Thursday, 11 July 2013

Alhamdulillah

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2 Ramadhan 1434 Hijrah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah
Hari ini masih didalam bulan ramadhan
Allah masih memberi aku kesempatan utk bertemu dengannya

Alhamdulillah
Allah masih beri aku peluang utk memperbanyakkan amalan aku
memperbaiki diri aku
Top up mana yang perlu
Tampal mana yang berlubang
merebut peluang yg di sediakan
di bulan yg penuh barakah ini
bagi persediaan dan bekalan di alam lain

Di bawah ni aku kongsikan bersama kesempurnaan Ibadah puasa
Semoga kite sama2 memperolehi keuntungan di bulan yg penuh keberkatan ini.
amin....

Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa

Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:
  • Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t
  • Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria'.
  • Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: "Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram."
    (Surah Al-Maidah:42)
  • Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.
  • Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.

Tuesday, 9 July 2013

Allah pembuka pintu segala rezeki

Banyak kali aku pesan dalam diri aku
Pintu rezeki aku bukan pada sapa-sapa

Banyak kali aku ingatkan diri aku
Rezeki itu datangnya hanya dari Allah

Acapkali aku tanamkan dalam hati aku
Jika aku inginkan sesuatu aku kena rajin berdoa
dan aku juga kena berusaha bila aku mahukan sesuatu
selepas itu segala keputusan berserah kepada Allah

Jika apa aku mahu, bukan rezeki aku
aku buat macam mana pun
ianya tetap bukan untuk aku
yakin!!!ada yang lebih baik dari apa yg kita inginkan
Ingat! hendaklah bersangka baik terhadap Allah...
setiap apa yan berlaku mempunyai hikmah yg tidak kite ketahui...
sesungguhnya perancangan Allah sangat indah

bila aku berada dalam situasi pasar/Bazar
ramai peniaga yg menjual product/barang yg sama
bila aku beli kat seseorg peniaga tu
aku yakin, bahawa itu adalah rezeki untuk dia yg Allah aturkan
Allah mengerakkan hati aku menjadi pelanggan peniaga tu kan?
Bukan kah ini sesuatu yang indah....
sesungguhnya....
Rezeki itu sememangnya dtg dari Allah
Percayalah!

Wednesday, 3 July 2013

bengal

Assalamualaikum...

kepala bengal
bengal dengan segala permainan
menjelekkan
kepuraan


kepala bengal bila melihat sekeliling aku
kamu dengan sikap yang menjengkelkan
bosan setiap kali mengingati , bengal kepala aku
hirisan kebosanan itu menghembus setiap hari aku
setiap masa mendengar cerita yang sama
tiada yang berbeza
tak de usaha untuk cuba perbaiki semuanya
setiap orang mempertahankan diri sendiri

cubalah mengalah
ko dah cukup dewasa utk menangani
tak rugi jika kau mengalah
jgn ikut keras kepalamu
apa yang kau mahu??
semua org perlu ikut segala rentakmu yg dungu??
Dia manusia seperti kamu
Dia ada hati perasaan seperti kamu
yang sentiasa terperangkap dalam sejarah lama
dengan setiap kelakuanmu
yang menyakitkan perasaannya
dan yg pasti ianya berpunca dari kamu

aku inginkan ketenangan dalam situasi begini
aku inginkan kebahagiaan dalam kelompok ini
sampai sekarang aku cuba fahamkan
kenapa kau tiada perasaan utk cuba mendamaikan

keadaan begini
membuatkan aku bengal

Thursday, 14 February 2013

Tidak malukah dengan Allah?

Assalammualaikum & Salam sejahtera


Tidak malukah kite dengan Allah?
Bila bernafas dgn hak Allah
Berjalan dengan hak Allah
Makan dengan pemberian Allah
Tapi masih lupakan tentang Allah.

Tak malukah kite?
Bila diberikan nikmat
Sihat anggota badan
Kehidupan yang senang
Dikurniakan suami,isteri,anak2 tersayang
Kite masih berat anggota badan
Untuk sujud kepada Allah

Tak malukah kite
Bila diri dilanda musibah
Baru kite ingat Allah
Memohon diberi jalan kesenangan
Dari segala kesulitan
Sedangkan bila senang
Menyebut nama Allah sekali pun payah!

