Satu waktu dulu
Bila aku diberitahu doctor
Yang aku menghidapi satu penyakit kronik
Penyakit yang akan aku hadapi seumur hidup
Perasaan aku sangat kosong
Tidak rasa kecewa
Ini dugaan aku
Setiap hari bila aku surf Internet
Aku tak lepas mencari dan mencari
Mencari apakah sbnrnya penyakit ini
Dan melalui apa yg telah aku temukan
Yesss, mmg benar penyakit ini berbahaya
Dugaan aku
Apa reaksi aku?
Pada mulanya aku rasa sangat keliru
Kenapakah ia datang secara tiba-tiba?
Sedangkan aku sihat je before ni
Hahahaha..ceteknya iman didada aku
Itulah namanya kehendak Allah
Kun fayakun , maka jadilah
Dan apa yang ada pada aku bukanlah hak milik aku
Setiap hari tahap kesihatan aku
Makin lama semakin terjejas
Dan doctor pula telah membekalkan aku
Pelbagai jenis ubatan & adakalanya tak mampu utk aku telan
Kesan dari Itu,
Aku menghadapi kenaikkan berat badan yg mendadak
Sehingga membuka mulut orang disekeliling aku
Untuk bertanya kan tentang itu
Ini juga dugaan utk aku
Dari hari ke hari
Satu persatu kesakitan berpunca dari penyakit itu
Membuat banyak perubahan pd aku
Sangat memberi kesan dalam kehidupan seharian aku
Aku semakin kuatkan diri
Disamping ada seorang suami disisi yg sntiasa menemani
Kawan yang tak putus memberi semangat
Hanya Allah mampu membalas setiap kebaikkan
Aku yakinkan diri aku bahawa setiap penyakit ada penawar & ubatnya
Kecuali MATI
Apa yang doctor katakan hanyalah dari ilmunya
Tapi sesungguhnya ilmu Allah lagi tinggi
Yang tak mampu disangkalkan lagi
Jika ia menginginkan sesuatu
Maka jadilah.
Dari dugaan Allah ni
Ada banyak hikmah yang aku perolehi
Segala penawar penyakit Itu terkandung di dalam Al QURAN
Demi Allah, bila aku mengamalkan diri membaca Kitab suci ini
Allah memberi keizinan dengan mengurangkan rasa beban kesakitan ini
Subhanallah..
Besarnya mukjizat Allah
Setiap hari aku semakin faham dengan kejadian alam
Aku semakin faham dari mana kite datang
Aku semakin faham apa tujuan kite diciptakan
Aku semakin faham ada banyak lagi ciptaan Allah selain manusia
Dan sekarang aku jua akui
Setiap dugaan yang Allah berikan pada aku
Ada kebaikkannya untuk aku
Dan juga orang-orang di sekeliling aku
Di waktu ini
Di saat ini
Aku sedang menerima setiap dugaan yg Allah berikan
Dan aku sangat yakin dalam hati
Apa yang Allah berikan ini
Adalah yang terbaik untuk aku
Bersangka baiklah dengan Allah
Kerana DIA lah Maha mengetahui setiap terjadinya sesuatu
Sesungguhnya Allah Itu Maha pengasih & Penyayang
Aku sangat bertuah kerana menjadi pilihan dalam menerima dugaan ini
Sekurang-kurangnya aku telah diberi peringatan
Alhamdulillah Alhamdulillah alhamdulillah
Aku hanya bercerita mengikut apa yang aku rasa. Aku bukan penulis yang bisa menenangkan jiwa.
Sunday, 10 February 2013
Friday, 8 February 2013
Bersikap adil utk diri & orang lain
Mana satu pilihan yang diambil
Samada ingin berkata benar
Tapi menyakitkan
Atau
Tidak bercakap benar
Untuk menjaga hati teman,rakan dan orang di sekeliling kita
Adakah itu tindakan tidak menyakitkan perasaan mereka?
Semua ada pandangan sendiri
Sebab akal fikiran yang dikurniakan
Bertuah kan manusia dianugerahkan Allah sesuatu tak terhingga
Inilah yang membezakan manusia & haiwan
Tapi sayang...
Kite sering melakukan sesuatu
Yang sama taraf seperti binatang
ah....kasarkah bila aku kata begini?
