Monday, 26 October 2020

Cerita tentang TECIK - my cat

Assalamualaikum.

28 Dec / 23.05pm / Tecik

Ingat lagi kali pertama Allah temukan aku dgn tecik, kat pasar borong pandan, masa aku tgh bagi kucing2 sana makan, si tecik dok dtg kat aku ms tu.. Bila aku bg makanan, dia tak makan pun. Jadi aku biarkan je tecik dgn makanan depan dia.. So aku pun masuk ke pasar beli ikan semua.
Bila aku keluar dari pasar, aku masukkan ikan2 ke dlm kete. Aku nampak tecik kat satu sudut (ms tu dia baby lagi) Bila nampak aku, dia dtg, mulut dia bising2, aku tgok makanan aku bg dia tak sentuh pun. So aku Main2 jap dgn dia.. Usap2 dia.. Dia diam.

Agak dlm 1/2 jam mcm tu aku buka pintu kete depan and start enjin kete, tecik aku alih kan dia ke tepi, utk keselamatan dia. Tapi tecik stil kejo2 aku smpi ke kete. Moment yg aku paling tak bole lupa, ms aku masuk & duduk kat seat kete aku, tecik usaha nak msuk dlm kete. Bila banyak kali usaha tak dpt, tecik berdiri 2 kaki pgg kete and kaki aku smbil tengok muka aku, smbil dia mengeow minta simpati. Aku mmg tak de niat pun ms tu nk bawa dia balik, sbb rumah aku dah banyak kucing2 luar yg lain. Tapi bila aku tgok tecik mcm tu, tak beralih2.. aku tak smpi ati aih. Jadi aku decide bawa dia balik. Bila masuk dlm kete tecik senyap. Aku letakkan kat seat depan.. Dia duduk je smpilah kat rumah.

Then tecik mmg sangat manja lepas tu, sangat behave. Tido mesti nak bersentuhan dgn aku. Tecik tak pernah jalan ke mana2, selain main kat rumah. Kalau aku keluar 2-3 hari, bila balik teciklah yg selalu tunggu aku depan rumah 😔

So 2 hari lepas, bila benda berlaku tiba2 pada tecik, aku agak terkejut. Sbb ms tu aku baru balik dari tg piai. Ms aku smpi rumah; tecik okay lagi, minta aku makan semua. Before tu tecik mmg demam. Tapi dah bg ubat. Biasanya tecik akan okay lepas tu. Lepas makan aku rehat2 kat depan TV, dok baring2. Tecik dtg baring juga tepi aku. Berapa jam lepas tu.. Tiba2 tecik kena serangan sawan. Benda yg tak pernah berlaku pada Kucing2 aku yg lain before ni, so aku agak gelabah. Bila tgok tecik mcm tu, aku nngis. Sbb seksa tgok dia.. Smpi terkencing2 dan kuar lendir kat mulut dia. Bila aku tenangkan diri aku, baru aku pi peluk tecik.. Tecik msih kejung2 lagi badan ms tu. Sumpah aku nngis non stop. Tak bole kawal emosi aku. Bila aku call doc, doc kata kes mcm tu biasanya tak bole buat apa. Jadi aku berserah apa jadi pada tecik. Mungkin setakat ni je Allah pinjamkan tecik kat aku. Aku yakin aku akan jumpa lagi tecik kalau bukan kat dunia, mayb kat tempat lain.

Aku masih terkejut apa berlaku pd tecik, doakan yg lain2 msih demam semoga baik2 saja.
Bila aku sedih tntg nasib kucing2, mesti ada kata kat aku.. 'ahh.. Kucing je kot, itu pun nak sedih2 sangat', tapi pd aku org buat keje mcm aku, jg kucing mcm aku, akan betul2 faham apa aku rasa.
Later, aku sambung cite , sebal rasa dada.

 Tecikkkkkk, ami rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu 😢😔 rindu sangat..

#mypets 

Tuesday, 16 July 2019

"Kehilangan" kucing kesayangan Mulat, Pocil, Popit

Assalammualaikum...

Mulat.

Entry ni sebenanrnya dah lama ada dalam draft, cuma aku tak publish . Waktu tu aku masih beremosi bila aku ingat tentang Mulat. Mana tak beremosinya, kerana asbab adanya Mulat lah aku start active dan timbulnya rasa kasih sayang yang tebal terhadap haiwan yang lain.

Mulat ni aku bela setelah berbelas-belas tahun aku dah tak bela kucing, itupun orang bagi pada aku..kononnya sebagai hadiah..aku layan mulat ni macam baby..balut dia bila tidur , tidurkan sebelah aku siap berslimut bagai 😂 dalam 2 minggu macam tu, aku kesian kat mulat sebab dia keseorangan tak de kawan..jadi aku tanya pada orang yang bagi aku kucing ni, yang aku nak carikan kawan mulat, dan orang tu bagitahu sebenanrnya mulat ni ada 3 lagi adik beradik lain. 1 ekor ada orang dah ambil..so tinggal 2 ekor..pada mulanya aku just nak ambil sekor je , tapi memikirkan kesian lagi sekor tinggal sorang2..jadi aku decide ambil 2 ekor sekali. Maka aku bagi nama dorang Mulat, Pocil, Popit.

Ni la tiga beradik tu , comel kan ? hihi msa ni umur 1 bulan lebih


Tapi mereka ni semua tinggal kenangan , satu persatu dah tinggalkan aku 😔

Mulat mula-mula yang hilang, mulat tak balik 1 hari..aku risau sangat, malam esoknya mulat balik dalam keadaan lemah sangat, bontot dia penuh najis...jadi aku cuci..tapi lepas tu mulat terus hilang tanpa khabar berita, aku tak tahu lah masih hidup atau dah pergi tinggalkan aku. Mulat ni sepanjang dia ada dengan aku, setiap kali aku balik rumah..dia sentiasa welcome kat aku, tergedik2 terguling2 kat depan pagar. Bila dia tak de, setiap kali aku balik dari mana-mana, aku rasa sunyi dan terbayang-bayang dia depan pintu pagar.

kemudian selepas mulat, Popit pulak tinggalkan aku, masa popit ni agak tragik sikit, popit dia pergi masa dia tengah mengandung. masa tu aku agak noob tentang hal kucing, mungkin popit tak bole nak beranak tu yang buat dia mati, aku memang tak jangka sebab tu kali ke 2 popit nak lahirkan anak. Jadi aku tak fikir akan ada masalah, bila aku tengok popit semakinlemah, aku bergegas nak bawa popit pergi VET, tapi tak sempat....popit pergi dengan tenang. Jujur aku meraung masa tu...aku call akkak aku , aku mennagis sedu-sedu..aku rasa bersalah sebab lambat bawa popit ke VET. hmmm maafkan ami opit. 😞 anak-anak popit semua dah "Pergi" juga, tak de sekor pun yang tinggal.

