Wednesday, 4 April 2012

SIAPA PUNYA ANGKARA?

From My fren ~

Ingatan untuk semua org...berhati-hati terhadap org sekeliling...

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan berkongsi maklumat ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu.

Mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk m......embelek-belek daging , dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu , sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa. Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian , dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta. Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.

Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya. Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air , cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit ! Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar!

Thursday, 29 March 2012

KURSUS KAHWIN - Part 1 (Emosi)

Manusia ni sukar nak diduga kan
Kadang2 angin x de ribut x de tetiba je nak naik angin x memasal
Gurau pun nak di anggap serious
sedangkan sebelum ni sendiri  mulut pun main lepas jerk
Bila time angin puting beliung datang
Semua benda nak jadi hal
ah..kekadang aku pun sama gak...
Mesti org yang terkena angin tu akan terkulat2,terkebil2 dek kena penangan angin x memasal...
hehehehehe
Geng2 antu mmg suke ler manusia marah x tentu hala..
Buat geng dia jadi makin ramai
kan?kan?kan?

Last week aku g kursus pra perkahwinan
Seronok gak dapat menimba ilmu
Masuk je, terasa kembali balik zaman2 sek agama dulu..
Ingat Lek apa yg pena belajar dulu
Zaman muka naif dedulu..naif ker??
Hihihihi..
Tp aku bukan nak cite zaman aku sekolah dulu
Nak cite pun nnti dulu (occay, ayat berbelit aku dah kuar)......jap nak cite..jap x nak cite..keh3
Ah..membebel laaaa....aku nak cite pasal aku g kursus tu..
Agagagagaga...
Masa Kursus tu
Ada sorang penceramah tu,
Dia cakap laaaa, perempuan ni lain macm sikit emosi nya
kdg2 susah nk faham laaa senang cite
so bagi lelaki if nak kawen kena sedia dari segi mental semua
katanya lagi....perempuan ni mmg suke bercakap..kira mmg azalinya banyak bercakap
and perempuan ni..kalo di lihat memang ada angin...angin tu di namakan angin TAK MEMASAL.
keh3....lawak2...mesti ustaz tu dah pengalaman kan??
so share lerr tuwwwwww....
So lelaki takut tak??hihihi
So pd aku normal laaaa, setiap orang ada kekurangan
Terima laa pasangan kite seadanya
Selain menghormati pasangan ,
Jangan sekali kite lupakan Allah
Kalau kite x nak Allah lupakan kita....


ok....tatattatatatatata




Thursday, 8 March 2012

APA YANG MENARIK TENTANG TERENGGANU??

Agagagagaga...ni dah kali ke 3 kot aku menulis entri ni...aduhai, di mana kah silap nya aku tak pasti dong...tiba mau di lihat alih2 semuanya udah ngak ada....mengapakah??aaahhh biarkan ajeeee...usah di pikirin banyak,bikin pusing...

Ok laaaa, aku nak cerita secara ringkas, actually pd awal bulan March, aku dan family telah berangkat beramai2 ke Terengganu dgn menaiki 3 buah kete, tujuan asal kami ialah nak menghantar adik aku ke UITM Dungun, dah terlanjur kami ke sana, makanya kami teruslah menyusur lerrr ke Kuala Terengganu. Maklum laaa kalo dah berjalan, enjoy ajer laaaa..

So, kite org gerak laa pd 2/3 (Jumaat), selepas solat Jumaat...Dari Tiram-Mersing-Rompin-Kuantan-Dungun-Terengganu, biasalah dah gerak petang, smpi agak tgh malam, di ikuti oleh cuaca agak tak berapa nak elok, hujan di sepanjang perjalanan membuatkan perjalanan kiteorg agak slow ar...berhati2...tp ada kejadian di Rompin yang aku ingat smpi sekarang..huhuhuhu....Tgh2 drive tetiba Kucing melintas dengan lajunya,,,sngt2 terkejut..break laaa dgn gopoh gapah,bila aku tgok belakang...ahhhhh x snggup aku nak tgok...kucing tu dihentam oleh kete lain.....huaaaaaaa..berderau and mengigil pala lutut aku ni....

Sepanjang perjalanan,ade beberapa kali juga ar kite org berhenti untuk solat and makan2...excited giler tgok permandangan yg cntik..Subhanallah..sngt cantik.menyusur sepnjang persisiran pantai..akhirnya smpi juga di Kuala Terengganu dalam kul 2.00am, arrgghhh keletihan sngat...aku dan family menyewa di chalet di kawasan losong...

