berbahaya dan tak kena tahan kat ward...so sampai di CA,sy pun berjumpa Dr. Pagavalan (hope x silap eja ),sy story benda yg sama kat Dr.Paga.bla...bla..bla....Dari apa yang telah sy cerita doc cakap kemungkinan sy menghidapi sakit Rheumatoid arthritis (RA), eh apa tu RA ek?sakit apa?issshh mcm2 bahasa sains yang sy pelajari hari ni...then,doc pun bagi sy risalah tentang RA....oooooo rupa2nya RA ialah merupakan suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain....waktu tu sy x fikir apa pun bila doc bagi tau, dlm kepala sy ni, sy nak buat persiapan untuk majlis sy....huhuhu....untuk mengesahkan apa sakit sy sbnar, sy di kehendaki melakukan blood test sekali lagi and lakukan xray dikedua2 pergelangan tangan sy...resultnya akan sy ketahui seminggu lagi setelah ujian makmal dilakukan....so after Doc menerangan beberapa perkara kpd sy and husband, sy pun trus pulang....

Nak tau tak dengan lebih lanjut apakah Itu RA?ok meh sy share meh atas goggle di Internet

Apa itu Rheumatoid Arthritis?

Rheumatoid arthritis melibatkan peradangan pada lapisan dari sendi-sendi dan / atau organ internal lainnya.. Ini mempengaruhi berbagai sendi dan biasanya kronis, yang berarti berlangsung lama, dan bisa menjadi penyakit flare-up. Rheumatoid arthritis adalah penyakit sistemik yang mempengaruhi seluruh tubuh dan merupakan salah satu bentuk yang paling umum radang sendi Hal ini ditandai oleh peradangan pada selaput sendi, yang menyebabkan rasa sakit, kekakuan, kehangatan, kemerahan dan bengkak. Sendi yang terlibat bisa kehilangan bentuk dan keselarasan, yang mengakibatkan rasa sakit dan hilangnya gerakan.

Apa Penyebabnya?

Penyebab rheumatoid arthritis masih belum diketahui. Namun, diketahui bahwa rheumatoid arthritis adalah penyakit autoimun alami sistem kekebalan tubuh tidak beroperasi sebagaimana mestinya, sehingga sistem kekebalan tubuh menyerang jaringan sendi yang sehat dan menyebabkan peradangan dan kerusakan sendi berikutnya.

Rheumatoid arthritis merupakan penyakit yang melibatkan sistem badan, penyakit kronik yang menyerang banyak tisu badan tetapi yang paling teruk terkesan ialah bahagian sendi. Sendi yang menghadapi masalah ini  menghasilkan cecair yang tidak bernanah (non-suppurative) yang selalunya akan berterusan memusnahkan tulang rawan (cartillage) dan tulang di bawahnya, menyebabkan arthritis (radang sendi). Penyakit ini boleh menyerupai penyakit Systemic Lupus Erytematodes (SLE) apabila ia melibatkan paru paru, otot, saluran darah jantung dan kulit..





Untuk entry akan datang sy akan share kan result yang sy perolehi dari ujian darah saya.

6 comments:

  1. kin..amik collagen..shud reduce the pain =) marine collagen pun ocay..de 3 jenis collagen..ko try refer doc ko..or gugel je

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum w.b.t..
    Nk tny, pnykit ni berbahaya x? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendapat saya penyakit ini berbahaya juga, selain ia menganggu saraf2 u and sendi2 u, ia juga boleh menganggu organ2 dalaman u seperti mata, jantung dll mengikut tahap ketahanan badan seseorg terhadap sesuatu penyakit....

      Delete
    2. u boleh tanya dengan mana2 doktor yang u kunjungi untuk mendapatkan info yang lebih tepat :)

      Delete
  3. waah, saya juga baru membaca di apa itu rheumatoid arthritis ternyata sangat bahaya ya, belum ada obatnya :(

    ReplyDelete
  4. akak,boleh terangkan dengan terperinci tanda2 akak sakit RA tu plezz

    ReplyDelete

Thanks frens :D

Cerita tentang TECIK - my cat

Assalamualaikum. 28 Dec / 23.05pm / Tecik Ingat lagi kali pertama Allah temukan aku dgn tecik, kat pasar borong pandan, masa aku tgh ba...