Finally, Pocil pun tinggalkan aku, Pocil pun pergi masa dia mengandung tapi pocil ni pergi dengan tiba-tiba..mungkin dia sakit tapi aku tak perasan, aku jumpa dia terbaring ket depan rumah dengan keadaan yang lemah , mulut dia bersemut , keadaan dia nazak masa tu. Pocil ni dari kecil memang sangat manja dan rapat dengan aku, sangat rapat, dia kalu nak tidur mesti dia tidur dekat dengan aku. Dari kecil dia ni memang agak istimewa, teletah dia sangat menghiburkan hati. Dia tahu aku tengah sedih, kalau aku mennagis..dia memang akan datang kat peha aku, seolah nak tenangkan aku, aku tulis ni pun bergenang mata aku..aku rindu semua. Tapi setakat tu je Allah izinkan aku bela dia , dalam setahun lebih. Yang ada sekarang hanyalah generasi pocil. Si Mucuk.

Nak kata aku sedih? jangan tanya soalan mcm ni, sebab hanya orang bela kucing je tahu perasaan tu macam mana. Sapa-sapa yang bela kucing, bila kucing dia mati dia tak nangis kan, aku respect gila kat orang tu.

Okaylah, hati aku tak tenang bila start cerita tentang dorang. Rasa sedih pun ada.. Kita jumpa next entry. Daaaaaa ~~~




Si Blackie

Assalamualaikum & Selamat Pagi,

Have a good day everyone 😊

Hari ni aku nak bercerita pasal Blackie, Blackie ni seekor anjing yang kawan aku bela untuk jaga kedai dia, dalam 2 minggu sekali aku melawat si blackie, bagi dia makan and berbual-bual dengan dia. Sampai satu tahap blackie ni dah kenal aku and agak rapat dengan aku.

Persekitaran blackie ni ada juga bulus-bulus yang sedang di rawat, bila aku bagi blackie makan dalam masa yang sama aku ambil kesempatan untuk belai sekali bulus-bulus yang sakit tu, yang kelakarnya bila blackie nampak aku layan bulus-bulus tu , blackie ni akan tunjuk dia jeles , dia akan bising dan protes. sampai pagar yang tempat hadang dia dilanggar-langgar, dia akan keep buat macam tu selagi aku masih pegang bulus-bulus tu.

Jadi nampak tak kat sini, binatang pun ada perasaan... Rasa cemburu, rasa ingin di sayangi dan sebagainya. Macam mana kita boleh kata binatang ni tak de perasaan? Dia pun ada rasa sakit bila di sakiti. Cuba kita letakkan diri kita tempat mereka, bila mana mereka tak mampu buat apa-apa bila mereka di sakiti oleh manusia. Kenapa kita tak tanamkan  dan semaikan rasa kasih sayang kepada makhluk Allah yang lain? mereka juga ada hak di bumi Allah ini.

Jadi selagi kita hidup kat dunia ni, sayangilah sesama makhluk..buatlah kebaikkan selagi kita mampu..asalkan apa yang kita buat itu tidak membawa kesan kepada orang lain. Tak rugi apa pun kan.

Done membebel.


Monday, 15 July 2019

Hasil rawatan kucing kena Sporo

Assalamualaikum & selamat Pagi kawan-kawan,

Have a blessed day!

Hari ini aku nak sharekan hasil dari aku rawat kucing SPORO menggunakan bahan-bahan yang aku share before ni dalam post aku.

Alhamdulillah ,aku bersyukur dengan izin Allah , kucing aku rawat tu dah semakin nampak perubahannya. Semoga Allah izinkan dia untuk sembuh, aku hanya berusaha , selebihnya biarlah Allah tentukan.

Maaf ya, mungkin gambar aku share ni buat sesetengah orang akan merasa geli. Tapi aku share untuk record aku juga.

okay, kalau kita tengok dalam pic ni, Kulat mula menyerang kaki si bulus ni

In Pain, tengok airmuka dia pun kita boleh tahu 😔



After 1 Month rawat


Nampak luka kat area hidung semakin mengecil




Alhamdulillah , kalau tengok after sebulan aku rawat bulus ni, nampak perubahan ketara pada luka-luka dia, segala penat lelah aku selama ni rasa terbalas.

Aku tak tahu nak describe perasaan aku, tapi aku happy sangat-sangat, aku bersyukur Allah ringankan kesakitan bulus tu. Semoga Allah kurnikan kesihatan seperti sediakala pada bulus-bulus yang aku sedang rawat. Ada 4 ekor lagi. 

Doakan ya kawan-kawan.



Thursday, 4 July 2019

Cara aku rawat kucing Sporo

Assalamualaikum,

Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan Allah hendaknya.

Actually aku menulis ni hanya untuk record aku, mana tahu bila aku dah tua nnti aku kurang ingat, jadinya aku bole buka balik and baca kat blog aku ni 😂

Aku malas nak bebel panjang aih..ni ubat dan cara2 aku rawat kucing sporo, cara kita mungkin tak sama.

Pastinya untuk mereka yang bela kucing , pada mulanya mmg tak akan tahu apakah ciri-ciri sporo jika terkena pada kucing kita..sampailah ia akan nampak kudis-kudis yang semakin lama semakin merebak dan membesar. Kebiasaan Kudis sporo akan ada di telinga, hidung kaki dan ekor.

Untuk mereka yg masih belum pasti, first sekali kena bawa VET untuk buat ujian pada kucing kesayangan anda. itu jalan mudah nak tahu bahawa kucing kita tu ada sporo or tak.

Macam kucing aku pada mulanya , dorang akan bersin berpanjangan, kemudian keluar kudis-kudis kecik kat telinga, kemudian kat kaki dan hidung. Yang penting bila dah tahu kucing kita kena sporo, tolong asingkan dari kucing yg lain, bekas makanan pun jangan share dengan yang lain,  Kurung (hati kena kental masa ni), sbb kucing kita akan merayu-rayu minta keluar.

