Assalammualaikum..
Tak lama lagi nak masuk bulan Zulhijjah, maknanya dah nak dekat Raya Haji dan bulan untuk mereka pergi menunaikan haji....beruntung bagi mereka-mereka yang telah menjadi pilihan Allah untuk sampai di tanah suci...bukan semua org terpilih menjadi tetamu Allah. Saya juga dah lama tanam keinginan untuk pergi ke sana dari saya masih belum berkahwin lagi.....tapi masih belum dapat keizinan dari Allah...semoga satu hari nanti Allah izinkan saya sampai ke sana bersama suami & ibubapa saya.
Semasa saya di KLIA, Saya lihat ramai kaum keluarga menghantar saudara mereka yang ingin pergi menunaikan haji.. Di satu sudut terlihat suami isteri sedang berpelukkan sedang menangis sambil di kelilingi oleh anak-anak mereka barangkali, suasana di situ agak suram...pasti berat hati untuk melepaskan orang tersayang kan....berserahlah pada Allah semoga orang yang kite sayang berada di dalam jagaan Allah.
Saya teringat suatu ketika masa Abah & mak nak menunaikan haji..waktu tu hati pun agak sedih nak melepaskan dorang pergi..maklumlah tak pernah berpisah jauh beribu batu pun kan...so mmg pada mulanya hati agak risau..tapi saya yakin yang Allah sentiasa ada bersama mereka jika mereka di dalam kesusahan. Setiap hari waktu mak & abah di sana , saya dan adik beradik yang lain menunggu berita dari mereka....saya dapat rasakan kegembiraan mereka selama berada di sana..Thanks to Allah sbb telah menjemput abah & mak ke rumahNya.
Jadi bagi sapa yang keluarganya akan menunaikan haji, doakan agar semuanya baik-baik sahaja and yakinlah Allah sentiasa ada untuk mereka. Bukan mudah nak sampikan kaki ke Tanah Suci. Bersyukurlah keluarga kite di antara orang yang beruntung kerana telah di jemput Allah ke sana.
Aku hanya bercerita mengikut apa yang aku rasa. Aku bukan penulis yang bisa menenangkan jiwa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cerita tentang TECIK - my cat
Assalamualaikum. 28 Dec / 23.05pm / Tecik Ingat lagi kali pertama Allah temukan aku dgn tecik, kat pasar borong pandan, masa aku tgh ba...
-
Assalamualaikum, Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan Allah hendaknya. Actually aku menulis ni hanya untuk record aku, mana...
-
Korang penah tgok Filem Excorcism of the Emily Rose ni x? filem ini dikatakan berdasarkan kisah benar yang berlaku pada tahun 1976. Emil...
-
Assalam & Selamat Sejahtera, Hari ni saya terpanggil kembali untuk menceritakan tentang seseorang yang tiada lagi di dunia ini, tenta...
No comments:
Post a Comment
Thanks frens :D