Tak malukah kite
Bila kite senang
Lupa segala pertolongan yang Allah berikan
Riak & takbur atas segala kurniaan
Mendabik dada pada sekeliling alam
Sedang kan kite lupa
Bukan apa yg kite ada hanya pinjaman?

Tak malukah kite?
Tak malukah kite?
Bila Allah bg kesempatan
Untuk memohon keampunan
Bagi menyedari segala kekhilafan
Kite terus hanyut dibuai kenikmatan
Tanpa memikirkan segala balasan yang akan Allah turunkan

Sedarlah diri
Bangkitlah wahai hati
Hidup ini bukan berpanjangan
Esok lusa mungkin akan tiba masanya
Adakah kite terus ingin mengumpul dosa?
Mendapat balasan azab neraka?
Apabila tiba malaikat maut ingin mencabut nyawa
Barulah penyesalan akan kunjung tiba
Atau tika sedang berseronok dengan Hal dunia
Nyawa diambil dengan tiba-tiba
Tanpa sempat memohon keredhaan ilahi
Waktu itu sudah terlambat wahai diri
Segala amalan yang dilakukan akan dihisab di akhirat nanti

Auzubillah

Ya Allah, jadikan hambaMU Muslim/muslimah yang sejati ya Allah
PadaMU ku bersujud

130224



Sunday, 10 February 2013

Setiap dugaan ada hikmahnya, Alhamdulillah

Satu waktu dulu
Bila aku diberitahu doctor
Yang aku menghidapi satu penyakit kronik
Penyakit yang akan aku hadapi seumur hidup
Perasaan aku sangat kosong
Tidak rasa kecewa
Ini dugaan aku

Setiap hari bila aku surf Internet
Aku tak lepas mencari dan mencari
Mencari apakah sbnrnya penyakit ini
Dan melalui apa yg telah aku temukan
Yesss, mmg benar penyakit ini berbahaya
Dugaan aku

Apa reaksi aku?
Pada mulanya aku rasa sangat keliru
Kenapakah ia datang secara tiba-tiba?
Sedangkan aku sihat je before ni
Hahahaha..ceteknya iman didada aku
Itulah namanya kehendak Allah
Kun fayakun , maka jadilah
Dan apa yang ada pada aku bukanlah hak milik aku

Setiap hari tahap kesihatan aku
Makin lama semakin terjejas
Dan doctor pula telah membekalkan aku
Pelbagai jenis ubatan & adakalanya tak mampu utk aku telan
Kesan dari Itu,
Aku menghadapi kenaikkan berat badan yg mendadak
Sehingga membuka mulut orang disekeliling aku
Untuk bertanya kan tentang itu
Ini juga dugaan utk aku

Dari hari ke hari
Satu persatu kesakitan berpunca dari penyakit itu
Membuat banyak perubahan pd aku
Sangat memberi kesan dalam kehidupan seharian aku
Aku semakin kuatkan diri
Disamping ada seorang suami disisi yg sntiasa menemani
Kawan yang tak putus memberi semangat
Hanya Allah mampu membalas setiap kebaikkan
Aku yakinkan diri aku bahawa setiap penyakit ada penawar & ubatnya
Kecuali MATI
Apa yang doctor katakan hanyalah dari ilmunya
Tapi sesungguhnya ilmu Allah lagi tinggi
Yang tak mampu disangkalkan lagi
Jika ia menginginkan sesuatu
Maka jadilah.

Dari dugaan Allah ni
Ada banyak hikmah yang aku perolehi
Segala penawar penyakit Itu terkandung di dalam Al QURAN
Demi Allah, bila aku mengamalkan diri membaca Kitab suci ini
Allah memberi keizinan dengan mengurangkan rasa beban kesakitan ini
Subhanallah..
Besarnya mukjizat Allah

Setiap hari aku semakin faham dengan kejadian alam
Aku semakin faham dari mana kite datang
Aku semakin faham apa tujuan kite diciptakan
Aku semakin faham ada banyak lagi ciptaan Allah selain manusia
Dan sekarang aku jua akui
Setiap dugaan yang Allah berikan pada aku
Ada kebaikkannya untuk aku
Dan juga orang-orang di sekeliling aku

