Tuesday, 16 July 2019

"Kehilangan" kucing kesayangan Mulat, Pocil, Popit

Assalammualaikum...

Mulat.

Entry ni sebenanrnya dah lama ada dalam draft, cuma aku tak publish . Waktu tu aku masih beremosi bila aku ingat tentang Mulat. Mana tak beremosinya, kerana asbab adanya Mulat lah aku start active dan timbulnya rasa kasih sayang yang tebal terhadap haiwan yang lain.

Mulat ni aku bela setelah berbelas-belas tahun aku dah tak bela kucing, itupun orang bagi pada aku..kononnya sebagai hadiah..aku layan mulat ni macam baby..balut dia bila tidur , tidurkan sebelah aku siap berslimut bagai 😂 dalam 2 minggu macam tu, aku kesian kat mulat sebab dia keseorangan tak de kawan..jadi aku tanya pada orang yang bagi aku kucing ni, yang aku nak carikan kawan mulat, dan orang tu bagitahu sebenanrnya mulat ni ada 3 lagi adik beradik lain. 1 ekor ada orang dah ambil..so tinggal 2 ekor..pada mulanya aku just nak ambil sekor je , tapi memikirkan kesian lagi sekor tinggal sorang2..jadi aku decide ambil 2 ekor sekali. Maka aku bagi nama dorang Mulat, Pocil, Popit.

Ni la tiga beradik tu , comel kan ? hihi msa ni umur 1 bulan lebih


Tapi mereka ni semua tinggal kenangan , satu persatu dah tinggalkan aku 😔

Mulat mula-mula yang hilang, mulat tak balik 1 hari..aku risau sangat, malam esoknya mulat balik dalam keadaan lemah sangat, bontot dia penuh najis...jadi aku cuci..tapi lepas tu mulat terus hilang tanpa khabar berita, aku tak tahu lah masih hidup atau dah pergi tinggalkan aku. Mulat ni sepanjang dia ada dengan aku, setiap kali aku balik rumah..dia sentiasa welcome kat aku, tergedik2 terguling2 kat depan pagar. Bila dia tak de, setiap kali aku balik dari mana-mana, aku rasa sunyi dan terbayang-bayang dia depan pintu pagar.

kemudian selepas mulat, Popit pulak tinggalkan aku, masa popit ni agak tragik sikit, popit dia pergi masa dia tengah mengandung. masa tu aku agak noob tentang hal kucing, mungkin popit tak bole nak beranak tu yang buat dia mati, aku memang tak jangka sebab tu kali ke 2 popit nak lahirkan anak. Jadi aku tak fikir akan ada masalah, bila aku tengok popit semakinlemah, aku bergegas nak bawa popit pergi VET, tapi tak sempat....popit pergi dengan tenang. Jujur aku meraung masa tu...aku call akkak aku , aku mennagis sedu-sedu..aku rasa bersalah sebab lambat bawa popit ke VET. hmmm maafkan ami opit. 😞 anak-anak popit semua dah "Pergi" juga, tak de sekor pun yang tinggal.

Finally, Pocil pun tinggalkan aku, Pocil pun pergi masa dia mengandung tapi pocil ni pergi dengan tiba-tiba..mungkin dia sakit tapi aku tak perasan, aku jumpa dia terbaring ket depan rumah dengan keadaan yang lemah , mulut dia bersemut , keadaan dia nazak masa tu. Pocil ni dari kecil memang sangat manja dan rapat dengan aku, sangat rapat, dia kalu nak tidur mesti dia tidur dekat dengan aku. Dari kecil dia ni memang agak istimewa, teletah dia sangat menghiburkan hati. Dia tahu aku tengah sedih, kalau aku mennagis..dia memang akan datang kat peha aku, seolah nak tenangkan aku, aku tulis ni pun bergenang mata aku..aku rindu semua. Tapi setakat tu je Allah izinkan aku bela dia , dalam setahun lebih. Yang ada sekarang hanyalah generasi pocil. Si Mucuk.

