Assalamualaikum & Salam Sejahtera....
Apa khabar kawan-kawan semua? harap semuanya sihat-sihat belaka.
Agak lama tak mengarang, sejak zaman teknologi semakin canggih ni, lebih banyak abis masa kat we chat, twitter, fb dan social media yg lain...huhuhu
Haissh...fikir panjang aku bagaimana mahu mulakan,
Perasaan masih rasa terkesan.
Hari ini 1hb September, hari ini adalah tarikh lahir makcik aku yang baru saja pergi menghadap Ilahi pada 28hb Ogos yang lalu.
Pada aku, makcik aku ni seorg yang sangat baik,
Jarang sekali aku nak dengar mak cik aku ni meninggi suara,
Semuanya bagaikan mimpi,
Tapi aku yakin itu yang terbaik untuknya,
Dah agak lama dia menderita menahan kesakitan,
Bermula pada raya ke-2 terlantar sehingga ke akhir hayatnya.
Masih jelas ingat di fikiran aku ini,
Bila dapat tahu yang makcik aku tak sedarkan diri pada ptg 26hb Ogos tu, aku , abah, mak, adik, suami,kakak and anaknya umairah pergi melawatnya pada pagi 27hb Ogos. Wajahnya masih aku ingat sehingga sekarang, tika aku masuk ke dalam rumahnya and melihat wajahnya, aku jadi sangat sebak, hati aku sangat sedih...seseorang yang satu tika dulu jika kami datang, menyambut kami dengan senyuman , melayan kami dengan penuh keramahan tapi pada hari itu sangat suram...tiada senyuman, tiada perbualan, hanya pergerakan yang penuh terbatas.
Airmata berguguran tika abah melafazkan kalimah syahadah di telinga makcik ku setiap kali surah yaasin selesai kami baca, abah juga kedengaran agak sebak, aku melihat bibir makcik ku bertindak balas bila abahku membisikkan kalimah syahadah. Maha suci Allah. Sumpah aku tak mampu tahan,
Aku pegang tangannya , aku pgg kakinya..tika itu aku berdoa semoga Allah berikan yang terbaik untuknya.
Hampir jam 5 kami minta diri untuk pulang, abah aku pesan pada anak-anak makcik aku supaya mendoakan ibu mereka, abah aku juga pesan pada pakcik aku (suami makcik) supaya memaafkan semua dosa isterinya and bersedia untuk lepaskan isterinya pergi...waktu tu semua anak-anak makcik aku menangis..suasana sangat hiba.
Sebelum aku pulang, aku pegang tangan makcik aku, aku bisik kat telinganya and perkenalkan diri aku, aku cium dahinya..tika itu makcik aku cuba untuk kata sesuatu...tapi tak mampu difahami.
Sampi di rumah JB dalam 8:30pm, abah pula dalam 11:30pm....kul 12:15am kami dapat msg melalui whatsup mengatakan makcik aku telah kembali ke penciptaNya. Saat tu hati dah redha...Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuknya...
Aku ingatkan pada diri, tiada apa yang kekal abadi dan perpisahan itu adalah sesuatu yang pasti.
Hargai mereka-mereka yang berada di sekeliling kita ketika mereka masih ada terutamanya kedua ibu bapa kita.
Wassalam
P/s : aku dah draft post ini pada 1/9/2016 tapi sayangnya aku lupa nak publish..kesian aku..dah tua sangat..huhuhu
Aku hanya bercerita mengikut apa yang aku rasa. Aku bukan penulis yang bisa menenangkan jiwa.
Sunday, 4 September 2016
Friday, 26 February 2016
Zaman Kanak-kanak Part 1
Assalammualaikum...Salam Jumaat
Allahumma salli `ala muhammadin wa'ali muhammad
Allahumma salli `ala muhammadin wa'ali muhammad
Aku akui sejak berumahtangga ni, mmg sukar nak luangkan masa
terluang untuk mengupdate blog aku ni..nak kata sibuk sangat tak delah...cuma
masa tu dah tak macam bujang dulu..huhuhu..tapi x pelah kan...bukan penting
sangat sebenarnya...
