Thursday, 20 September 2012

Arwah Yasmin J Hunwick

Assalam & Selamat Sejahtera,


Hari ni saya terpanggil kembali untuk menceritakan tentang seseorang yang tiada lagi di dunia ini, tentang seseorang yang saya pernah kongsikan tentang kematiannya yang agak tragik kepada semua orang....sehingga sekarang ianya menjadi perbualan kebanyakkan orang...ada yang menerima segala ceritanya dengan baik sekali dan menjadikan ia sebagai tauladan..alhamdulillah....namun ada juga yang memandang negative tentang arwah..masyaAllah....

Arwah di labelkan sebagai seorang yang liar, suka keluar malam dan mcm2 lagi cerita2 negative yang diberi kepada arwah...sedangkan hakikat yang sebenar orang yang bercerita itu sendiri tidak mengenali arwah secara dekat, tidak tahu bagaimana arwah sebenarnya semasa hayatnya...mereka  yang bercerita hanya membuat tanggapan sendiri HANYA dengan membaca cerita2 tentang kematian arwah...kesian nyer orang2 yang hidupnya begini...memandang negative hanya berpandukan dari apa yang di baca tanpa ketahui cerita sebenar...

Bila kite ingin berprasangka buruk kepada seseorang, lagi2 bila seseorang itu telah tiada, bukankah ia sesuatu yang tidak disukai oleh Allah? Tidak kah kite menerima ketentuan Allah bahawa arwah telah ditakdirkan arwah meninggal dgn cara sebegitu? malahan memberi tuduhan yang bukan2..ya Allah, jauhilah diriku dari bersikap begini....fikirkanlah perasaan family arwah bila melihat tuduhan buruk telah di lemparkan kepada anak mereka..lagi2 if cerita itu TIDAK BENAR....pasti ianya sangat menyedihkan...marilah sama2 kite fikirkan dan selam apa yang kite rasa if kite kehilangan seseorang yang kite sayang??dan apa perasaan kite if orang berprasangka buruk pada family kite yang telah tiada??kalau tak suka lebih baik kite diam dari menyinggung perasaan keluarga arwah dan mereka yang bersimpati, marilah sama2 sedekahkan al fatihah kepada arwah dan jua kepada 2 rakannya yang sama-sama terlibat dalam kemalangan tersebut.

Ini adalah kata2 bapa arwah yang telah meninggalkan komen dalam blog aqilah, sangat menyentuh hati ,


"Saya Johan E Abdullah @ Johan Peter Hunwick (ayah kepada Arwah Yasmin Johan). Saya amat berterima kasih and so touched atas usaha Saudari membuat komen terhadap arwah anak saya. Saya juga amat bersyukur kepada illahi dan jutaan terima kasih atas doa semua muslimin & muslimat kpd arwah anak saya....only Allah s.w.t. balas kebaikan saudara saudari sekelian Nothing more sad for a father then bathing, assist in "kafan", solat jemmaah, usung jenazah cintaku, holding my beloved daughter with my two bare hands and placing her in liang lahad and finally listening to the Talqin.....the list goes on...but i am extremely grateful to Allah that the funeral went on very smoothly as any father could ask for and that i was actively involved.... Alhamdulillah diberi kekuatan olehNya.

In Allah we trust and we must redha atas ketentuanNya. As a muslim we must submit in totality to Allah and without any doubt that Allah lebih mengetahui atas segalanya.

My selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w and i will always berdoa you my anak manja - Yasmin Johan. "

 

ketahuilah bahawa kehilangan orang yang kita sayang adalah sesuatu perkara yang sangat payah untuk diterima, namun sapalah kita untuk menidakkan takdir Ilahi, kite hendaklah menerima bahawa apa yang kite ada hanyalah pinjaman sementara. Yang pergi pastinya tidak akan kembali. Kite yang tinggal ni, sedekahkanlah al Fatihah kepada yang tiada, semoga apabila kite tiada nanti, orang lain juga akan sedekahkan alfatihah untuk kite di alam sana...amin.....

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

3 June 2012 11am

ketika dalam penggal ke2 cuti persekolahan , arwah yasmin ke sekolah untuk discussion bersama kawan2 karibnya dalam pukul 11 dia dan kawannya pulang ke rumah kawan rapatnya (F) Sebelum sampai ke rumah (F).kwn rapat nya tersebut merasakan sesuatu yg tak kena dgn cara arwah berjalan. (F) tanya kenapa, dia jawab tak ada apa2. Dirumah (F) arwah nampak penat dan tidor nyenyak. Sebelum tu dia sempat lihat gambar mereka berdua dan dia pegang seperti raut gambar didinding dengan pandangan yang sayu ...kejadian ni berlaku semasa arwah  menunggu aunty saz datang mengambil nya..


Manakala aunty saz ketika tu berjumpa dgn kawan lama beliau, menyebabkan aunty saz tidak dapat mengambil arwah disekolah. arwah sering menumpang dirumah (F) jika ada tusyen atau lewat aunty ambik. sebelum aunty saz ambik arwah dirumah (F) aunty saz menemani kawan sekolah aunty saz shopping di kedai duty free di Kuah (bandar). kawan aunty saz meminta aunty saz pilihkan untuk dia (kawan aunty saz) dia kata dia nak beli kain batik lepas 3 helai. Aunty saz pilih untuk dia dan mangatakan '' senang kena ada batik lepas kat rumah, kot-kot ada org meninggal '' .. Waktu shopping tu dalam pukul 2-3 petang. lagi pun aunty saz janji ambik arwah dirumah (F) pukul 3 petang
 

3pm
selesai bertemu dgn rakan aunty saz..aunty saz menjemput arwah di rumah (F) dan membawa dia balik kerumah terus, masa tersebut beliau melihat mata arwah dah merah macam baru lepas nangis. Tapi aunty saz tidak mahu bertanya. Bila balik ke rumah arwah terus senyap, Bibik indonesia aunty saz kata arwah minum air teguk macam org terlalu haus, bibik pun heran, arwah tak pernah buat macam tu. Selepas dia minum air, dia terus ke bilik dan bersama laptopnya.