Bila aku tahu kucing aku kena sporo, ubat-ubat biasa aku gunakan aku share kat bawah ni,


 
INOX - RM70

Inox ni kalau nak beli kat farmasi biasanya kena ada surat kebenaran doctor, tapi ada jenis farmasi yang okay je. ubat ni berbentuk kapsul. Aku hanya bg 1/2 kapsul ( ikut saranan doc) samada letak kat wetfood or direct terus masuk mulut kucing tu. kena bagi setiap hari tanpa gagal sehingga kucing sembuh ye.

Himalaya Liv 52 - RM 25

Ubat Liv.52 ni ubat hati , inox tu sebenar ubat manusia untuk bunuh kulat dalam badan, jadi untuk protect hati kucing , kita kena bagi sekali ubat hati ni untuk buang toksin dalam hati. ubat ni berbentuk pill , jadi aku hancurkan dan masukkan dalam makanan kucing sekali. ubat ni tak kisah nak bg makan samada setiap hari atau selang. Ubat ni merupakan suplement, jadinya ia tidak mendatangkan bahaya kepada kucing jika di ambil selalu.

PROGANIC - RM 25

Proganic ni aku gunakan untuk semburan luka luaran, untuk bagi luka cepat kering. Ianya hanya bukan untuk kudis sporo , untuk luka-luka yang lain pun boleh di guna pakai, proganic ni manusia ngan haiwan boleh guna. so amat jimat disini ye.. harga pun pada aku , masih lagi mampu milik..


MULTIVITAMIN RM 12

Selain itu aku juga ada beli multivitamin tambahan, untuk bagi pada kucing aku, aku beli kat HERO PET STATION, dorang dah packing siap-siap.


VIRGIN COCONUT OIL

Kalau ada model lebih sikit , boleh beli Coconut oil ni untuk si bulus, campurkan dengan makanan dia. Kalau aku, aku campurkan dlam ikan yang aku kisarkan. Fungsinya adalah untuk meningkat imun anak bulus kita. Harga dia aku lupa laa berapa aku beli ritu, dalam RM3+.++ macam tu kot.

So ini je ubat-ubatan yang aku guna untuk kucing-kucing yang kena SPORO. Aku hanya berusaha, selainnya aku tawakal pada Allah, Dia yang maha beri kesembuhan..at least kalau kucing tu 'PERGI' sekali pun..aku dah usaha apa aku mampu dari biarkan dia menahan kesakitan.

Suka untuk aku ingatkan ; untuk merawat kucing sporo ni memerlukan kesabaran yang tinggi, kesembuhan kucing itu mengikut antibodi kucing itu sendiri, ada yang makan masa sehingga 3-6 bulan. ada 1 bulan je dah nampak kesannya.. So plss plsss plssss Jangan give up. say no to PTS (put to sleep)


Tuesday, 2 July 2019

Hati tak kuat

Assalamualaikum..

Selamat pagi kawan-kawan.

Dah abis raya ni, jadi rumah terbuka masih on? so dah pi timbang belum tu? hihi

Saja hari ni yang buat entry ringkas tentang hati aku sekarang ni yang sangat tak kuat handle kucing-kucing yang tengah sakit.

Aku kesian sebab aku kurung dorang, lagi-lagi kucing yang sakit sporo. Bukan sekejap nak ubat dia..lama..so lama lah dorang terkurung. Seriously aku sedih..hati aku tak kuat..aku kekadang jadi depress sendiri tengok kucing-kucing tu,😔

Yang Paling kritikal bila aku ingat kucing-kucing tu aku akan menangis  😓 haiish










Tuesday, 25 June 2019

Kucing aku dan jiran kena sakit Sporo

Assalamualaikum..

Aku harap semua kawan-kawan sihat belaka, aku macam biasa ada on off juga tahap kesihatannya.

Lately ni aku agak kepenatan ..dengan keje aku, dengan uruskan kucing2 sakit.. jujur aku mmg penat.. tapi aku tak nak fikirkan diri aku, sbb aku ni alhamdulillah Allah masih bg lagi kudrat aku untuk jaga diri aku sendiri, apa yang lebih aku fikirkan pasal kucing2 yang sakit tu. Tak banyak aku harapkan semoga Allah kurniakan kesembuhan kepada bulus2 yang aku rawat, jika tidak..semoga Allah permudahkan jalannya dan aku redha.

Semuanya bermula bila kucing jiran aku ni kena jangkitan sporo, seperti yang di ketahui, sakit ini boleh berjangkit kepada kucing2 yang lain. Dalam masa aku  merawat kucing jiran aku , tak lama lepas tu..kucing aku juga di jangkiti juga kulat ini; bukan seekor tapi 4 ekor sekaligus.
Penjagaan untuk kucing sakit mcm ni memang perlukan perhatian, masa dan wang ringgit.. adakah berbaloi buat semua ni? hmmm aku tak tahu apa jawapan korang, tapi apa aku rasa aku rasa gembira buat perkara macam ni. Penat?? yes mmg penat, tapi jika aku biarkan..aku sendiri akan rasa menyesal dan tak sampai hati bila bayangkan kucing tu menahan kesakitan.

Rutin harian aku..seawal 530am aku akan uruskan kucing2 aku dahulu, kul 7am aku akan keluar pergi rumah jiran untuk bg kucing jiran aku pula makan ubat semua. Begitulah setiap hari putaran masaya.

 Doakan aku ya kawan-kawan, kadang aku tak kuat..tapi bila tengok muka kucing2 yg sakit automatik semangat aku jadi kuat balik. 💪

Ikutkan doc nasihatkan aku agar jauhkan diri kucing2 yang kena sakit macam ni kerana imun badan aku tak berapa nak kuat tapi tak pe lah..aku usaha je, doa dan juga tawakkal..semoga Allah lindungi aku dari di jangkti sakit2 yang kronik.

Hidup dan mati kan kat tangan Allah 😊

Untuk next entry nnti aku share macam mana cara aku rawat kucing sporo.

Thursday, 13 June 2019

Resepi Gegetas Gula Melaka


Kuih Gegetas gula melaka
**********************

Alhamdulillah.