Nak kata aku sedih? jangan tanya soalan mcm ni, sebab hanya orang bela kucing je tahu perasaan tu macam mana. Sapa-sapa yang bela kucing, bila kucing dia mati dia tak nangis kan, aku respect gila kat orang tu.

Okaylah, hati aku tak tenang bila start cerita tentang dorang. Rasa sedih pun ada.. Kita jumpa next entry. Daaaaaa ~~~




Si Blackie

Assalamualaikum & Selamat Pagi,

Have a good day everyone 😊

Hari ni aku nak bercerita pasal Blackie, Blackie ni seekor anjing yang kawan aku bela untuk jaga kedai dia, dalam 2 minggu sekali aku melawat si blackie, bagi dia makan and berbual-bual dengan dia. Sampai satu tahap blackie ni dah kenal aku and agak rapat dengan aku.

Persekitaran blackie ni ada juga bulus-bulus yang sedang di rawat, bila aku bagi blackie makan dalam masa yang sama aku ambil kesempatan untuk belai sekali bulus-bulus yang sakit tu, yang kelakarnya bila blackie nampak aku layan bulus-bulus tu , blackie ni akan tunjuk dia jeles , dia akan bising dan protes. sampai pagar yang tempat hadang dia dilanggar-langgar, dia akan keep buat macam tu selagi aku masih pegang bulus-bulus tu.

Jadi nampak tak kat sini, binatang pun ada perasaan... Rasa cemburu, rasa ingin di sayangi dan sebagainya. Macam mana kita boleh kata binatang ni tak de perasaan? Dia pun ada rasa sakit bila di sakiti. Cuba kita letakkan diri kita tempat mereka, bila mana mereka tak mampu buat apa-apa bila mereka di sakiti oleh manusia. Kenapa kita tak tanamkan  dan semaikan rasa kasih sayang kepada makhluk Allah yang lain? mereka juga ada hak di bumi Allah ini.

Jadi selagi kita hidup kat dunia ni, sayangilah sesama makhluk..buatlah kebaikkan selagi kita mampu..asalkan apa yang kita buat itu tidak membawa kesan kepada orang lain. Tak rugi apa pun kan.

Done membebel.


Monday, 15 July 2019

Hasil rawatan kucing kena Sporo

Assalamualaikum & selamat Pagi kawan-kawan,

Have a blessed day!

Hari ini aku nak sharekan hasil dari aku rawat kucing SPORO menggunakan bahan-bahan yang aku share before ni dalam post aku.

Alhamdulillah ,aku bersyukur dengan izin Allah , kucing aku rawat tu dah semakin nampak perubahannya. Semoga Allah izinkan dia untuk sembuh, aku hanya berusaha , selebihnya biarlah Allah tentukan.

Maaf ya, mungkin gambar aku share ni buat sesetengah orang akan merasa geli. Tapi aku share untuk record aku juga.

okay, kalau kita tengok dalam pic ni, Kulat mula menyerang kaki si bulus ni

In Pain, tengok airmuka dia pun kita boleh tahu 😔



After 1 Month rawat


Nampak luka kat area hidung semakin mengecil




Alhamdulillah , kalau tengok after sebulan aku rawat bulus ni, nampak perubahan ketara pada luka-luka dia, segala penat lelah aku selama ni rasa terbalas.

Aku tak tahu nak describe perasaan aku, tapi aku happy sangat-sangat, aku bersyukur Allah ringankan kesakitan bulus tu. Semoga Allah kurnikan kesihatan seperti sediakala pada bulus-bulus yang aku sedang rawat. Ada 4 ekor lagi. 

Doakan ya kawan-kawan.



Thursday, 4 July 2019

Cara aku rawat kucing Sporo

Assalamualaikum,

Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan Allah hendaknya.

Actually aku menulis ni hanya untuk record aku, mana tahu bila aku dah tua nnti aku kurang ingat, jadinya aku bole buka balik and baca kat blog aku ni 😂

Aku malas nak bebel panjang aih..ni ubat dan cara2 aku rawat kucing sporo, cara kita mungkin tak sama.