Bukankah itu reality
Namun tak semua dari kite bersikap sebegini
Masih ada berhati mulia
Alhamdulillah
Berbalik pada persoalan tadi
Mana satu tindakan yang baik?
Berterus terang atau tidak bercakap benar?
Bagi pandangan aku sendiri
Bersikap Jujur itu adalah pilihan terbaik
walau kadangkala perkara itu menyakitkan
Aku yakin kite mampu terima kejujuran
Tapi
Bila kite tak bercakap benar
Atau kite menipu
Dengan alasan utk menjaga hati
Kesannya akan datang lebih buruk
Bila diketahui kebenarannya
Dari situ....
Timbulan kurang percaya antara kite
Dalam hidup utk berlaku jujur
Terlalu sukar utk kite lakukan
Kite terlalu memikirkan utk menjaga hati
Sedangkan dalam sedar tak sedar
Kite juga telah menyakiti hati.
Samada ingin berkata benar
Tapi menyakitkan
Atau
Tidak bercakap benar
Untuk menjaga hati teman,rakan dan orang di sekeliling kita
Adakah itu tindakan tidak menyakitkan perasaan mereka?
Semua ada pandangan sendiri
Sebab akal fikiran yang dikurniakan
Bertuah kan manusia dianugerahkan Allah sesuatu tak terhingga
Inilah yang membezakan manusia & haiwan
Tapi sayang...
Kite sering melakukan sesuatu
Yang sama taraf seperti binatang
ah....kasarkah bila aku kata begini?
Bukankah itu reality
Namun tak semua dari kite bersikap sebegini
Masih ada berhati mulia
Alhamdulillah
Berbalik pada persoalan tadi
Mana satu tindakan yang baik?
Berterus terang atau tidak bercakap benar?
Bagi pandangan aku sendiri
Bersikap Jujur itu adalah pilihan terbaik
walau kadangkala perkara itu menyakitkan
Aku yakin kite mampu terima kejujuran
Tapi
Bila kite tak bercakap benar
Atau kite menipu
Dengan alasan utk menjaga hati
Kesannya akan datang lebih buruk
Bila diketahui kebenarannya
Dari situ....
Timbulan kurang percaya antara kite
Dalam hidup utk berlaku jujur
Terlalu sukar utk kite lakukan
Kite terlalu memikirkan utk menjaga hati
Sedangkan dalam sedar tak sedar
Kite juga telah menyakiti hati.
Thursday, 7 February 2013
Mimpi yang panjang
Hidup ini terlalu indah untuk aku kotori
Berpaling kebelakang
Sesuatu yg tak mungkin akan jadi
Lumrah manusia seperti aku
Hari ini bila kite jatuh sendiri
Kite tersedar dari mimpi
Itu hanya seketika, aku pasti
Esok-esok utamakan duniawi
Emmmm...siapa sebenarnya yang kejam pada diri?
Duniakah?
orang lainkah?
Atau diri kite sendiri??
Hahahaha..tiba-tiba aku tersenyum sendiri
Manusia manakah yang suci
Yang sentiasa mampu melihat keburukkan sendiri?
Jari satu sentiasa menunding
Tapi sayangnya tak pernah sedar
Jari yang empat lagi menuju diri sendiri
Cuba kongsi cerita
Aku mahu tahu
Siapakah yang selalu puas dengan apa yg dia ada?
Jangan sekali kau berdusta
Allah tahu segala
Kadangkala mulut lancar berbicara
Redha, ikhlas, syukur
Sampaikah pada hati kite?
Sukar diungkap
kerana kite sendiri susah nak pasti
Dimanakah tahap keredhaan hati
Aku tak sempurna
Aku juga banyak dosa
Stiap hari aku fikirkan apa yang akan aku terima
Bila tiba harinya kelak
Aku cuba untuk menjadi diri aku
Walau aku tergelincir jauh dibelakang
Tapi aku cuba
Semoga dalam kelemahan aku ini
Kelemahan orang-orang yang aku sayangi
Akan dibantu oleh-Nya
Amin....amin...amin
Berpaling kebelakang
Sesuatu yg tak mungkin akan jadi
Lumrah manusia seperti aku
Hari ini bila kite jatuh sendiri
Kite tersedar dari mimpi
Itu hanya seketika, aku pasti
Esok-esok utamakan duniawi
Emmmm...siapa sebenarnya yang kejam pada diri?
Duniakah?
orang lainkah?