Bahan2 ;
1 cawan kelapa parut
2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
Secubit garam
1/2 cawan air (masukkan Sikit2 takut adunan lembik)

Cara:
*Campurkan semua bahan, dan masukkan air sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tidak terlalu lembik. Biarkan adunan rehat selama 5 min ,kemudian bentukkan.

** goreng dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat.

Bahan sira;
1 biji Gula melaka besar - di hiris (ikut berapa banyak adunan)
10 sudu air

Caranya;
*Panaskan air, masukkan gula melaka. Biarkan sehingga gula melaka hancur dan berbuih, masukkan gegetas, gaul sebati dan Matikan api.

** Masukkan dlm bekas. Jgn Biarkan terlalu lama di kuali. Nnti melekat2

Ok puas dapat masak pelbagai hari ni.. Ayuh mengemas pula.
 
 
 

Resepi Korean Spicy Chicken

Inna haaza lariz kuna maa lahu min nafad ❤️

Korean spicy chicken


Bahan-bahan ;

Ayam (garam, white pepper, tepung jagung, Gaul & goreng), Bwg putih & sedikit Halia (cincang halus ), 1 tbsp Gochujang paste, 2 tbsp sos tomato, 2 tbsp sos cili, 1 tsp chili flakes, 3 tbsp honey.

Caranya


*Tumis putih dan halia dgn sedikit minyak, masukkan Gochujang paste, sos tomato, sos cili. Tumis smpi sedikit pekat (api kecil). Kemudian masukkan chili flakes & madu. Masukkan ayam. Gaul bg sebati. Taburkan dengan bijan.. Siap❤️

Sebenarnya bila kau makan luar tu satu kepuasan sbb kau tak penat nak renyah2 dlm dapoq semua. Sepah2 dapoq, Kemas2 dapoq tapi kan kepuasan yang ko dapat bila kau masak sendiri adalah satu kepuasan yg sangat berbeza. Try lah! 😘





Saturday, 13 April 2019

Aku dan SLE / LUPUS

Assalamualaikum ..

korang tahu apa SLE/Lupus, sebenanya aku pernah cerita pada entry aku sebelum ni. Boleh refer post aku yang ni.

https://bungakikin08.blogspot.com/2012/07/info-kesihatan-apa-itu-sle.html

Pejam celik , pejam celik , dah 8 tahun aku di sahkan menghidap SLE/Lupus, jatuh bangun aku selama 8 tahun aku akan share pada korang.

Bila doctor sahkan kan kau menghidap sakit ini, first thing kau jangan rasa down..walaupun pada masa tu doc ada bagitahu sakit kau ni berbahaya, boleh bawa maut.

apa yang aku belajar dari sakit SLE ni, kita kena sentiasa positive, enjoy setiap moment yang berlaku dalam hidup kau samada baik atau buruk, seperti yang kita tahu. Pesakit SLE ni tidak boleh terlalu stress, ia akan memberi kesan pada tahap kesihatan yang baik pada tubuh badan kita.

alhamdulillah , aku rasa bila aku tak terlalu fikirkan tentang sakit ni, aku more positive. apa yang aku tanamkan dalam dri aku, setiap penyakit ada ubatnya. sekurang-kurangnya bila ada sakit kita lebih ingat tentang kematian.

Nak cari kekutan diri pada mulanya bukan sesuatu yang mudah, kau mmg perlukan keluarga, kawan2 yang boleh support kau selain diri kau sendiri. Kau kena bergaul dengan mereka-mereka yang positive , sehingga kau sendiri lupa yang kau sedang berperang dengan satu penyakit.

Orang cakap memang mudah, sebab orang tak lalui apa pesakit macam kita lalui,. Malah ada je orang cakap pesakit macam kita ni mengada2 bila kita cakap kita tak boleh kena panas, tak boleh terlalu stress dsb..hahaha..sbb pesakit macam kita tak nampak dari luaran, kita ni nampak normal je..Tapi jangan risau, jangan down dan salahkan mereka, dorang masih tak tahu tentang penyakit SLE..boleh je kita terangkan..jadikan kita sebagai info tentang penyakit ini, bila kau selalu postive , bergaul dengan org positive.. persekitan juga akan menjadi positive..insyaAllah lama-lama semuanya akan bertambah baik.

Penyakit SLE ni sukar nak jangka, setiap pesakit kesannya berbeza, jadi kita sebagai pesakit kena tahu sendiri apa yang kita bole makan, buat dan sebagainya. Setiap perubahan yang berlaku pada tubuh badan aku samada dalam pemakanan dan dalam melakukan aktivity , aku akan aware dan rekod supaya lepas tu aku lebih berhati-hati.

Aku doakan mereka yang ada penyakit seperti aku , semoga sentiasa kuat hadapi ujian penyakit yang Allah beri ni, kuat hatinya, kuat jiwanya, kuat semangatnya.  💪

Semoga kita bertemu lagi✋

daaaaa~

Thursday, 21 March 2019

Dedek seekor kucing ?

Assalamualaikum,

Hurm, hari ni dah masuk seminggu aku kehilangan dedek,  dedek ni salah satu anak bulus kesayangan aku, secara jujur hati aku pedih, kehilangan ni lagi pedih saat aku kehilangan teman.

Dedek ni sebenarnya di buang oleh manusia tak bertanggungjawab, di buang bersama adik-beradiknya masa masih baby lagi kat depan office kakak aku tanpa IBU dorang, aku ulang ye, di BUANG TANPA IBU dorang, masa tu kakak aku cuti seminggu, kawan-kawan office dia bagi tahu ada kiten yang di buang depan office dorang , bising..ye laa, may be dorang kelaparan nak susu kan. 😥, napalah tergamak betul ea manusia ni..hmmm

So bila kakak aku naik keje, katanya adik beradik dedek semua dah tak de, tak tahu ke mana..hanya tinggal dedek sorang je kat situ, jadi kakak aku bawa dedek balik rumah. Petangnya aku datang rumah kakak , masa tu , kakak aku letak dedek dalam kotak and letak dalam sangkar, dedek bising..non stop dia nangis..aku tak sampai hati , jadi aku keluarkan dedek, dedek jalan masa tu masih tatih-tatih.. Bila aku keluarkan, dia datang kat kaki aku..aku gerak , dia pun kejar kaki aku..mulut dedek pun dah tak bising lagi. Malam tu masa aku nak balik ke rumah aku, aku minta kebenaran kakak untuk bawa dedek balik dan jaga dia. Kakak aku pun bagi memandangkan rumah dia pun dah banyak sangat anak-anak bulus..

