Hari ni 12 July bersamaan 3 Ramadhan ,
Hari ni juga genaplah 1 tahun 39 hari pemergian si cantik manis arwah yasmin.
Namun namanya masih kekal dibibir and sentiasa segar dalam ingatan semua orang
kenangan bersama arwah bg mereka yang mengenalinya tidak pernah padam
istimewa sungguh insan bernama Yasmin Johan
Doa tidak pernah putus-putus dititipkan kepada arwah
Inilah bukti kekuasaan Allah
Bila seseorang itu baik di dunia, bila dah tiada lagi di mukabumi ini
Orang akan sentiasa mengingati & mendoakan kesejahteraan kite
Jika kite juga ingin begitu, berbuat baiklah terhadap ibubapa,kawan2,binatang dan segala apa yg ada di dunia milik Allah ini
ah..terlalu panjang sinopsis aku...
Terus terang Ini merupakan entry aku yang ke 5 tentang arwah.
dan aku tak pernah jemu tentang cerita ini
sebenarnya masa genap setahun pemergian arwah, ingin sekali aku mencoretkan entry baru tentang arwah
tanda aku mengingatinya, namun demi kekangan masa, aku tak dapat melaksanakannya
kerna bila aku start bercerita tentang arwah, pastinya aku memerlukan masa yg panjang
kerana banyak perkara yg ingin aku kongsikan
Alhamdulillah, Novel Yasmin telah pun berjaya di edarkan yang diberi judul "LOVE YASMIN"
Tahniah aku ucapkan kepada syimir sebagai pengarang novel ini dan dapat menyiapkan novel ini dengan jayanya
Aku pasti ramai dah memperolehinya & juga membacanya
Dan aku pasti ramai yang sudah mengetahui kisah sebenar-benarnya siapa yasmin & bagaimana kemalangan itu berlaku
Dan aku berharap, tiada lagi suara-suara liar yang memperkatakan sesuatu yang buruk kepada org yang sudah tiada
Jika sesiapa yang sudah membaca novel ini
pastinya mereka benar-benar memahami perasaan keluarganya yang sangat merasai pemergian arwah lagi-lagi Encik Johan (Ayah kepada Yasmin)
Disaat-saat akhir arwah meninggalkan keluarganya
Berlaku sesuatu perbalahan antara arwah dan Encik Johan, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini kerana arwah sangat manja & rapat dengan ayahnya tapi malam disaat arwah ingin dijemput Allah , perbalahan itu telah berlaku & membuatkan arwah merajuk hati.
Disaat En Johan belum pun sempat memujuk arwah, arwah telah pun pergi untuk selama-lamanya.
Bayangkan.......bayangkan...apakah perasaan beliau...
If kite juga berada dalam keadaan sebegitu..apakah yang kite rasa??
Pastinya sangat terkilan bukan?
Sehingga berlaku kemalangan , mereka tak kuat dan tak mampu untuk melihat sendiri jasad arwah kecuali adik arwah Muiz,
Betapa sukar untuk mempercayai permata yang disayangi hilang secara tiba-tiba.
Arwah anak yang baik...patuh pada arahan ibubapa....Allah telah ambil buat selama2nya..
So please letakkan perasaan kite berada sama dengan perasaan keluarganya..
Tolong hentikan keluarkan perkataan2 yang menyentuh hati keluarga arwah.
Semoga dengan penerbitan novel ini, dapat kite sama-sama mengambil iktibar atas apa yang berlaku
Yang hidup, tidak akan hidup untuk selamanya, pasti akan pergi satu hari nanti.bila sampi waktunya
Bagi sesiapa yang telah membaca novel ini
Pastinya akan baca part perubahan yang berlaku pada diri yasmin
perubahan emosi, selera dll
Ini memberi petanda bahawa ajalnya semakin menghampiri
namun perubahan itu tiada siapa sedari
Di sini kite dapat mempelajari bahawa setiap insan yang ingin meninggalkan kite
Pasti akan memberi "tanda-tanda" kepada kite
bahawa dia akan meninggalkan kite untuk selamanya
cuma kite sebagai manusia biasa
kurang sensitif terhadap semua ini
kerana kite manusia yang tidak sempurna
kesempurnaan itu milik Allah s.w.t
sekali lagi ini membuktikan kekuasaan Allah s.w.t
Novel ini sangat memberi kesan ke dalam hati
Bila aku baca bab tertentu
Kadangkala aku rasa aku telah berada dalam situasi itu
lagi-lagi saat berlaku kemalangan itu, saat membaca kesedihan hati keluarga arwah
sangat memilukan...semoga mereka terus tabah
Thanks again for syimir atas usaha yang jitu
Menunggu novel ini smpi ke tangan aku merupakan satu penantian yg sangat mendebarkan
Aku menelaah novel ini ketika aku dalam perjalanan ke Kuala terengganu, dalam kereta
Thanks pada kak Saz kerana sudi membuat kiriman secepat yang di inginkan
Marilah sama-sama sedekah Al Fatihah kepada mereka yang telah tiada.
Assalammualaikum