6.30pm

arwah ada kelas piano pukul 6.30 pm, dia pergi sendiri kereta. Arwah pass lesen kereta dah bulan May.(die excted sbb pass)''Dia kata buat sesuatu dia mesti boleh deliver''...Mungkin tuhan nak kasi dia satisfied before dia meninggal. Dia sempat bawa kereta ke sekolah bersama adiknya Muiz. Tapi Muiz kata, dia bawa kereta pun tak berasa selesa. Ya la kan, bila nak meninggal, kaki kita jadi lemah. Driving kan perlu kaki untuk bergerak

Malam

Malam tersebut pun ibu arwah serba tak kena.. resah sahaja.. papa arwah mengemas bilik arwah, pecah gelas ditangan... bila ditegur papanya arwah terus keluar, arwah tak pernah buat mcm tu.. kata org2 tua 'AJal Dah Memanggil' ...bila arwah keluar rumah, aunty saz dah terbayang tempat yg accident tu... tempat tersebut mmg byk org accident dan tak pernah org survive..
Jgn salah sangka arwah tidak baling gelas tersebut.. arwah tersinggung alat2 mekap dia sebelum dia keluar dan alat2 mekap terus jatuh berderai. Tidak tahu kenapa arwah tak nak share blik dgn Ayesha adik dia, selalunya dia ok.. tapi hari tu berlainan sikit.selama ni dia sayang adik dia..


11pm

Bila arwah keluar lari dari taman rumah aunty saz ., arwah berjumpa dgn kawannya iaitu, Arwah Nur Hazwani masa Hazwani beli burger di taman sebelah. Arwah Hazwani hubungi kawan yg ada motor bernama Arwah Nur Ainaa Apiqah. Tujuan mereka naik motor tu untuk menghantar arwah ke rumah (F) Dan tujuan mereka naik motor bertiga ialah sebab bila dah hantar arwah Yasmin, mereka balik berdua, so tak la takut sgt. Kan dah dekat pukul 12.Jalan nak kerumah (F) tu agak sunyi. mungkin ralat sikit sbb tak pakai helmet. Tapi kalau ada helmet pun, tgk cara kematian, mmg tak ada yg boleh survive, masa yg berlaku tu semuanya berlaku sekelip mata, tika itu  juga aunty saz merasa yakin arwah akan balik ke rumah...kerana seperti yang kite ketahui arwah adalah seorang anak yang baik.... dan aunty saz tertidur ketika menanti kepulangan dia. ...


11.50pm

Aunty saz tiba2 tersedar terus buka mata, mata terus terpandang jam 11.50.... (biasanya seorang ibu akan merasakan sesuatu yang berlaku pada anaknya, begitu juga auntie saz)
Dia meninggal jam 11.50.. Aunty saz merasa yakin dia meninggal masa tersebut kerna jam ditangan dia mati ketika kejadian tersebut .HP dia pecah. Ada org bagi Sim kad dia dekat aunty saz. Tapi sampai sekarang beliau tak pernah buka simkad tu kalau beliau buka, beliau mesti cerita apa yg berlaku. Mesej apa yg ada.aunty saz tak nak buka, sebab takut aunty saz sedih,'' anak aunty saz dah takder, tak ada apa yg aunty boleh ganti ''

Masa aunty saz menerima berita xcident beliau menjerit sehingga 'lemah lutut' , tetapi beliau masih waras, cuma papa arwah terlampau ' sedih '. Aunty saz tidak pergi tgk mayat dihospital sbb aunty saz takut .takut tak kuat menerima kepergiannya..Aunty saz cuma tgu dimasjid untuk mayat dimandikan. Masa tu la aunty saz nampak dia. terakhir.Dimasjid org terlalu ramai sehingga Pak Imam kata " arwah meninggal ni yg paling ramai dan tak pernah di tengok"

Alhamdulillah...Semua saudara mara aunty saz datang dari selangor/kl sempat

jumpa dia.. aunty saz tidak merasa ralat sgt sebab tak da siapa yg terkilan tak

tengok mayat arwah
 
Cerita from blog aqilah..thanks Qila..
 

 
picture bawah tu adalah picture terakhir arwah pada siangnya, malamnya arwah pergi meninggalkan kite semua.
 
 
Al Fatihah for Yasmin Johan

4 comments:

  1. sama2good entry :) terma kasih kerna share juga
    akak:) salam

    ReplyDelete
  2. Semoga arwah tenang....amin....

    ReplyDelete
  3. semoga arwah ditempatkan disisi orang2 yang beriman..amin

    ReplyDelete

Thanks frens :D

Cerita tentang TECIK - my cat

Assalamualaikum. 28 Dec / 23.05pm / Tecik Ingat lagi kali pertama Allah temukan aku dgn tecik, kat pasar borong pandan, masa aku tgh ba...