Friday, 14 September 2012

Rumah kastam dilempar bom petrol

RUMAH KASTAM KENA SERANG, TIMBALAN PENGARAH KASTAM MENINGGAL DUNIA

Johor Bahru: Dua rumah pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Johor dilempar bom petrol dalam dua kejadian berasingan di Taman Pulai Perdana di sini dan Nusajaya, pada waktu hampir sama kira-kira jam 4 pagi semalam.

Dalam kejadian pertama, Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Pengurusan Pematuhan negeri, Ahmad Hassan, 54 mati akibat serangan jantung, sejurus mengalihkan keretanya daripada terbakar dalam serangan bom petrol di kuarters KDRM di Jalan Biru, Taman Pelangi, di sini.

Mangsa yang belum berkahwin disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Sultanah Aminah (HSA) kira-kira jam 4.30 pagi.

Cuba selamatkan kereta

Ahmad yang sudah berkhidmat kira-kira 30 tahun, sebelum itu bergegas mengeluarkan keretanya selepas menyedari rumah bersebelahan yang didiami dua pegawai penguat kuasa kastam, terbakar bahagian depan dan bumbungnya dipercayai dilempar bom petrol. Sebuah PROTON Savvy di depan rumah jirannya itu turut musnah.

Dua pegawai penguat kuasa yang ada di rumah berkenaan terselamat.

Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan/Pematuhan) KDRM, Datuk Matrang Suhaili, berkata sejurus mengalihkan kenderaannya ke lokasi selamat, Ahmad tiba-tiba rebah di tepi keretanya.

Rakan serumahnya mengejarkan mangsa ke HSA, tetapi disahkan meninggal dunia. Jenazah Ahmad dihantar ke kampungnya di Kuala Terengganu untuk dikebumikan selepas selesai bedah siasat, katanya.

Dalam kejadian kedua, di Nusajaya; empat ahli keluarga seorang pegawai penguat kuasa KDRM menempuh detik cemas apabila rumah mereka dekat Taman Pulai Perdana di sini, dilempar bom petrol.

Mangsa hidu bau petrol

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad, berkata kejadian kejadian disedari mangsa yang terjaga dari tidur apabila terhidu bau petrol sebelum mendapati bahagian depan rumahnya terbakar akibat dilempar bom petrol oleh individu tidak dikenali.

Empat beranak itu bernasib baik kerana kejadian itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kerosakan serius pada kediamannya, katanya ketika dihubungi semalam.

Polis percaya serangan itu dilakukan tiga atau empat individu yang ingin membuat khianat terhadap mangsa dan keluarganya.

Sementara itu, di KUALALUMPUR; Ketua Pengarah KDRM, Datuk Khazali Ahmad percaya dua serangan bom petrol itu bermotifkan rasa tidak hati terhadap tindakan penguatkuasaan pegawai dan anggotanya di Johor.

KDRM Johor sejak kebelakangan menjalankan operasi besar-besaran dalam mengekang kegiatan penyeludupan di negeri itu. Ini mungkin mengundang kemarahan di kalangan pihak tertentu di sana.

Kita percaya dua serangan bom petrol ini bermotifkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan. Ini bagi saya satu bentuk ancaman bertujuan menakut-nakutkan pegawai dan anggota saya, katanya ketika dihubungi malam tadi.

Berita Harian 13 Sep 2012


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JOHOR BAHRU - Kediaman dua tingkat kuarters dua tingkat berkembar Kastam Diraja Malaysia Johor di Jalan Biru 2, Taman Pelangi di sini, musnah sebahagian dalam kejadian kebakaran, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Timbalan Pengarah Kastam Negeri Bahagian Pematuhan, Ahmad Hassan, Ahmad Hassan yang tinggal di kuarters bersebelahan meninggal dunia di luar kediaman dipercayai kerana mati mengejut, ketika cuba menyelamatkan diri.

Dalam kejadian jam kira-kira 4 pagi itu, bahagian depan rumah terbakar manakala sebuah kereta milik pegawai penguasa jabatan rosak teruk dijilat api dipercayai akibat perbuatan khianat.

Menurut sumber, kebakaran itu berpunca daripada perbuatan khianat kumpulan sindiket yang didakwa melontarkan bom petrol di hadapan pintu kediaman terbabit selepas gagal membuat rundingan bersama pegawai penguasa.

Akibat daripada kebakaran itu, sebuah kereta musnah manakala bahagian depan rumah dijilat api, diikuti asap tebal memasuki kediaman sehingga menyukarkan dua pegawai menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, kehadiran bomba membolehkan salah seorang daripada dua pegawai terbabit menyelamatkan diri dan seorang lagi berjaya diselamatkan ketika usaha memadamkan api dilakukan.

Ketua Bomba dan Penyelamat Malaysia Johor Bahru, M Vijayan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 4.11 pagi sebelum sebuah jentera berserta tujuh anggota bersama pegawai tiba di lokasi sepuluh minit kemudian.

"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.35 pagi dan bomba menamatkan operasi sekitar jam 5 pagi. Siasatan awal mendapati kebakaran bermula dari kereta, kemudian marak ke bahagian depan kediaman dengan membakar struktur kayu pada rumah ini diikuti asap tebal mula memenuhi ruang dalaman.

"Ketika kejadian, ada dua pegawai di dalam rumah. Seorang daripadanya bertindak menyelamatkan diri sebaik sahaja kami tiba, manakala seorang lagi terperangkap tetapi berjaya diselamatkan. Keseluruhan bomba berjaya memadamkan api daripada terus marak," katanya.

Vijayan berkata, siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian masih dijalankan oleh pihaknya, namun terdapat maklumat memberitahu kejadian disebabkan tindakan khianat.

"Tentang perbuatan khianat ini, bomba belum dapat pastikan dan ia cuma maklumat hasil daripada siasatan awal sahaja," katanya.

Sinar Harian 13 Sep 2012


isk....isk..apa laaa nak jadi sekarang ni..sesuka hati nak buat ape jerk...tanpa memikirkan keselamatan org...

No comments:

Post a Comment

Thanks frens :D

Cerita tentang TECIK - my cat

Assalamualaikum. 28 Dec / 23.05pm / Tecik Ingat lagi kali pertama Allah temukan aku dgn tecik, kat pasar borong pandan, masa aku tgh ba...