So banyak tmpat menarik dan banyak juga pembangunan yang sedang berlaku di KT, walau pun begitu semangat terhadap kaum sndiri agak menebal...sngt di puji di sini....sukar untuk melihat bangsa2 lain menopoli cabang perniagaan..sngat mendamaikan...alhamdulillah...masa kedatangan kami juga, Taman tema cahaya seperti I-City juga dalam prosess pembinaan..wahhhh..look great!jakunnnn jakunnnn jakunnn..hahahahahaha

Kalau korang perasan laaa, kat KT ni, korang leh tgok sndiri, surau banyak kan??kdg2 jarak dia mmg tak jauh..nak jalan antara st surau ke st surau yang lain rasanya tak berpeluh ar...then aku sj gatal mulut tanya kat penduduk KT ni tntg hal ini...perbualan nya lebih kurang begini yerrr....

aku : banyakkan surau kat sini, dekat2 lak tu jaraknya

Hamba Allah : aah mmg banyak, kalau awak masuk setiap lorong2 tu pun, banyak lagi surau terdapat di situ, setiap lorong kebanyakkan ada surau.

Aku : wah, banyak nye. Knp?penduduk kat sini ramai ke?

Hamba Allah : ooh...bukan itu tujuan utama kami membina surau yang banyak,tujuan utama adalah membiasakan penduduk di sini mendengar setiap laungan azan apabila masuk waktu solat dan mengajak mereka untuk sama2 menunaikan solat. Ada juga pnduduk yg mewakafkan rumah mereka untuk di jadikan surau....(Ya Allah,baik nyer hati kan)

Kite orang berkampung selama 1 hari jek..huhuhuhu....membeli dengan banyak sekali...haiiissshh x beringat....rabit ongkosnya...aduhaaaiiiiii... pd hari Ahad pg, kite org bertolak ke Dungun.......jalan sikit,beli sikit lg...mmg tak ingat laaa ni gamaknya....membeli jerk...agaggagaga.....badan pun dah penat....tp kena gak meneruskan perjalanan tuk pulang ke JB...smpi JB kul 11pm....semputtttt........
Apepun bersyukur Allah melindungi perjalanan aku sekeluarga...alhamdulillah..Thanks Allah...













Tuesday, 21 February 2012

Kehidupan - Puisi sepi

Lihat sekeliling ini sepi
Bersendiri melangkah dalam arus duniawi
Berjalan meniti hari
Tp aku yakin aku tidak sendiri
Ia nyata kelihatan pasti

Oh kehidupan
Terlalu banyak pertaruhan
Jika langkah tidak diaturkan
Pasti sumbang setiap kayuhan
Terleka dalam setiap perlakuan
Pastinya tiada mendatangkan keuntungan

Dunia..
Kejamkah ia??
Meniti dibibir setiap pujangga
Hakikat sebenar kelihatan nyata
Dunia tidaklah sekejam dikata
Bukankah kita sendiri yang menimbulkan sengketa
Tanyalah diri tepuk laaa dada
Usah menunding sesuka rasa


Sepi itu memang sepi
Andai hati dibiarkan sepi
Jangan biarkan ia mati
Layu ketandusan tiada bererti
Bangkitlah wahai hati
Sanggupkah berterusan sepi??



Wednesday, 25 January 2012

UMAAAKKKK AAAIIIIIII

Nak suke ke?
Nak nangis ke?
Nak marah ke?
Nak kecewa ke??
Haaaaaaa mau mana satu..
Mana satu mau ku ini???
hahhahhahahahahha


Kecewa laaaa ku rasa dijiwa ini
Di sebab kan kesibukkan melampau
Makanya terpaksa laaaaa membiarkan laman ku ini bersepah dengan daun2 yg berguguran
Banyak sungguh daun kering..
Sorry ea if semak mata memandang..
Banyak pula rs mau cerita
Tp ms agak terhad....
Cemburu beno masa tu dengan kite semua....
Huhuhuhu
Nnti ada ms sy update ea..
Bz beno kan kan kan..
Ngalahkan ketua kampung
achoooiiiiiiiiii

Cerita tentang TECIK - my cat

Assalamualaikum. 28 Dec / 23.05pm / Tecik Ingat lagi kali pertama Allah temukan aku dgn tecik, kat pasar borong pandan, masa aku tgh ba...