Pastinya untuk mereka yang bela kucing , pada mulanya mmg tak akan tahu apakah ciri-ciri sporo jika terkena pada kucing kita..sampailah ia akan nampak kudis-kudis yang semakin lama semakin merebak dan membesar. Kebiasaan Kudis sporo akan ada di telinga, hidung kaki dan ekor.

Untuk mereka yg masih belum pasti, first sekali kena bawa VET untuk buat ujian pada kucing kesayangan anda. itu jalan mudah nak tahu bahawa kucing kita tu ada sporo or tak.

Macam kucing aku pada mulanya , dorang akan bersin berpanjangan, kemudian keluar kudis-kudis kecik kat telinga, kemudian kat kaki dan hidung. Yang penting bila dah tahu kucing kita kena sporo, tolong asingkan dari kucing yg lain, bekas makanan pun jangan share dengan yang lain,  Kurung (hati kena kental masa ni), sbb kucing kita akan merayu-rayu minta keluar.

Bila aku tahu kucing aku kena sporo, ubat-ubat biasa aku gunakan aku share kat bawah ni,


 
INOX - RM70

Inox ni kalau nak beli kat farmasi biasanya kena ada surat kebenaran doctor, tapi ada jenis farmasi yang okay je. ubat ni berbentuk kapsul. Aku hanya bg 1/2 kapsul ( ikut saranan doc) samada letak kat wetfood or direct terus masuk mulut kucing tu. kena bagi setiap hari tanpa gagal sehingga kucing sembuh ye.

Himalaya Liv 52 - RM 25

Ubat Liv.52 ni ubat hati , inox tu sebenar ubat manusia untuk bunuh kulat dalam badan, jadi untuk protect hati kucing , kita kena bagi sekali ubat hati ni untuk buang toksin dalam hati. ubat ni berbentuk pill , jadi aku hancurkan dan masukkan dalam makanan kucing sekali. ubat ni tak kisah nak bg makan samada setiap hari atau selang. Ubat ni merupakan suplement, jadinya ia tidak mendatangkan bahaya kepada kucing jika di ambil selalu.

PROGANIC - RM 25

Proganic ni aku gunakan untuk semburan luka luaran, untuk bagi luka cepat kering. Ianya hanya bukan untuk kudis sporo , untuk luka-luka yang lain pun boleh di guna pakai, proganic ni manusia ngan haiwan boleh guna. so amat jimat disini ye.. harga pun pada aku , masih lagi mampu milik..


MULTIVITAMIN RM 12

Selain itu aku juga ada beli multivitamin tambahan, untuk bagi pada kucing aku, aku beli kat HERO PET STATION, dorang dah packing siap-siap.


VIRGIN COCONUT OIL

Kalau ada model lebih sikit , boleh beli Coconut oil ni untuk si bulus, campurkan dengan makanan dia. Kalau aku, aku campurkan dlam ikan yang aku kisarkan. Fungsinya adalah untuk meningkat imun anak bulus kita. Harga dia aku lupa laa berapa aku beli ritu, dalam RM3+.++ macam tu kot.

So ini je ubat-ubatan yang aku guna untuk kucing-kucing yang kena SPORO. Aku hanya berusaha, selainnya aku tawakal pada Allah, Dia yang maha beri kesembuhan..at least kalau kucing tu 'PERGI' sekali pun..aku dah usaha apa aku mampu dari biarkan dia menahan kesakitan.

Suka untuk aku ingatkan ; untuk merawat kucing sporo ni memerlukan kesabaran yang tinggi, kesembuhan kucing itu mengikut antibodi kucing itu sendiri, ada yang makan masa sehingga 3-6 bulan. ada 1 bulan je dah nampak kesannya.. So plss plsss plssss Jangan give up. say no to PTS (put to sleep)


Tuesday, 2 July 2019

Hati tak kuat

Assalamualaikum..

Selamat pagi kawan-kawan.