Atau diri kite sendiri??
Hahahaha..tiba-tiba aku tersenyum sendiri
Manusia manakah yang suci
Yang sentiasa mampu melihat keburukkan sendiri?
Jari satu sentiasa menunding
Tapi sayangnya tak pernah sedar
Jari yang empat lagi menuju diri sendiri
Cuba kongsi cerita
Aku mahu tahu
Siapakah yang selalu puas dengan apa yg dia ada?
Jangan sekali kau berdusta
Allah tahu segala
Kadangkala mulut lancar berbicara
Redha, ikhlas, syukur
Sampaikah pada hati kite?
Sukar diungkap
kerana kite sendiri susah nak pasti
Dimanakah tahap keredhaan hati
Aku tak sempurna
Aku juga banyak dosa
Stiap hari aku fikirkan apa yang akan aku terima
Bila tiba harinya kelak
Aku cuba untuk menjadi diri aku
Walau aku tergelincir jauh dibelakang
Tapi aku cuba
Semoga dalam kelemahan aku ini
Kelemahan orang-orang yang aku sayangi
Akan dibantu oleh-Nya
Amin....amin...amin
Wednesday, 30 January 2013
Bila diri diduga
Kemana aku pergi
Sering diutarakan soalan yg sama
Kadangkala tak mampu membalas setiap kata
Perubahan diri sering dipersoalkan mengapa
Hati bahagia mungkin Itu jawapan terbaik sebaiknya
Aku sendiri tak menyangka
Namun kuasa Allah mengatasi segala
Siapa aku untuk menidakkan segala
Setiap yang datang aku harus terima
Setidak-tidaknya aku diberi peringatan
Apa yang Ada bukan hak aku selamanya
Kesabaran itu yang perlu diutama
Iman perlu tebal didada
Bagi menghindar prasangka pada yang Maha Esa
Kadangkala aku tersungkur aku kecewa
Kadangkala aku terleka dgn reality sbnarnya
Kadangkala aku mengenang nasib yg hiba
Tp bila pk balik semua tu untuk ape??
Bukankah setiap sesuatu yg Allah turunkan
Ada Sebab Dan hikmahnya?
Jadi mengapa aku harus berduka cita?
Biar kan saja ape orang nak kata
Setelah berbulan menghadapi dugaan ini
Pahit maung perit jerih dihadapi
Hati masih berdiri teguh terhadap takdir ilahi
Susah senang bersama di lalui
Manisnya nikmat Allah pinjamkan
Ketika aku diberi dugaan
Dikirimkan aku seorang teman yang baik hati
Yng tak jemu memberi sokongan diri
Alhamdulillah Indahnya tak terperi
Pelbagai usaha di lakukan
Cabaran amat berat untuk diri
Mempelajari erti redha
Mempelajari erti ikhlas menerima
Mendalami Kekuasaan ilahi
Walau berat dugaan Demi dugaan menanti
Aku harus cekal
Tika aku meninggalkan coretan di alam cyber
Alhamdulillah sedikit Demi sedikit perubahan aku terima
Sentiasa menadah tangan memohon bantuan
Dari Maha Pencipta
Adakala aku terlena
Namun aku dibangunkan dari lena
Ya Allah bersyukurnya aku
Tahap mana penyembuhan yang di beri pada aku
Aku terima dengan hati terbuka
Apa yang aku miliki bukan hak milik aku selamanya
Terima kasih Allah
Tuhan pemilik alam semesta
Cetusan hati
Sering diutarakan soalan yg sama
Kadangkala tak mampu membalas setiap kata
Perubahan diri sering dipersoalkan mengapa
Hati bahagia mungkin Itu jawapan terbaik sebaiknya
Aku sendiri tak menyangka
Namun kuasa Allah mengatasi segala
Siapa aku untuk menidakkan segala
Setiap yang datang aku harus terima
Setidak-tidaknya aku diberi peringatan
Apa yang Ada bukan hak aku selamanya
Kesabaran itu yang perlu diutama
Iman perlu tebal didada
Bagi menghindar prasangka pada yang Maha Esa
Kadangkala aku tersungkur aku kecewa
Kadangkala aku terleka dgn reality sbnarnya
Kadangkala aku mengenang nasib yg hiba
Tp bila pk balik semua tu untuk ape??
Bukankah setiap sesuatu yg Allah turunkan
Ada Sebab Dan hikmahnya?