Dalam kete dedek behave sangat-sangat, tidur kat pangkuan aku. Dedek nampak selesa sangat, bila sampai rumah aku pun dedek berkepit je dengan aku, nak tidur malam pun atas dada aku (bila aku ingat,hati aku hiba, aku tulis ni sambil menangis)..seminggu lepas aku ambil dedek , dedek kena demam panas, panas sangat badan dedek, aku bawa pergi vet, suhu dedek nak dekat 40'c , doc kata tak bole injection ,sbb dedek baby lagi..doc bekalkan multivitamin, masa tu aku sangka aku akan kehilangan dedek, tapi sapa boleh jangka kuasa Allah Swt, dedek bertahan dengan semangat dia ada..alhamdulillah dedek baik dari demam panas..Dari umur 1 minggu sampi umur dedek sebulan lebih aku jaga...dedek makin sihat dan handsome sangat-sangat 💘


Okay, bab cerita sedih bermula, satu hari tu aku keluar rumah nak beli barang. dedek dalam rumah dengan beberapa lagi bulus yang lain, Aku mmg tak jangka sangat yang dedek akan keluar rumah. Pada aku mungkin masa tu dedek ikut yang lain keluar tapi yang lain balik, dedek yang tak balik-balik. Masa aku sampai rumah malam tu, aku panggil dedek..dedek tak muncul-muncul, aku tak sedap hati sangat.

Dan bermula lah misi pencarian dedek , satu taman, kedai-kedai aku jelajah..aku macam orang gila cari dedek sana sini..sehingga sekarang aku masih belum ada rezeki jumpa dedek. setiap hari aku fikir dedek makan apa..mesti dedek takut kat luar tu, Ya Allah..aku tak kuat....kalau ada rezeki aku berjumpa dengan dedek, permudahkanlah ya Allah.. jika tiada rezeki aku..aku bermohon semoga dedek sentiasa berada dalam lindunganMU ya Allah.

Awal2 masa jumpa dedek

Dedek umur 1 bulan

Monday, 4 March 2019

Kucing bernama HERO

Assalammualaikum and salam sejahtera,

Hari ni aku nak cerita tentang Hero, hero ni aku jumpa dia kat pasar pandan.  Masa aku jumpa hero ni dia tak bole jalan sangat.. Terbaring je bawah kete.. Memula aku bg makan, then aku cakap kat hero, esok aku dtg lagi tengok dia dan bawa ubat. Kenapa aku tak ambil hero bawa balik ms 1st aku jumpa dia ? Sbb rumah aku dah banyak kucing luar dtg dan aku tak nak jiran aku rasa tak selesa bila aku ambil lagi kucing2 lain,jadi aku hanya mampu bagi makan stray cat yg aku jumpa tanpa aku bawa mereka pulang ke rumah. Walau adakalanya hati meronta, apa kan daya.

Kali ke 2 aku melawat hero, aku bawa ubat.. Aku tgok kaki dia bulu semua dah gugur, nampak kulit je.. Pastu kaki dia banyak kudis dan lubang.. Lepas aku letak ubat kat dia, bg makan.. Aku balik semula..tapi bila smpi rumah,aku rasa tak senang ati.. Aku tak bole tidur sbb teringat kat hero.. aku risau luka2 kaki dia tu jadi teruk, paling aku takut kalau lalat bertelur kat luka2 dia. Esok aku akan dtg lagi dan aku nekad dlm hati nak bawa hero balik.

Sampai kat pandan,aku pergi tgok bawah kereta yg hero baring.. Syukur, Alhamdulillah hero masih ada kat situ.. Aku masukkan dia dlm Sangkar, dia diam je, tak melawan/meronta langsung. Maybe dia tahu aku cuba nk tolong dia. Maybe.

Smpi kat rumah  aku kurung hero dlm  rumah kucing yg abah aku buatkan.. Kemudian, aku check lubang2 kat kaki dia mmg agak teruk  sangat2, ada satu luka tu smpi nampak tulang dia...😣 Bulu2 kat area kaki2 dia pun mmg dah tanggal semuanya, nampak kulit je. Badan dia pun panas dengan selsema sekali.

Setiap hari aku cuci luka dia, then aku spray dengan Proganic, secara jujur nya ni first time aku guna product ni... Aku usaha je mana mampu, esoknya aku tgok luka si hero ni dari merah.. Nampak kering dan tak berair..aku buat setiap hari.  Sehari aku sembur 2x... Dan aku sembur juga kat idung and mulut si hero ni selama 2 minggu mcm tu.. . Alhamdulillah  dgn izin Allah.. Segala luka kat kaki hero nampak perubahan.. Bulu2 lepas tu tumbuh.. Serious rasa gembira. Tak tahu nk describe perasaan tu mcm mana.

Sekarang ni aku nampak si hero ni dah sihat, boleh lari2.. Bila aku lepaskan asyik ikut aku je.. Hahha.. Nakal dan manja sangat.. Semoga hero terus kuat dan sihat ya.

Aku lupa pulak nak ambil gambar luka2 kat kaki hero before ni.. Ada gambar yg dah tumbuh bulu je.. Hmmm.. My bad... Kuciwa..




Cara gembira itu kita yang tentukan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Lama juga biarkan blog ni terbengkalai terlalu lama, biasalah kan..manusia ni kan ada on off, before ni sbuk uruskan kehidupan smpi tak dan rasanya nak mencari idea utk menulis,

Eh.. Abis tu skrg ni tak uruskan kehidupan ke?

😂 Uruskan juga, tapi dah lebih stabillah masanya..hahaha poyonya

Untuk tahun 2019 ni aku nak banyak cerita tentang kucing dan masakan laa.. Since aku pun banyak melibatkan diri dlm dunia kucing dan masakan.. So aku harap dengan penulisan, luahan rasa semua ni dapat buat aku lebih rasa happy dan bahagia hendaknya. InsyaAllah, amiin..

Ok, guys.. See you next entry ya. Muahhhh

😘


Friday, 9 November 2018

I am back !!!

Assalammualaikum..

Kikin is back!!! hehehe

Terlalu lama rasanya tak menulis.

