Sebuah hadith mauquf* dari Aisyah RadhiAllahu anha,
"Sesiapa yang mencari keredhaan Allah menyebabkan manusia lain marah kepadanya, Allah akan terus redha kepadanya dan menjadikan hati-hati orang lain juga redha kepadanya.
Sesiapa yang mencari keredhaan manusia, menyebabkan Allah murka kepadanya, Allah akan terus murka kepadanya, dan menjadikan manusia lain benci kepadanya."
Hadith sahih Ibn Hibban (Kitab al-Bir wa al-Ihsan, no. 276)
rujuk juga Kitab al-Ilal, no. Masalah 1800, halaman 1247 mengenai sanad hadith mauquf tersebut.
Apabila melihat kemungkaran yang dilakukan oleh rakan-rakan terdekat kita, seringkali kita (termasuk diri saya sendiri) akan berfikir dua, tiga kali sama ada ingin menegur mereka ataupun tidak.
Kita sering akan memikirkan bagaimana penerimaan rakan tersebut apabila ditegur. Adakah rakan kita itu boleh menerima teguran kita? Tidakkah dia akan marah dan kemungkinan tidak akan berkawan dengan kita lagi?
Persoalan itu kerap bermain di fikiran. Kita lebih takutkan kemarahan rakan (manusia) berbanding dengan kemurkaan Allah. Sedangkan kita tahu, Allah sentiasa ada bersama kita.
Jika kawan kita itu tadi memarahi kita, kita masih punyai Allah. InsyaAllah, suatu saat Allah pasti memberikan hidayah kepada kawan tersebut dan semoga dia akan menyesali perbuatannya memarahi sesiapa yang menegurnya.
Hadith Abu Said Radhiallahu anh:
Diriwayatkan daripada Tariq bin Syihab r.a katanya:
Orang pertama yang berkhutbah pada Hari Raya sebelum sembahyang Hari Raya didirikan ialah Marwan.
Seorang lelaki berdiri lalu berkata kepadanya: Sembahyang Hari Raya hendaklah dilakukan sebelum membaca khutbah.
Marwan menjawab: Sesungguhnya kamu telah meninggalkan apa yang ada di sana.
Kemudian Abu Said berkata: Orang ini benar-benar telah membatalkan apa yang menjadi ketentuan kepadanya sedangkan beliau pernah mendengar Rasulullah Sallahu ‘alayhi wasallam bersabda:
“Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.”
No comments:
Post a Comment
Thanks frens :D