Jadi mengapa aku harus berduka cita?
Biar kan saja ape orang nak kata
Setelah berbulan menghadapi dugaan ini
Pahit maung perit jerih dihadapi
Hati masih berdiri teguh terhadap takdir ilahi
Susah senang bersama di lalui
Manisnya nikmat Allah pinjamkan
Ketika aku diberi dugaan
Dikirimkan aku seorang teman yang baik hati
Yng tak jemu memberi sokongan diri
Alhamdulillah Indahnya tak terperi
Pelbagai usaha di lakukan
Cabaran amat berat untuk diri
Mempelajari erti redha
Mempelajari erti ikhlas menerima
Mendalami Kekuasaan ilahi
Walau berat dugaan Demi dugaan menanti
Aku harus cekal
Tika aku meninggalkan coretan di alam cyber
Alhamdulillah sedikit Demi sedikit perubahan aku terima
Sentiasa menadah tangan memohon bantuan
Dari Maha Pencipta
Adakala aku terlena
Namun aku dibangunkan dari lena
Ya Allah bersyukurnya aku
Tahap mana penyembuhan yang di beri pada aku
Aku terima dengan hati terbuka
Apa yang aku miliki bukan hak milik aku selamanya
Terima kasih Allah
Tuhan pemilik alam semesta
Cetusan hati
Friday, 25 January 2013
Aku sayangkan Malaysia
Hurmmm
sekarang ni tak rasa aman
kat mana-mana ada pergaduhan
Manakah perpaduan??
Ah...knp mudah di pergunakan?
Sekali imbas ternyata kelihatan
Butakah penglihatan?
Nak kata kurang pandai
Allah dah kurniakan akal fikiran
Jadi..knp tak di pergunakan?
Mengapa yang Islam tak abis-abis nak berantakan?
Salahkah bersatu?
Mempertahankan tanah melayu
Jangan biarkan islam tenggelam
Bersama ketidak cerdik akal fikiran
Bersatu dengan org bukan islam
Itu bukan tindakan bijak
Nampak sngat dah terdesak nak kuasa
Hingga sanggup buat apa je
ah......
Sian rakyat yang tulus menyokong
Hakikat sebenar........
Mereka dipergunakan....
Dan mereka tak sedar....
Maaf,
Maaf,
Maaf,
Aku pun mmg nak islam membangun
Tapi bukan ini caranya
If aku tak diberi pilihan pun
Tak mungkin aku nak menyokong pemerintahan kafir
TAK MUNGKIN!
Kau tak akan mengerti
Bila mereka menguasai
Sekarang ni pun aku boleh lihat
Agama kite sesuka hati nak persenda
itu pun masih buta??
Kalimah Allah sesuka hati mereka nak letak dalam bible
wey....tak kan nak diam je!
If mereka menggunakan nama Allah dalam menyebarkan agama kite
Mana letak ISLAM ni????
serious aku sedih.......
Rakyat Malaysia masih beruntung
Mahukah kite menjadi seperti negara lain?
Turki,Perancis dll
Di mana Islam itu tidak di hormati???
Mahukah???
Marilah sama-sama kite berdoa
Semoga negara kite sentiasa aman
Semoga Islam kite bersatu
Semoga pemimpin sekarang adil, saksama
Dan memperjuangkan ISLAM itu yang utama.
Mengikut landasan yang betul
DOA!DOA!DOA!
Mengharapkan perubahan diri seorang
Agar yang buruk ditinggalkan
Ya Allah...indahnyaaa......
Andai semua umat islam dapat berfikiran begini
Itulah sebaik-baiknya kehidupan islam
Bukan mendoakan kecelakaan
Ah...apalah ada pada suara aku.........
Tapi aku sangat harapkan keamanan....Ya Allah....
Ya...Rasululluah......bantulah umatmu....
sekarang ni tak rasa aman
kat mana-mana ada pergaduhan
Manakah perpaduan??
Ah...knp mudah di pergunakan?
Sekali imbas ternyata kelihatan
Butakah penglihatan?
Nak kata kurang pandai
Allah dah kurniakan akal fikiran
Jadi..knp tak di pergunakan?
Mengapa yang Islam tak abis-abis nak berantakan?
Salahkah bersatu?