Banyak suka duka , pahit manis berlaku sepanjang kehidupan aku ini, tapi beberapa tahun kebelakangan ini , aku rasa betul-betul besar dugaan yang aku hadapi , namun aku yakin aku masih mampu untuk menjalani kehidupan ini. Terlalu banyak perkara lain perlu aku syukuri selain aku memikirkan perkara yg dah terjadi.

Memang pada mulanya semuanya menganggu emosi aku, tapi alhamdulillah pada akhirnya aku dapat mengerti perjalanan kehidupan tiada apa yang abadi, segalanya hanya pinjaman dari ilahi.Abah selalu ingatkan aku Allah tak kan menduga hambanya, selain Allah tahu kita mampu untuk hadapinya.

Alhamdulillah , bersyukur aku saat waktu aku jatuh dahulu, keluarga sentiasa ada di belakang aku.
mak & abah sentiasa memberi dorongan pada aku,
kakak-kakak, ipar , abang , adik aku sentiasa membantu aku,
Semoga Allah sentiasa bersama mereka, berkati kehidpan mereka dunia dan akhirat.



I have no regrets in my life. I think that everything happens to you for a reason. The hard times that you go through build character, making you a much stronger person.
Rita Mero

Sunday, 4 September 2016

Berakhirnya sebuah perjalanan, Al- Fatihah untuk Mak cik aku Arbayah Bt Zakaria

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Apa khabar kawan-kawan semua? harap semuanya sihat-sihat belaka.

Agak lama tak mengarang, sejak zaman teknologi semakin canggih ni, lebih banyak abis masa kat we chat, twitter, fb dan social media yg lain...huhuhu

Haissh...fikir panjang aku bagaimana mahu mulakan,
Perasaan masih rasa terkesan.

Hari ini 1hb September, hari ini adalah tarikh lahir makcik aku yang baru saja pergi menghadap Ilahi pada 28hb Ogos yang lalu.
Pada aku, makcik aku ni seorg yang sangat baik,
Jarang sekali aku nak dengar mak cik aku ni meninggi suara,
Semuanya bagaikan mimpi,
Tapi aku yakin itu yang terbaik untuknya,
Dah agak lama dia menderita menahan kesakitan,
Bermula pada raya ke-2  terlantar sehingga ke akhir hayatnya.

Masih jelas ingat di fikiran aku ini,
Bila dapat tahu yang makcik aku tak sedarkan diri pada ptg 26hb Ogos tu, aku , abah, mak, adik, suami,kakak and anaknya umairah pergi melawatnya pada pagi 27hb Ogos. Wajahnya masih aku ingat sehingga sekarang, tika aku masuk ke dalam rumahnya and melihat wajahnya, aku jadi sangat sebak, hati aku sangat sedih...seseorang yang satu tika dulu jika kami datang, menyambut kami dengan senyuman , melayan kami dengan penuh keramahan tapi pada hari itu sangat suram...tiada senyuman, tiada perbualan, hanya pergerakan yang penuh terbatas.

Airmata berguguran tika abah melafazkan kalimah syahadah di telinga makcik ku setiap kali surah yaasin selesai kami baca, abah juga kedengaran agak sebak, aku melihat bibir makcik ku bertindak balas bila abahku membisikkan kalimah syahadah. Maha suci Allah. Sumpah aku tak mampu tahan,

Aku pegang tangannya , aku pgg kakinya..tika itu aku berdoa semoga Allah berikan yang terbaik untuknya.

Hampir jam 5 kami minta diri untuk pulang, abah aku pesan pada anak-anak makcik aku supaya mendoakan ibu mereka, abah aku juga pesan pada pakcik aku (suami makcik) supaya memaafkan semua dosa isterinya and bersedia untuk lepaskan isterinya pergi...waktu tu semua anak-anak makcik aku menangis..suasana sangat hiba.

Sebelum aku pulang, aku pegang tangan makcik aku, aku bisik kat telinganya and perkenalkan diri aku, aku cium dahinya..tika itu makcik aku cuba untuk kata sesuatu...tapi tak mampu difahami.

Sampi di rumah JB dalam 8:30pm, abah pula dalam 11:30pm....kul 12:15am kami dapat msg melalui whatsup mengatakan makcik aku telah kembali ke penciptaNya. Saat tu hati dah redha...Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuknya...

Aku ingatkan pada diri, tiada apa yang kekal abadi dan perpisahan itu adalah sesuatu yang pasti.
Hargai mereka-mereka yang berada di sekeliling kita ketika mereka masih ada terutamanya kedua ibu bapa kita.

Wassalam

P/s : aku dah draft post ini pada 1/9/2016 tapi sayangnya aku lupa nak publish..kesian aku..dah tua sangat..huhuhu

Friday, 26 February 2016

Zaman Kanak-kanak Part 1

Assalammualaikum...Salam Jumaat

Allahumma salli `ala muhammadin wa'ali muhammad



Aku akui sejak berumahtangga ni, mmg sukar nak luangkan masa terluang untuk mengupdate blog aku ni..nak kata sibuk sangat tak delah...cuma masa tu dah tak macam bujang dulu..huhuhu..tapi x pelah kan...bukan penting sangat sebenarnya...

Kekadang bila sensorang macam ni kan...barulah rasa keinginan nak mengupdate tu timbul..saat sorang2 beginilah kekadang teringat zaman kanak-kanak..yang pastinya zaman kanak-kanak tu memang seronok kan? sebab apa tau...zaman kanak2 ni..kita tak de lah nak fikir masalah yang besar..masalah nak uruskan kehidupan, kewangan, perkahwinan dan sebagainya kan? hahaha..paling besar pun masalah zaman kanak2 dulu bila kita bergaduh dengan kawan..itu apa aku rasa laaa...org lain aku tak tahu...

Aku ingat lagi, dalam umur aku dari 3-5 tahun, duduk kat batu pahat......aku ada 2 org kawan baik lelaki, ijal and Emy..tu jelah kawan aku..mana-mana pergi mmg kitaorg bertiga...plus aku rapat ngan dorang sebab abah aku bestfriend ayah dorang...tapi masa umur aku 5 tahun...aku berpindah..masa nak pindah sangat drama....bila ijal cakap ngan aku...