Di waktu ini
Di saat ini
Aku sedang menerima setiap dugaan yg Allah berikan
Dan aku sangat yakin dalam hati
Apa yang Allah berikan ini
Adalah yang terbaik untuk aku


Bersangka baiklah dengan Allah
Kerana DIA lah Maha mengetahui setiap terjadinya sesuatu
Sesungguhnya Allah Itu Maha pengasih & Penyayang
Aku sangat bertuah kerana menjadi pilihan dalam menerima dugaan ini
Sekurang-kurangnya aku telah diberi peringatan
Alhamdulillah Alhamdulillah alhamdulillah






Friday, 8 February 2013

Bersikap adil utk diri & orang lain

Mana satu pilihan yang diambil
Samada ingin berkata benar
Tapi menyakitkan
Atau
Tidak bercakap benar
Untuk menjaga hati teman,rakan dan orang di sekeliling kita
Adakah itu tindakan tidak menyakitkan perasaan mereka?

Semua ada pandangan sendiri
Sebab akal fikiran yang dikurniakan
Bertuah kan manusia dianugerahkan Allah sesuatu tak terhingga
Inilah yang membezakan manusia & haiwan
Tapi sayang...
Kite sering melakukan sesuatu
Yang sama taraf seperti binatang
ah....kasarkah bila aku kata begini?
Bukankah itu reality
Namun tak semua dari kite bersikap sebegini
Masih ada berhati mulia
Alhamdulillah

Berbalik pada persoalan tadi
Mana satu tindakan yang baik?
Berterus terang atau tidak bercakap benar?

Bagi pandangan aku sendiri
Bersikap Jujur itu adalah pilihan terbaik
walau kadangkala perkara itu menyakitkan
Aku yakin kite mampu terima kejujuran

Tapi

Bila kite tak bercakap benar
Atau kite menipu
Dengan alasan utk menjaga hati
Kesannya akan datang lebih buruk
Bila diketahui kebenarannya
Dari situ....
Timbulan kurang percaya antara kite

Dalam hidup utk berlaku jujur
Terlalu sukar utk kite lakukan
Kite terlalu memikirkan utk menjaga hati
Sedangkan dalam sedar tak sedar
Kite juga telah menyakiti hati.







Thursday, 7 February 2013

Mimpi yang panjang

Hidup ini terlalu indah untuk aku kotori
Berpaling kebelakang
Sesuatu yg tak mungkin akan jadi
Lumrah manusia seperti aku

Hari ini bila kite jatuh sendiri
Kite tersedar dari mimpi
Itu hanya seketika, aku pasti
Esok-esok utamakan duniawi
Emmmm...siapa sebenarnya yang kejam pada diri?
Duniakah?
orang lainkah?
Atau diri kite sendiri??

Hahahaha..tiba-tiba aku tersenyum sendiri
Manusia manakah yang suci
Yang sentiasa mampu melihat keburukkan sendiri?
Jari satu sentiasa menunding
Tapi sayangnya tak pernah sedar
Jari yang empat lagi menuju diri sendiri

Cuba kongsi cerita
Aku mahu tahu
Siapakah yang selalu puas dengan apa yg dia ada?
Jangan sekali kau berdusta
Allah tahu segala

Kadangkala mulut lancar berbicara
Redha, ikhlas, syukur
Sampaikah pada hati kite?
Sukar diungkap
kerana kite sendiri susah nak pasti
Dimanakah tahap keredhaan hati

Aku tak sempurna
Aku juga banyak dosa
Stiap hari aku fikirkan apa yang akan aku terima
Bila tiba harinya kelak
Aku cuba untuk menjadi diri aku
Walau aku tergelincir jauh dibelakang
Tapi aku cuba
Semoga dalam kelemahan aku ini
Kelemahan orang-orang yang aku sayangi
Akan dibantu oleh-Nya
Amin....amin...amin










Cerita tentang TECIK - my cat

Assalamualaikum. 28 Dec / 23.05pm / Tecik Ingat lagi kali pertama Allah temukan aku dgn tecik, kat pasar borong pandan, masa aku tgh ba...