Thursday, 25 September 2014

Harga makanan yang melampau!

Assalammualaikum......


Hari ni saya nk share satu pengalaman saya makan tengahari berharga RM120. Agak2 makan tengahari untuk 3 org harga mcm ni bagi korang mahal tak? Lauk kami sayur, telur goreng, ikan goreng & asam pedas. Dahlah masa tu kami kelaparan sangat-sangat...makan lambat dalam kul 2.30pm cari-cari kedai makan, akhirnya Allah menggerakkan hati kami untuk ke kedai tersebut yang berada di kawasan PULAI. Makanannya so-so lah, asam pedas lain dari kebiasaan kami makan, agak tidak boleh diterima oleh tekak ni.....huhuhu

Haiiishh mahal betul kos makanan skrg ni...kami sempat bertanya kenapa smpi harga sampai seratus lenih, rupanya sekeping ikan yang tak berapa nak fresh, agak lunyai dorang charge sehingga harga RM20 sekeping..kami ambil 3 slice bermakna RM60...oh..my..terkejut kami mendengarnya...at least if beli kat pasar dapat seekor ikan merah....kan..........

Kekadang dorang ni nak caj makanan melampau betul..huhuhuhu...caj makanan dengan harga yang tak sepatutnya belum tentu akan cepat kaya-raya tau..Apa yang penting rezeki yang berkat tu ....kan?

Ok lah..sekian luahan hati saya...moral of story before nak makan kena tanya dulu harga makanan tersebut....kalo tak nnti tak lah terkejut beruk bila nak membayarnya......hehehehe..

Pengalaman ini mendewasakan kami.... :)





2 comments:

  1. Ni kedai asam pedas yang dekat Kangkar Pulai tu kan? Kalau tak silap, Pulai Mesra ke Pulai Ria.

    ReplyDelete

Thanks frens :D

"Kehilangan" kucing kesayangan Mulat, Pocil, Popit

Assalammualaikum... Mulat. Entry ni sebenanrnya dah lama ada dalam draft, cuma aku tak publish . Waktu tu aku masih beremosi bila aku ...