Ijal : kin, ijal ada beli cincin..kata nak kawen ngan ijal..sambil bagi cincin mainan pada aku (ala...cincin yang biasa beli candy panjang then dapat cincin tu, tak tahu korang ingat ke x)

aku  pun memalu kambing masa tu..sambil bonceng naik moto abah (masa tu family memasing ada), sambil tu keluar dialog gedik aku...

Aku : Ijal, sorry aku tak jadi kawen dengan kau (kahkahkah macam mana time umur aku cemgini bole pk pasal kawen...hahahaha aku pun x faham)

Ijal : alaaaa...kenapa kin?

Aku : sebab aku nak pindah laaa

Time tu semua org melekek...tapi aku mmg tak faham masa tu kenapa dorang nak ketawakan aku...hahaha..tapi bila dah akal panjang...mak cite balik mmg aku ketawa sendiri..


Oleh kerana kawan aku hanya lelaki, then atas aku abg aku...aku mmg mcm lelaki sikit...main tembak2lah..mmg semua jenis permainan lelaki aku join...mak aku belikan set pondok2, babydoll pun aku tak layan...biasanya mainan abg aku,mmg aku sibuk nak main...nasib abg aku ni mmg rajin layan aku..plus aku adik paling bongsu masa tu...tapi part yang paling best, bila mak aku buatkan aku baju kurung...aku mmg tak nak pakai baju kurung..aku nangis2 nak pakai baju mcm abg aku.....hahahha korang teka baju apa? baju melayu lelaki....aku mmg obses kat abg aku kot....apa dia pakai..aku nak pakai...hahahaha..mak aku pun layankan je buatkan aku baju melayu lelaki..hahaha..mujur aku tak gunting rambut pendek...still feminim ngan rambut paras bahu....acctually ada gambarnya..tapi segan plak nak share...kira aurat jugak kan rambut aku?huhu sorry tak dapat nak share..kalo tgok pasti korang pun gelak tak ingat...tu pun salah satu sebab aku tak nak share..hahahah kena bahan....


Then umur aku 5 tahun tu abah kena pindah mersing...bermulalah zaman kanak-kanak aku kat mersing plak...aku rasa kat mersing paling banyak kenangan aku..hahaha..sebab lepas mersing tu ...abah mmg dah tak pindah kat mana-mana dah.

oklah...aku nak sambung masak......
Ada masa, ada rezeki..aku nak sambung lagi....tataaaaaa


Assalammulaikum gais.....

Sunday, 18 January 2015

Antara yang paling aku tak suka

Sebenarnya before ni aku ni tulis pasal #throwback zaman kecik mengecik aku...hahaha
Tapi dan-dan sambil nak tunggu boss datang chair meeting ni, aku rasa membuak keinginan aku nak tulis pasal ni.. Hari ni aku nak listkan antara apa yang aku tak suka buat... antaranya : -

1) Aku tak suka g petrol station - kiranya Malas nk g isi minyak,nak kena g bayar kat kaunter (maklumlah tak de cc). kekadang minyak smpi E..haisshhh..cop..cop..E tu means "Elek" ea...hihihi

2) Aku tak suka nak g ATM, nak kena keluarkan duit, pastu abis , kena keluarkan duit lagi...kan best kalo sekali keluarkan duit, duit tu beranak terus dalam purse aku jadi banyak..hahahaha

3)Aku tak berapa suka minum air manis, kalo ada pun minum air isotonic..kalo ada pun sbb aku tak de pilihan, kalo ada pun sebab aku teringin. okay!full stop.

4) Aku tak suka nak gosok baju, kalo bole aku nak beli baju yang tak perlu nak gosok, kalo boleh lepas basuh, baju tu terus licin..kalau laaaa kan..kalau...

5) Aku tak suka sangat berada di tempat yang lapang..lapang..selapang-lapanganya...contoh mcm kat tengah lautan , and aku berada kat atas rakit...contoh lagi...kat tanah lapang....kiri kanan tak de pokok...may b mcm kat padang pasir kot....aku tak tahu nak cakap perasaan aku camne...takut ke? atau aku mmg dot dot dot.....

6) Aku tak suka tempat tinggi....bole pitam if aku dok tempat tinggi and tengok keadaan sekeliling...dulu kekecik aku berani...time sekolah perasaan takut melampau tu datang..hehehe...tapi ada cite sebenarnya pasal ni...nntilah if aku ingat aku share kat #throwback zaman kecik aku. tapi kan aku berazam this year nk jadi berani berada di tempat yang tinggi..doa kan ea...berangan je

7) aku tak suka g konsert, even aku minat gila kat seseorg artis tu, Tapi aku masih belum jadi gila untuk bersesak-sesak , semata-mata nk tgok artis pujaan aku

8) Aku tak suka pakai eyeshadow, aku rasa Kalau aku pakai eyeshadow muka aku tak cantik langsung,,muahahahahaha 

9) aku tak suka ais. 

10) aku tak suka org potong zink, besi dll...aku rasa ngiluuuuuuuuuuu..benci

Hurmm..ni di antara ape aku benci...antara top 10 laaa kiranya...hahahahaha

Tuesday, 7 October 2014

Resepi Donut simple ala kikin

Assalammualaikum....

Cuti raya haji lepas, tetiba mood rasa rajin yang amat...so dalam kepala ni merancang untuk buat donut....percubaan kali pertama buat donut dengan hidayah, hasilnya masa baru goreng...lembut..tapi bila sejuk, balik dinding pun dinding bole retak...kihkihkih...so kiranya ini adalah percubaan kali ke-2.

So saya bercadang buat adunan mcm sy buat adunan roti perancis...gunakan ikut bahan-bahan yang saya rasa bersesuaian laaaa...kiranya ini cubaan hentam sajalah.....hehehehe

Bahan- bahan yang sy guna

500g Tepung gandum
Susu
1 sudu teh Garam
Yis (Ibu roti)
Sedikit Marjerin

Cara-Cara :
  • Saya campurkan tepung gandum,garam and yis, letak kan sedikit air and susu
  • Uli sehingga adunan tu tak melekit and kelihatan licin
  • kalo tangan tak kuat nk uli, tumbuk-tumbuk je adunan tu..hehehehe
  • then , masukkan majerin and uli lagi
  • Biarkan adunan selama 1/2 jam sehingga adunan naik/mengembang dari size asal
  • Bentuk ikut kesukaan sendiri (spiral ke, bulat2 ke)
  • Biarkan 15 minute , then goreng
So hasilnya alhamdulillah memuaskan...mak kata bole jual..love you mak!!!kihkihkih....