Dah abis raya ni, jadi rumah terbuka masih on? so dah pi timbang belum tu? hihi

Saja hari ni yang buat entry ringkas tentang hati aku sekarang ni yang sangat tak kuat handle kucing-kucing yang tengah sakit.

Aku kesian sebab aku kurung dorang, lagi-lagi kucing yang sakit sporo. Bukan sekejap nak ubat dia..lama..so lama lah dorang terkurung. Seriously aku sedih..hati aku tak kuat..aku kekadang jadi depress sendiri tengok kucing-kucing tu,😔

Yang Paling kritikal bila aku ingat kucing-kucing tu aku akan menangis  😓 haiish










Tuesday, 25 June 2019

Kucing aku dan jiran kena sakit Sporo

Assalamualaikum..

Aku harap semua kawan-kawan sihat belaka, aku macam biasa ada on off juga tahap kesihatannya.

Lately ni aku agak kepenatan ..dengan keje aku, dengan uruskan kucing2 sakit.. jujur aku mmg penat.. tapi aku tak nak fikirkan diri aku, sbb aku ni alhamdulillah Allah masih bg lagi kudrat aku untuk jaga diri aku sendiri, apa yang lebih aku fikirkan pasal kucing2 yang sakit tu. Tak banyak aku harapkan semoga Allah kurniakan kesembuhan kepada bulus2 yang aku rawat, jika tidak..semoga Allah permudahkan jalannya dan aku redha.

Semuanya bermula bila kucing jiran aku ni kena jangkitan sporo, seperti yang di ketahui, sakit ini boleh berjangkit kepada kucing2 yang lain. Dalam masa aku  merawat kucing jiran aku , tak lama lepas tu..kucing aku juga di jangkiti juga kulat ini; bukan seekor tapi 4 ekor sekaligus.
Penjagaan untuk kucing sakit mcm ni memang perlukan perhatian, masa dan wang ringgit.. adakah berbaloi buat semua ni? hmmm aku tak tahu apa jawapan korang, tapi apa aku rasa aku rasa gembira buat perkara macam ni. Penat?? yes mmg penat, tapi jika aku biarkan..aku sendiri akan rasa menyesal dan tak sampai hati bila bayangkan kucing tu menahan kesakitan.

Rutin harian aku..seawal 530am aku akan uruskan kucing2 aku dahulu, kul 7am aku akan keluar pergi rumah jiran untuk bg kucing jiran aku pula makan ubat semua. Begitulah setiap hari putaran masaya.

 Doakan aku ya kawan-kawan, kadang aku tak kuat..tapi bila tengok muka kucing2 yg sakit automatik semangat aku jadi kuat balik. 💪

Ikutkan doc nasihatkan aku agar jauhkan diri kucing2 yang kena sakit macam ni kerana imun badan aku tak berapa nak kuat tapi tak pe lah..aku usaha je, doa dan juga tawakkal..semoga Allah lindungi aku dari di jangkti sakit2 yang kronik.

Hidup dan mati kan kat tangan Allah 😊

Untuk next entry nnti aku share macam mana cara aku rawat kucing sporo.

Thursday, 13 June 2019

Resepi Gegetas Gula Melaka


Kuih Gegetas gula melaka
**********************

Alhamdulillah.

Bahan2 ;
1 cawan kelapa parut
2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
Secubit garam
1/2 cawan air (masukkan Sikit2 takut adunan lembik)

Cara:
*Campurkan semua bahan, dan masukkan air sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tidak terlalu lembik. Biarkan adunan rehat selama 5 min ,kemudian bentukkan.

** goreng dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat.

Bahan sira;
1 biji Gula melaka besar - di hiris (ikut berapa banyak adunan)
10 sudu air

Caranya;
*Panaskan air, masukkan gula melaka. Biarkan sehingga gula melaka hancur dan berbuih, masukkan gegetas, gaul sebati dan Matikan api.

** Masukkan dlm bekas. Jgn Biarkan terlalu lama di kuali. Nnti melekat2

Ok puas dapat masak pelbagai hari ni.. Ayuh mengemas pula.
 
