Sunday, 4 September 2016

Berakhirnya sebuah perjalanan, Al- Fatihah untuk Mak cik aku Arbayah Bt Zakaria

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Apa khabar kawan-kawan semua? harap semuanya sihat-sihat belaka.

Agak lama tak mengarang, sejak zaman teknologi semakin canggih ni, lebih banyak abis masa kat we chat, twitter, fb dan social media yg lain...huhuhu

Haissh...fikir panjang aku bagaimana mahu mulakan,
Perasaan masih rasa terkesan.

Hari ini 1hb September, hari ini adalah tarikh lahir makcik aku yang baru saja pergi menghadap Ilahi pada 28hb Ogos yang lalu.
Pada aku, makcik aku ni seorg yang sangat baik,
Jarang sekali aku nak dengar mak cik aku ni meninggi suara,
Semuanya bagaikan mimpi,
Tapi aku yakin itu yang terbaik untuknya,
Dah agak lama dia menderita menahan kesakitan,
Bermula pada raya ke-2  terlantar sehingga ke akhir hayatnya.

Masih jelas ingat di fikiran aku ini,
Bila dapat tahu yang makcik aku tak sedarkan diri pada ptg 26hb Ogos tu, aku , abah, mak, adik, suami,kakak and anaknya umairah pergi melawatnya pada pagi 27hb Ogos. Wajahnya masih aku ingat sehingga sekarang, tika aku masuk ke dalam rumahnya and melihat wajahnya, aku jadi sangat sebak, hati aku sangat sedih...seseorang yang satu tika dulu jika kami datang, menyambut kami dengan senyuman , melayan kami dengan penuh keramahan tapi pada hari itu sangat suram...tiada senyuman, tiada perbualan, hanya pergerakan yang penuh terbatas.

Airmata berguguran tika abah melafazkan kalimah syahadah di telinga makcik ku setiap kali surah yaasin selesai kami baca, abah juga kedengaran agak sebak, aku melihat bibir makcik ku bertindak balas bila abahku membisikkan kalimah syahadah. Maha suci Allah. Sumpah aku tak mampu tahan,

Aku pegang tangannya , aku pgg kakinya..tika itu aku berdoa semoga Allah berikan yang terbaik untuknya.

Hampir jam 5 kami minta diri untuk pulang, abah aku pesan pada anak-anak makcik aku supaya mendoakan ibu mereka, abah aku juga pesan pada pakcik aku (suami makcik) supaya memaafkan semua dosa isterinya and bersedia untuk lepaskan isterinya pergi...waktu tu semua anak-anak makcik aku menangis..suasana sangat hiba.

Sebelum aku pulang, aku pegang tangan makcik aku, aku bisik kat telinganya and perkenalkan diri aku, aku cium dahinya..tika itu makcik aku cuba untuk kata sesuatu...tapi tak mampu difahami.

Sampi di rumah JB dalam 8:30pm, abah pula dalam 11:30pm....kul 12:15am kami dapat msg melalui whatsup mengatakan makcik aku telah kembali ke penciptaNya. Saat tu hati dah redha...Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuknya...

Aku ingatkan pada diri, tiada apa yang kekal abadi dan perpisahan itu adalah sesuatu yang pasti.
Hargai mereka-mereka yang berada di sekeliling kita ketika mereka masih ada terutamanya kedua ibu bapa kita.

Wassalam

P/s : aku dah draft post ini pada 1/9/2016 tapi sayangnya aku lupa nak publish..kesian aku..dah tua sangat..huhuhu

No comments:

Post a Comment

Thanks frens :D

Cerita tentang TECIK - my cat

Assalamualaikum. 28 Dec / 23.05pm / Tecik Ingat lagi kali pertama Allah temukan aku dgn tecik, kat pasar borong pandan, masa aku tgh ba...