Mempertahankan tanah melayu
Jangan biarkan islam tenggelam
Bersama ketidak cerdik akal fikiran
Bersatu dengan org bukan islam
Itu bukan tindakan bijak
Nampak sngat dah terdesak nak kuasa
Hingga sanggup buat apa je
ah......
Sian rakyat yang tulus menyokong
Hakikat sebenar........
Mereka dipergunakan....
Dan mereka tak sedar....
Maaf,
Maaf,
Maaf,
Aku pun mmg nak islam membangun
Tapi bukan ini caranya
If aku tak diberi pilihan pun
Tak mungkin aku nak menyokong pemerintahan kafir
TAK MUNGKIN!
Kau tak akan mengerti
Bila mereka menguasai
Sekarang ni pun aku boleh lihat
Agama kite sesuka hati nak persenda
itu pun masih buta??
Kalimah Allah sesuka hati mereka nak letak dalam bible
wey....tak kan nak diam je!
If mereka menggunakan nama Allah dalam menyebarkan agama kite
Mana letak ISLAM ni????
serious aku sedih.......
Rakyat Malaysia masih beruntung
Mahukah kite menjadi seperti negara lain?
Turki,Perancis dll
Di mana Islam itu tidak di hormati???
Mahukah???
Marilah sama-sama kite berdoa
Semoga negara kite sentiasa aman
Semoga Islam kite bersatu
Semoga pemimpin sekarang adil, saksama
Dan memperjuangkan ISLAM itu yang utama.
Mengikut landasan yang betul
DOA!DOA!DOA!
Mengharapkan perubahan diri seorang
Agar yang buruk ditinggalkan
Ya Allah...indahnyaaa......
Andai semua umat islam dapat berfikiran begini
Itulah sebaik-baiknya kehidupan islam
Bukan mendoakan kecelakaan
Ah...apalah ada pada suara aku.........
Tapi aku sangat harapkan keamanan....Ya Allah....
Ya...Rasululluah......bantulah umatmu....
Thursday, 24 January 2013
Mari kite sama-sama mengingati Khutbah terakhir Rasulullah
Satu peristiwa penting bulan Zulhijjah yang sering kita terlupa ialah bahawa Rasulullah S.A.W telah menyampaikan amanat terakhir kepada umat Islam. Khutbah terakhir ini disampaikan baginda pada 9 Zulhijjah Tahun Ke 10 Hijrah Di Lembah Uranah,Arafah. Justeru, marilah kita renungi khutbah tersebut yang merupakan khutbah terakhir Rasulullah S.A.W.
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu selepas ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikan ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu menyakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba adalah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya kepada perkara-perkara kecil.
Wahai mausia, sebagaimana kamu mempunyai hak terhadap isteri kamu mereka juga mempunyai hak terhadap kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka terhadap kamu maka mereka juga berhak diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, beremah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu terhadap
mereka ialah mereka sama sekali tidak memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ‘ibadah haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslimin adalah saudara kepada muslimin yang lain. Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lain kecuali taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan terhadap segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar daripada landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua
perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah,bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba-Mu".
Tuesday, 15 January 2013
Imbau kembali tuntutan AMBIGA
Ya Allah, selamatkanlah agama kami , lindungilah kami dari segala kekufuran, matikanlah kami dalam Islam.
------------------------------------------------------------
TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC 1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam. 2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang. 3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil. 4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam. 5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang. 6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak. 7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya. 8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. 9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya. 10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka. 11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah. 12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing. 13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam. 14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah. Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC.Maruah Melayu Islam di bawah tapak kaki si Hindu Ambiga! |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Cerita tentang TECIK - my cat
Assalamualaikum. 28 Dec / 23.05pm / Tecik Ingat lagi kali pertama Allah temukan aku dgn tecik, kat pasar borong pandan, masa aku tgh ba...
-
Semalam sy berborak-borak dengan kak saz (mak kepada arwah yasmin), saya juga dapat mengenali kak saz dengan lebih dekat lagi, sy sangat r...
-
Assalamualaikum. 28 Dec / 23.05pm / Tecik Ingat lagi kali pertama Allah temukan aku dgn tecik, kat pasar borong pandan, masa aku tgh ba...
-
Assalammualaikum... Mulat. Entry ni sebenanrnya dah lama ada dalam draft, cuma aku tak publish . Waktu tu aku masih beremosi bila aku ...