Wednesday 30 January 2013

Bila diri diduga

Kemana aku pergi
Sering diutarakan soalan yg sama
Kadangkala tak mampu membalas setiap kata
Perubahan diri sering dipersoalkan mengapa
Hati bahagia mungkin Itu jawapan terbaik sebaiknya

Aku sendiri tak menyangka
Namun kuasa Allah mengatasi segala
Siapa aku untuk menidakkan segala
Setiap yang datang aku harus terima
Setidak-tidaknya aku diberi peringatan
Apa yang Ada bukan hak aku selamanya
Kesabaran itu yang perlu diutama
Iman perlu tebal didada
Bagi menghindar prasangka pada yang Maha Esa

Kadangkala aku tersungkur aku kecewa
Kadangkala aku terleka dgn reality sbnarnya
Kadangkala aku mengenang nasib yg hiba
Tp bila pk balik semua tu untuk ape??
Bukankah setiap sesuatu yg Allah turunkan
Ada Sebab Dan hikmahnya?
Jadi mengapa aku harus berduka cita?
Biar kan saja ape orang nak kata

Setelah berbulan menghadapi dugaan ini
Pahit maung perit jerih dihadapi
Hati masih berdiri teguh terhadap takdir ilahi
Susah senang bersama di lalui
Manisnya nikmat Allah pinjamkan
Ketika aku diberi dugaan
Dikirimkan aku seorang teman yang baik hati
Yng tak jemu memberi sokongan diri
Alhamdulillah Indahnya tak terperi

Pelbagai usaha di lakukan
Cabaran amat berat untuk diri
Mempelajari erti redha
Mempelajari erti ikhlas menerima
Mendalami Kekuasaan ilahi
Walau berat dugaan Demi dugaan menanti
Aku harus cekal

Tika aku meninggalkan coretan di alam cyber
Alhamdulillah sedikit Demi sedikit perubahan aku terima
Sentiasa menadah tangan memohon bantuan
Dari Maha Pencipta
Adakala aku terlena
Namun aku dibangunkan dari lena
Ya Allah bersyukurnya aku
Tahap mana penyembuhan yang di beri pada aku
Aku terima dengan hati terbuka
Apa yang aku miliki bukan hak milik aku selamanya
Terima kasih Allah
Tuhan pemilik alam semesta


Cetusan hati







Friday 25 January 2013

Aku sayangkan Malaysia

Hurmmm
sekarang ni tak rasa aman
kat mana-mana ada pergaduhan
Manakah perpaduan??
Ah...knp mudah di pergunakan?
Sekali imbas ternyata kelihatan
Butakah penglihatan?

Nak kata kurang pandai
Allah dah kurniakan akal fikiran
Jadi..knp tak di pergunakan?
Mengapa yang Islam tak abis-abis nak berantakan?
Salahkah bersatu?
Mempertahankan tanah melayu
Jangan biarkan islam tenggelam
Bersama ketidak cerdik akal fikiran
Bersatu dengan org bukan islam
Itu bukan tindakan bijak
Nampak sngat dah terdesak nak kuasa
Hingga sanggup buat apa je
ah......
Sian rakyat yang tulus menyokong
Hakikat sebenar........
Mereka dipergunakan....
Dan mereka tak sedar....

Maaf,
Maaf,
Maaf,
Aku pun mmg nak islam membangun
Tapi bukan ini caranya
If aku tak diberi pilihan pun
Tak mungkin aku nak menyokong pemerintahan kafir
TAK MUNGKIN!
Kau tak akan mengerti
Bila mereka menguasai

Sekarang ni pun aku boleh lihat
Agama kite sesuka hati nak persenda
itu pun masih buta??
Kalimah Allah sesuka hati mereka nak letak dalam bible
wey....tak kan nak diam je!
If mereka menggunakan nama Allah dalam menyebarkan agama kite
Mana letak ISLAM ni????
serious aku sedih.......

Rakyat Malaysia masih beruntung
Mahukah kite menjadi seperti negara lain?
Turki,Perancis dll
Di mana Islam itu tidak di hormati???
Mahukah???

Marilah sama-sama kite berdoa
Semoga negara kite sentiasa aman
Semoga Islam kite bersatu
Semoga pemimpin sekarang adil, saksama
Dan memperjuangkan ISLAM itu yang utama.
Mengikut landasan yang betul
DOA!DOA!DOA!
Mengharapkan perubahan diri seorang
Agar yang buruk ditinggalkan
Ya Allah...indahnyaaa......
Andai semua umat islam dapat berfikiran begini
Itulah sebaik-baiknya kehidupan islam
Bukan mendoakan  kecelakaan

Ah...apalah ada pada suara aku.........
Tapi aku sangat harapkan keamanan....Ya Allah....
Ya...Rasululluah......bantulah umatmu....



Thursday 24 January 2013

Mari kite sama-sama mengingati Khutbah terakhir Rasulullah


Satu peristiwa penting bulan Zulhijjah yang sering kita terlupa ialah bahawa Rasulullah S.A.W telah menyampaikan amanat terakhir kepada umat Islam. Khutbah terakhir ini disampaikan baginda pada 9 Zulhijjah Tahun Ke 10 Hijrah Di Lembah Uranah,Arafah. Justeru, marilah kita renungi khutbah tersebut yang merupakan khutbah terakhir Rasulullah S.A.W.


"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu selepas ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikan ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

             Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

             Janganlah kamu menyakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba adalah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya kepada perkara-perkara kecil.

             Wahai mausia, sebagaimana kamu mempunyai hak terhadap isteri kamu mereka juga mempunyai hak terhadap kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka terhadap kamu maka mereka juga berhak diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, beremah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu terhadap 
mereka ialah mereka sama sekali tidak memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

             Wahai manusia, dengarlah kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ‘ibadah haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslimin adalah saudara kepada muslimin yang lain. Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lain kecuali taqwa dan beramal soleh.

             Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan terhadap segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar daripada landasan kebenaran selepas ketiadaanku. 

Wahai manusia, tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua 
perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

             Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah,bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba-Mu".    


Tuesday 15 January 2013

Imbau kembali tuntutan AMBIGA






 

Ya Allah, selamatkanlah agama kami , lindungilah kami dari segala kekufuran, matikanlah kami dalam Islam.

 
------------------------------------------------------------

TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC.Maruah Melayu Islam di bawah tapak kaki si Hindu Ambiga!

Cerita tentang TECIK - my cat

Assalamualaikum. 28 Dec / 23.05pm / Tecik Ingat lagi kali pertama Allah temukan aku dgn tecik, kat pasar borong pandan, masa aku tgh ba...