Kekadang bila sensorang macam ni kan...barulah rasa keinginan
nak mengupdate tu timbul..saat sorang2 beginilah kekadang teringat zaman
kanak-kanak..yang pastinya zaman kanak-kanak tu memang seronok kan? sebab apa
tau...zaman kanak2 ni..kita tak de lah nak fikir masalah yang besar..masalah
nak uruskan kehidupan, kewangan, perkahwinan dan sebagainya kan? hahaha..paling
besar pun masalah zaman kanak2 dulu bila kita bergaduh dengan kawan..itu apa
aku rasa laaa...org lain aku tak tahu...
Aku ingat lagi, dalam umur aku dari 3-5 tahun, duduk kat batu
pahat......aku ada 2 org kawan baik lelaki, ijal and Emy..tu jelah kawan
aku..mana-mana pergi mmg kitaorg bertiga...plus aku rapat ngan dorang sebab
abah aku bestfriend ayah dorang...tapi masa umur aku 5 tahun...aku berpindah..masa
nak pindah sangat drama....bila ijal cakap ngan aku...
Ijal :
kin, ijal ada beli cincin..kata nak kawen ngan ijal..sambil bagi cincin mainan
pada aku (ala...cincin yang biasa beli candy panjang then dapat cincin
tu, tak tahu korang ingat ke x)
aku pun memalu kambing
masa tu..sambil bonceng naik moto abah (masa tu family memasing ada), sambil tu
keluar dialog gedik aku...
Aku :
Ijal, sorry aku tak jadi kawen dengan kau (kahkahkah macam mana
time umur aku cemgini bole pk pasal kawen...hahahaha aku pun x faham)
Ijal :
alaaaa...kenapa kin?
Aku :
sebab aku nak pindah laaa
Time tu semua org melekek...tapi aku mmg tak faham masa tu
kenapa dorang nak ketawakan aku...hahaha..tapi bila dah akal panjang...mak cite
balik mmg aku ketawa sendiri..
Oleh kerana kawan aku hanya lelaki, then atas aku abg
aku...aku mmg mcm lelaki sikit...main tembak2lah..mmg semua jenis permainan
lelaki aku join...mak aku belikan set pondok2, babydoll pun aku tak
layan...biasanya mainan abg aku,mmg aku sibuk nak main...nasib abg aku ni mmg
rajin layan aku..plus aku adik paling bongsu masa tu...tapi part yang paling
best, bila mak aku buatkan aku baju kurung...aku mmg tak nak pakai baju
kurung..aku nangis2 nak pakai baju mcm abg aku.....hahahha korang teka baju
apa? baju melayu lelaki....aku mmg obses kat abg aku kot....apa dia pakai..aku
nak pakai...hahahaha..mak aku pun layankan je buatkan aku baju melayu
lelaki..hahaha..mujur aku tak gunting rambut pendek...still feminim ngan rambut
paras bahu....acctually ada gambarnya..tapi segan plak nak share...kira aurat
jugak kan rambut aku?huhu sorry tak dapat nak share..kalo tgok pasti korang pun
gelak tak ingat...tu pun salah satu sebab aku tak nak share..hahahah kena
bahan....
Then umur aku 5 tahun tu abah kena pindah mersing...bermulalah
zaman kanak-kanak aku kat mersing plak...aku rasa kat mersing paling banyak
kenangan aku..hahaha..sebab lepas mersing tu ...abah mmg dah tak pindah kat
mana-mana dah.
oklah...aku nak sambung masak......
Ada masa, ada rezeki..aku nak sambung lagi....tataaaaaa
Assalammulaikum gais.....
Subscribe to:
Posts (Atom)
Cerita tentang TECIK - my cat
Assalamualaikum. 28 Dec / 23.05pm / Tecik Ingat lagi kali pertama Allah temukan aku dgn tecik, kat pasar borong pandan, masa aku tgh ba...
-
Assalamualaikum, Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan Allah hendaknya. Actually aku menulis ni hanya untuk record aku, mana...
-
Korang penah tgok Filem Excorcism of the Emily Rose ni x? filem ini dikatakan berdasarkan kisah benar yang berlaku pada tahun 1976. Emil...
-
Assalam & Selamat Sejahtera, Hari ni saya terpanggil kembali untuk menceritakan tentang seseorang yang tiada lagi di dunia ini, tenta...