 
 

Resepi Korean Spicy Chicken

Inna haaza lariz kuna maa lahu min nafad ❤️

Korean spicy chicken


Bahan-bahan ;

Ayam (garam, white pepper, tepung jagung, Gaul & goreng), Bwg putih & sedikit Halia (cincang halus ), 1 tbsp Gochujang paste, 2 tbsp sos tomato, 2 tbsp sos cili, 1 tsp chili flakes, 3 tbsp honey.

Caranya


*Tumis putih dan halia dgn sedikit minyak, masukkan Gochujang paste, sos tomato, sos cili. Tumis smpi sedikit pekat (api kecil). Kemudian masukkan chili flakes & madu. Masukkan ayam. Gaul bg sebati. Taburkan dengan bijan.. Siap❤️

Sebenarnya bila kau makan luar tu satu kepuasan sbb kau tak penat nak renyah2 dlm dapoq semua. Sepah2 dapoq, Kemas2 dapoq tapi kan kepuasan yang ko dapat bila kau masak sendiri adalah satu kepuasan yg sangat berbeza. Try lah! 😘





Saturday, 13 April 2019

Aku dan SLE / LUPUS

Assalamualaikum ..

korang tahu apa SLE/Lupus, sebenanya aku pernah cerita pada entry aku sebelum ni. Boleh refer post aku yang ni.

https://bungakikin08.blogspot.com/2012/07/info-kesihatan-apa-itu-sle.html

Pejam celik , pejam celik , dah 8 tahun aku di sahkan menghidap SLE/Lupus, jatuh bangun aku selama 8 tahun aku akan share pada korang.

Bila doctor sahkan kan kau menghidap sakit ini, first thing kau jangan rasa down..walaupun pada masa tu doc ada bagitahu sakit kau ni berbahaya, boleh bawa maut.

apa yang aku belajar dari sakit SLE ni, kita kena sentiasa positive, enjoy setiap moment yang berlaku dalam hidup kau samada baik atau buruk, seperti yang kita tahu. Pesakit SLE ni tidak boleh terlalu stress, ia akan memberi kesan pada tahap kesihatan yang baik pada tubuh badan kita.

alhamdulillah , aku rasa bila aku tak terlalu fikirkan tentang sakit ni, aku more positive. apa yang aku tanamkan dalam dri aku, setiap penyakit ada ubatnya. sekurang-kurangnya bila ada sakit kita lebih ingat tentang kematian.

Nak cari kekutan diri pada mulanya bukan sesuatu yang mudah, kau mmg perlukan keluarga, kawan2 yang boleh support kau selain diri kau sendiri. Kau kena bergaul dengan mereka-mereka yang positive , sehingga kau sendiri lupa yang kau sedang berperang dengan satu penyakit.

Orang cakap memang mudah, sebab orang tak lalui apa pesakit macam kita lalui,. Malah ada je orang cakap pesakit macam kita ni mengada2 bila kita cakap kita tak boleh kena panas, tak boleh terlalu stress dsb..hahaha..sbb pesakit macam kita tak nampak dari luaran, kita ni nampak normal je..Tapi jangan risau, jangan down dan salahkan mereka, dorang masih tak tahu tentang penyakit SLE..boleh je kita terangkan..jadikan kita sebagai info tentang penyakit ini, bila kau selalu postive , bergaul dengan org positive.. persekitan juga akan menjadi positive..insyaAllah lama-lama semuanya akan bertambah baik.

Penyakit SLE ni sukar nak jangka, setiap pesakit kesannya berbeza, jadi kita sebagai pesakit kena tahu sendiri apa yang kita bole makan, buat dan sebagainya. Setiap perubahan yang berlaku pada tubuh badan aku samada dalam pemakanan dan dalam melakukan aktivity , aku akan aware dan rekod supaya lepas tu aku lebih berhati-hati.

Aku doakan mereka yang ada penyakit seperti aku , semoga sentiasa kuat hadapi ujian penyakit yang Allah beri ni, kuat hatinya, kuat jiwanya, kuat semangatnya.  💪

Semoga kita bertemu lagi✋

daaaaa~

Thursday, 21 March 2019

Dedek seekor kucing ?