Abaikan yang hangit-hangit tu...husband sejati saya yang tolong goreng...ouuchhhh

Hijrah ke jalan Allah

Assalammualaikum..

Hijrah? Apa yang dikatakan dengan hijrah? ok jom kite sama-sama tahu apa itu penghijrahan.

Hijrah bermaksud perpindahan dengan tujuan untuk menegakkan kalimah ALLAH, seperti yang berlaku pada zaman Rasulluah s.a.w. iaitu perpindahan dari Makkah ke Madinah. Bnyak ayat yang menyebut tentang hal ini. Antaranya firman ALLAH S.W.T. yang bermaksud: "sesungguhnya orang-orang yang beriman, yang berhijrah di jalan ALLAH, mereka mengharapkan rahmat ALLAH dan ALLAH, mereka mengharapkan rahmat ALLAH dan ALLAH itu maha pengampun lagi maha penyayang." (surah al-baqarah: 218).

Hijrah juga bermakna meninggalkan sifat negatif atau perangai yang buruk. Sabda Rasuluallah s.a.w. yang bermaksud "Orang yang berhijrah itu ialah yang berhijrah daripada apa-apa yang dilarang oleh ALLAH."(Riwayat Ahmad Daripada Abu Hurairah r.a)

Hurmm..hijrah bukan sesuatu yang mudah kan..hijrah memerlukan banyak pengorbanan..ingin melakukan satu penghijrahan hati kena kuat..bila kite niat untuk lakukan penghijrahan pasti akan banyak dugaan yang datang.

Pernah tak kite alami perasaan ini, bila hati ingin melakukan penghijrahan tetapi kite rasa malu dengan orang sekeliling. kite rasa malu dengan apa yang akan orang kata, kite rasa takut di ejek oleh kawan-kawan yang masih belum ingin lakukan penghijrahan. Bila ia berlaku apa yang ingin kite lakukan pasti akan tertangguh-tangguh kan? saya bagi contoh, dulu kite bukan seorang yang berhijab.... Bila satu masa Allah telah menggerakkan hati kite untuk berubah, kite ada keinginan untuk berhijab tapi pasti pada mulanya kite akan rasa malu dan tak tahu bagaimana untuk mulakan...apatah lagi jika penerimaan kawan-kawan yang agak moden mengatakan berhijab itu kolot...tak cantik.... Perasaan itu pasti berbelah bahagi kan?? If rakan-rakan memberi sokongan and galakkan atas perubahan kite pasti tiada masalah kan? terus terang saya katakan pengaruh rakan-rakan adakalanya lebih kuat berbanding family (nnti sy akan ceritakan lebih lanjut kenapa dan mengapa).

Tapi kan bila kite fikirkan sejenak, kenapa kite terlalu fikiran pandangan manusia yang tidak menyokong hijrah kebaikkan kite, kenapa kite perlu fikirkan rasa malu bila di ejek or di cemuh atas penghijrahan kite. Sepatutnya lebih utama adalah kite mengutamakan pandangan Allah sendiri dahulu baru lah yg lain-lain....kite harus ada perasaaan malu kepada Allah...ahhh....dalam kehidupan kite ni, sebenarnya kite terlalu memikirkan keutamaan dunia kan..huhuhu...sedihnya...

Inilah fitrah alam, sebagai manusia kite kena berserah diri pada Allah, terlalu banyak dugaan kite untuk menjadi Muslim/Muslimah yang sejati...dengan arus dunia yang semakin maju, terlalu bersifat international sehingga adakalanya ciri islam di ketepikan, fitnah dajal yang semakin berleluasa adalah cabaran terbesar yang perlu kite hadapi. Jin/syaitan tak pernah jemu mencari kawan untuk menemani mereka di neraka kelak...huhuhuhu

Marilah sama-sama kite berhijrah ke jalan Allah...memohon semoga Allah sentiasa memelihara kite and memberikan kite petunjuk dalam mencari hidayah-NYA.....

wallahualam....

Thursday, 25 September 2014

Beruntungnya menjadi tetamu Allah

Assalammualaikum..

Tak lama lagi nak masuk bulan Zulhijjah, maknanya dah nak dekat Raya Haji dan bulan untuk mereka pergi menunaikan haji....beruntung bagi mereka-mereka yang telah menjadi pilihan Allah untuk sampai di tanah suci...bukan semua org terpilih menjadi tetamu Allah. Saya juga dah lama tanam keinginan untuk pergi ke sana dari saya masih belum berkahwin lagi.....tapi masih belum dapat keizinan dari Allah...semoga satu hari nanti Allah izinkan saya sampai ke sana bersama suami & ibubapa saya.

Semasa saya di KLIA, Saya lihat ramai kaum keluarga menghantar saudara mereka yang ingin pergi menunaikan haji.. Di satu sudut terlihat suami isteri sedang berpelukkan sedang menangis sambil di kelilingi oleh anak-anak mereka barangkali, suasana di situ agak suram...pasti berat hati untuk melepaskan orang tersayang kan....berserahlah pada Allah semoga orang yang kite sayang berada di dalam jagaan Allah.

Saya teringat suatu ketika masa Abah & mak nak menunaikan haji..waktu tu hati pun agak sedih nak melepaskan dorang pergi..maklumlah tak pernah berpisah jauh beribu batu pun kan...so mmg pada mulanya hati agak risau..tapi saya yakin yang Allah sentiasa ada bersama mereka jika mereka di dalam kesusahan. Setiap hari waktu mak & abah di sana , saya dan adik beradik yang lain menunggu berita dari mereka....saya dapat rasakan kegembiraan mereka selama berada di sana..Thanks to Allah sbb telah menjemput abah & mak ke rumahNya.

Jadi bagi sapa yang keluarganya akan menunaikan haji, doakan agar semuanya baik-baik sahaja and yakinlah Allah sentiasa ada untuk mereka. Bukan mudah nak sampikan kaki ke Tanah Suci. Bersyukurlah keluarga kite di antara orang yang beruntung kerana telah di jemput Allah ke sana.

Cerita tentang TECIK - my cat

Assalamualaikum. 28 Dec / 23.05pm / Tecik Ingat lagi kali pertama Allah temukan aku dgn tecik, kat pasar borong pandan, masa aku tgh ba...