Assalamualaikum,

Hurm, hari ni dah masuk seminggu aku kehilangan dedek,  dedek ni salah satu anak bulus kesayangan aku, secara jujur hati aku pedih, kehilangan ni lagi pedih saat aku kehilangan teman.

Dedek ni sebenarnya di buang oleh manusia tak bertanggungjawab, di buang bersama adik-beradiknya masa masih baby lagi kat depan office kakak aku tanpa IBU dorang, aku ulang ye, di BUANG TANPA IBU dorang, masa tu kakak aku cuti seminggu, kawan-kawan office dia bagi tahu ada kiten yang di buang depan office dorang , bising..ye laa, may be dorang kelaparan nak susu kan. 😥, napalah tergamak betul ea manusia ni..hmmm

So bila kakak aku naik keje, katanya adik beradik dedek semua dah tak de, tak tahu ke mana..hanya tinggal dedek sorang je kat situ, jadi kakak aku bawa dedek balik rumah. Petangnya aku datang rumah kakak , masa tu , kakak aku letak dedek dalam kotak and letak dalam sangkar, dedek bising..non stop dia nangis..aku tak sampai hati , jadi aku keluarkan dedek, dedek jalan masa tu masih tatih-tatih.. Bila aku keluarkan, dia datang kat kaki aku..aku gerak , dia pun kejar kaki aku..mulut dedek pun dah tak bising lagi. Malam tu masa aku nak balik ke rumah aku, aku minta kebenaran kakak untuk bawa dedek balik dan jaga dia. Kakak aku pun bagi memandangkan rumah dia pun dah banyak sangat anak-anak bulus..

Dalam kete dedek behave sangat-sangat, tidur kat pangkuan aku. Dedek nampak selesa sangat, bila sampai rumah aku pun dedek berkepit je dengan aku, nak tidur malam pun atas dada aku (bila aku ingat,hati aku hiba, aku tulis ni sambil menangis)..seminggu lepas aku ambil dedek , dedek kena demam panas, panas sangat badan dedek, aku bawa pergi vet, suhu dedek nak dekat 40'c , doc kata tak bole injection ,sbb dedek baby lagi..doc bekalkan multivitamin, masa tu aku sangka aku akan kehilangan dedek, tapi sapa boleh jangka kuasa Allah Swt, dedek bertahan dengan semangat dia ada..alhamdulillah dedek baik dari demam panas..Dari umur 1 minggu sampi umur dedek sebulan lebih aku jaga...dedek makin sihat dan handsome sangat-sangat 💘


Okay, bab cerita sedih bermula, satu hari tu aku keluar rumah nak beli barang. dedek dalam rumah dengan beberapa lagi bulus yang lain, Aku mmg tak jangka sangat yang dedek akan keluar rumah. Pada aku mungkin masa tu dedek ikut yang lain keluar tapi yang lain balik, dedek yang tak balik-balik. Masa aku sampai rumah malam tu, aku panggil dedek..dedek tak muncul-muncul, aku tak sedap hati sangat.

Dan bermula lah misi pencarian dedek , satu taman, kedai-kedai aku jelajah..aku macam orang gila cari dedek sana sini..sehingga sekarang aku masih belum ada rezeki jumpa dedek. setiap hari aku fikir dedek makan apa..mesti dedek takut kat luar tu, Ya Allah..aku tak kuat....kalau ada rezeki aku berjumpa dengan dedek, permudahkanlah ya Allah.. jika tiada rezeki aku..aku bermohon semoga dedek sentiasa berada dalam lindunganMU ya Allah.

Awal2 masa jumpa dedek

Dedek umur 1 bulan

Monday, 4 March 2019

Kucing bernama HERO

Assalammualaikum and salam sejahtera,

Hari ni aku nak cerita tentang Hero, hero ni aku jumpa dia kat pasar pandan.  Masa aku jumpa hero ni dia tak bole jalan sangat.. Terbaring je bawah kete.. Memula aku bg makan, then aku cakap kat hero, esok aku dtg lagi tengok dia dan bawa ubat. Kenapa aku tak ambil hero bawa balik ms 1st aku jumpa dia ? Sbb rumah aku dah banyak kucing luar dtg dan aku tak nak jiran aku rasa tak selesa bila aku ambil lagi kucing2 lain,jadi aku hanya mampu bagi makan stray cat yg aku jumpa tanpa aku bawa mereka pulang ke rumah. Walau adakalanya hati meronta, apa kan daya.

Kali ke 2 aku melawat hero, aku bawa ubat.. Aku tgok kaki dia bulu semua dah gugur, nampak kulit je.. Pastu kaki dia banyak kudis dan lubang.. Lepas aku letak ubat kat dia, bg makan.. Aku balik semula..tapi bila smpi rumah,aku rasa tak senang ati.. Aku tak bole tidur sbb teringat kat hero.. aku risau luka2 kaki dia tu jadi teruk, paling aku takut kalau lalat bertelur kat luka2 dia. Esok aku akan dtg lagi dan aku nekad dlm hati nak bawa hero balik.

Sampai kat pandan,aku pergi tgok bawah kereta yg hero baring.. Syukur, Alhamdulillah hero masih ada kat situ.. Aku masukkan dia dlm Sangkar, dia diam je, tak melawan/meronta langsung. Maybe dia tahu aku cuba nk tolong dia. Maybe.

Smpi kat rumah  aku kurung hero dlm  rumah kucing yg abah aku buatkan.. Kemudian, aku check lubang2 kat kaki dia mmg agak teruk  sangat2, ada satu luka tu smpi nampak tulang dia...😣 Bulu2 kat area kaki2 dia pun mmg dah tanggal semuanya, nampak kulit je. Badan dia pun panas dengan selsema sekali.

Setiap hari aku cuci luka dia, then aku spray dengan Proganic, secara jujur nya ni first time aku guna product ni... Aku usaha je mana mampu, esoknya aku tgok luka si hero ni dari merah.. Nampak kering dan tak berair..aku buat setiap hari.  Sehari aku sembur 2x... Dan aku sembur juga kat idung and mulut si hero ni selama 2 minggu mcm tu.. . Alhamdulillah  dgn izin Allah.. Segala luka kat kaki hero nampak perubahan.. Bulu2 lepas tu tumbuh.. Serious rasa gembira. Tak tahu nk describe perasaan tu mcm mana.

Sekarang ni aku nampak si hero ni dah sihat, boleh lari2.. Bila aku lepaskan asyik ikut aku je.. Hahha.. Nakal dan manja sangat.. Semoga hero terus kuat dan sihat ya.

Aku lupa pulak nak ambil gambar luka2 kat kaki hero before ni.. Ada gambar yg dah tumbuh bulu je.. Hmmm.. My bad... Kuciwa..




Cara gembira itu kita yang tentukan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Lama juga biarkan blog ni terbengkalai terlalu lama, biasalah kan..manusia ni kan ada on off, before ni sbuk uruskan kehidupan smpi tak dan rasanya nak mencari idea utk menulis,

Eh.. Abis tu skrg ni tak uruskan kehidupan ke?

😂 Uruskan juga, tapi dah lebih stabillah masanya..hahaha poyonya

Untuk tahun 2019 ni aku nak banyak cerita tentang kucing dan masakan laa.. Since aku pun banyak melibatkan diri dlm dunia kucing dan masakan.. So aku harap dengan penulisan, luahan rasa semua ni dapat buat aku lebih rasa happy dan bahagia hendaknya. InsyaAllah, amiin..

Ok, guys.. See you next entry ya. Muahhhh

😘


Cerita tentang TECIK - my cat

Assalamualaikum. 28 Dec / 23.05pm / Tecik Ingat lagi kali pertama Allah temukan aku dgn tecik, kat pasar borong pandan, masa aku tgh ba...